Selasa, 29 Disember 2009

satu rumah bermalam di wad hospital

291209: Tiba-tiba aku mendapat berita  pada lewat senja tadi bahawa kawan sejawatku di Batu Pahat kemalangan.  Kemalangan jalanraya. Bukan di jalanraya persekutuan atau jalanraya negeri  tetapi  di jalanraya  di dalam kawasan kuates kerajaan. ermm. Macam mana boleh berlaku? Usai sahaja  menunaikan solat magrib aku bergegas ke Batu Pahat bersama mrszain untuk menziarahi mereka.

Macam mana boleh jadi begitu? Isteri kawanku itu mengidam untuk belajar memandu kereta automatik. Selama ini isterinya memandu kereta manual, namun sejak kebelakangan ini isterinya teringin untuk memandu syvy automatik yang sudah hampir setahun lebih dibeli oleh kawanku itu.

Justeru beliau mengajar isterinya memandu kereta tersebut. Dijadikan cerita, pada  pagi minggu beberapa hari lepas (27Dis), kawanku mulalah mengajar teknik-teknik pemanduan kereta gear automatik itu.Kuartes kerajaan ini mempunyai jalan seperti bulatan, tentunya ada jalan yang berbucu atau melengkung. Setelah melepasi dua kali pusingan, ketika hendak memulakan pusingan ketiga,  isterinya cuba untuk memperlahankan kereta yang agak laju ketika hendak melepasi satu bucu jalan yang melengkung itu. Namun, apakan daya kakinya tersalah letak. Kakinya memijak pedal  minyak, bukannya pedal berek. Apalagi kereta itu terpecut laju. Lantas kawanku   mengankat berek tangan, apa lagi ....... kereta syvy itu terkejut kerana berek tangan itu mengganggu emosinya lantas ia terbelok meluncur ke dalam parit jalan dan berpusing lalu terbalik, terhentak dan terlentang semula. Lu bayangla kalau lu dalam keadaan itu.

Di saat ini mereka mereka masih trauma namun tetap bersabar dan bersyukur ke hadrat Allah swt kerana masih selamat, masih dapat melihat bulan dan matahari. Masih Dapat menghirup udara ciptaan Allah. Sungguh besar nikmat  yang Allah berikan.

Tiada siapa ketika itu kerana penghuni kuartes sedang berehat di rumah. Maklumlah di pagi minggu. Kawanku berusaha untuk membuka pintu kereta tetapi gagal. Digagahi membuka tingkap cermin kereta pula. Nasib baik cermin keretanya tidak automatik. Berjaya beliau membuka pintu kereta melalui tingkap kereta untuk mendapatkan bantuan melalui telefon.Syukurlah kerana henfonnya masih berfungsi lagi.. Alhamdulillah, bantuan diperolehi dan mereka dihantar ke hospital untuk rawatan.

Beliau hanya  mengalami retak di tulang selangka(terasa sakit ketika solat katanya), benjol dikepala, pecah di bibir dan terkoyak di bawah dagu. Kesian sungguh kawanku ini. Namun isteri mendapat cedera agak teruk di bahagian perut mungkin hentakan stering kereta dan terpaksa melalui satu pembedahan di bahagian abdomennya. Ada  pendarahan beku. Alhamdulillah telah selamat dikeluarkan melalui pembedahan pagi tadi.  Sudah 3 botol air dimasukan kedalam badan isterinya. Masih agak lemah keadaannya, terbayang kesakitan di wajahnya namun digagahi juga tersenyum menyambut kedatangan kami suami isteri.

Syukur juga kepada Allah kerana mereka ditempatkan dalam bilik yang sama. Dan di jaga oleh anak tunggalnya. Seorang anak gadis yang baru menamatkan alam persekolahan sepeti putera bongsu juga.
Jadi tinggallah mereka serumah di hospital tersebut untuk jangka waktu beberapa hari lagi di hospital swasta yang terkenal di bandar Batu pahat itu.

Sabarlah, sahabat ku, ini semua sudah ditakdirkan. Qada' dan qadar Allah swt. Bersabarlah semoga lekas sembuh. Kami sekeluarga mendoakan agar kalian cepat sembuh dan dapat bertugas semula. 



15 ulasan:

Penunggu Hujung Dunia (PhD) berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Penunggu Hujung Dunia (PhD) berkata...

Salam papa Z,
Salam Papa Z

Kesian betul. Mmg dah tersurat gitu.

Cuma teringat waktu jd penasihat kelab renang di KT selalu ingatkan dgn kata2 :

Jangan takut dengan air, air tu makhluk. Anda semua khalifah lbh mulia. Khalifah yg control air

Lps tu kurangla yg fobia bila masuk kolam. Selamba jer blajar berenang.

Kekdah ni yg digunakan utk mgajar memandu kete setiap kali

Kita sbagai khalifah mukabumi yg kontrol alat (kete). Bukannya kete kontrol kita..

He3..apapun takziah

مسافر اسلام berkata...

Salam az...ni la dugaan. sabar ye. kirim salam anakda kepada shabat az. banyakan bersabar dan berdoa selalu ye. amin

Ayah Zain berkata...

Salam GHD,

terima kasih share that info. Betul tu apa yang dikata. Namun qada dan kadar kita kena percaya juga.

Sebab itu ada macam-macam doa yang di ajar kepada kita yang perlu kita amalkan.

sesungguhnya doa yang bersungguh dapat mengelakan drpd musibah.

psst: panggil papa z yer ok gak, jagan paparazi udah ler

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

sungguh itulah dugaan. kita perlu sabar dan reda dengan apa yang telah ditentukan itu.

mama ju berkata...

Syukurlah mereka selamat..kita tak tau apa akan terjadikan.Saya baru dpt berita sepupu meninggal,kemalangn di Rawang dan akan dibawa pulang ke kampong. Alfatihah untuknya.

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju.

betul tu.

Takziah ye mamaju. drpd allah kita datang, kepada allah kita kembali.

al fatihah, moga rohnya dicucuri rahmat allah

Atikah berkata...

Salam AZ,

Sampaikan salam Takziah buat keluarga sahabat AZ... alhamdulillah, mereke selamat.

Saya juga pernah mengalami pengalaman seperti isteri sahabat AZ, ketika kali pertama bawak kereta auto... seorang diri (kes emergency... pinjam keta adik nak p interview) Alhamdulillah,saya tak kemalangan... cuma tergelong jer sikit... hehehe tapi kecut perut jugak ler nak meneruskan perjalanan kembali...

afeezz berkata...

salah ayahanda : malang tak berbau, kat mane2 pon bole kemalangan.. jadi, berhati2 di jalan

Ayah Zain berkata...

salam anakanda afeez,

tang ni afeez kena ingat betul2 yer. Yang az tahu afeez bawak moto kan sebelum ni, so kena baca doa perjalanan sebelum mula memnadu. Kalu kemalangan, mak datok afeez oiiii.

AZ pun kena hati2 lepas ni, disember ni banyak sangat atas jalan raya.

Ayah Zain berkata...

Salam atikahn

isnya allah, akan cuba di sampaikan nanti.

Zie berkata...

Salam AZ,

Sedih saya baca kisah kemalangan ni. Sampaikan salam pada kawan AZ tu, semoga dia tabah menghadapi dugaan ini dan cepat sembuh. Sayu rasa, saya pasti ada kata2 sinis terhadapnya kemalangan seperti ini. Alhamdulillah, dia masih berpeluang untuk menambah amal dan bertaubat lagi...

Saya pernah menziarahi kawan seperti ini, kemalangan belajar memandu bersama bapa saudaranya, masa saya datang dia kena marah dengan ayahnya teruk sekali. Untuk hidarkan ketegangan saya bawa kawan ke klinik untuk ex-ray sebab dia kata dada sakit kena stereng. Alhamdulillah, ok je... lega.

AZ, semalam saya melintas jalan tak nampak pun teksi tetiba ada, Alhamdulillah, syukur... Memandu keta auto ni kaki kiri kena rehattt...

Ayah Zain berkata...

Salam zie,

terima kasih atas simpati. Nanti az sampaikan

kadang2 fkir, perlu juga ambil insuran,az x ada insuran kemalangan la.

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Simpati pada nasib yg menimpa kawan AZ..Takziah buat mereka namun bersyukur krn mereka masih diizinkan Allah melihat dunia..wallahu'alam..

Ayah Zain berkata...

salam sinomosa,

alhamdulillah. Semoga Allah memberkati dan memberi kesembuhan segera kepada mereka itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...