Rabu, 23 Disember 2009

KurTi (5) - Perasmian Surau al-hidayah

221209: Progran KurTi  kali ini mempunyai keistimewaanya sendiri kerana aku sempat menghadiri Majlis Perasmian Surau Taman Samudera Baru, Taman kediaman adikku di Lumut. Majlis disempurnakan oleh  Mufti Perak yang terkenal iaitu Tan Sri Datuk Harussani bin Zakaria. Majlis bermula dengan solat magrib berjemaah di ikuti dengan ceramah Maal Hijrah oleh Datuk dan seterusnya merasmikan surau tersebut. Surau ini dilengkapi dengan pendingin hawa dan begitu ekslusif sekali. Kesemua penduduk taman ini ialah orang-orang Melayu yang kebanyakkannya terdiri daripada bekas TLDM.






Antara isi ceramah  yang dapat aku ingati ialah ialah penghijrahan Nabi Adam daripada surga ke dunia, penghijrahan nabi Nuh, Nabi Isa, Nabi Luth, dan penghijrahan Nabi Muhammad saw  daripada Makkah ke Madinah. Ada nabi yang berjaya dalam penghijrahannya seperti Nabi Musa, Nabi Muhammad saw (paling berjaya) tetapi ada yang gagal seperti Nabi Luth, Nabi Salleh.. Tarikh hijrah ini penting apabila surat-surat yang dihantar oleh Saidina Umar kepada gabenornya tidak mempunyai tarikh, lantas Saidina Umar mencari cara untuk mengatasinya. Saidina Umar memutuskan tarikh penghijrahan Nabi Muhamad saw sebagai bermula tarikh hijrah, Bulan Muharram sebagai bulan pertama sempena perjanjian Aqabah yang dilakukan pada bulan Muharaam. Tiada lagi hijrah selepas hijrahnya Nabi Muhammad saw kecuali jihad melawan hawa nafsu. Hijrah daripada sifat yang keji kepada terpuji.



papan tanda perasmian

makan time
Sedap menunya: ada jering.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan. (QS: al-Anfal:8:72)

6 ulasan:

shami2 berkata...

Salam Az...

Wah bertuahnya sambil jalan dapat ketemu dengan Mufti perak gitu...alhamdulillah sambil berjalan, berkursus, makan2..dapat pulak dengar ceramah buat pengisian rohani..baik sangat tuh...

Pssssst ayahanda datin ader citer panas..jom lepak kat saner...hehhehe

Ayah Zain berkata...

Salam shami2,

memnag berbaloi baloi program KurTi az ini. Memnag bagus betul mufti perak tu, sungguh berhemah dia berceramah, takmengantoklangsung, dalam serius ada humor.

mama ju berkata...

SYUKURLAH. Wah konon2nya AZ juga wakil dari luar utk rasmikan surau!

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : AZ pegi mesti nak makan jer kan... pasal ade jering... hahahha... jgn marah no..

Ayah Zain berkata...

Salam mamaju,

hhhahaha, betul tu, wakil drpd luar. Bertuah dapat dengar ceramah datuk Mufti Perak yang bersuara lantang tuh.

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda afeez,

kalau tak makan macam mana Afeez, diaorang macam tau2 jer az nak sampai, dia boleh siapkan jering. Apa lagi, bedal aje ler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...