Isnin, 14 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru

131209 : Semalam aku mendapat undangan ke Majlis Perkahwinan guru Bahasa Melayu Putera Bongsu di Taman Sri Penggaram Batu Pahat. Sunggu meriah majlis yang dipenuhi sanak saudara, kejirananan dan paling istimewa ialah anak-anak murid guru tersebut. Sebelum mereka balik, pihak tuan rumah menghadihakn cendarahti kepada anak-anak murid guru tersebut. bangga benar melihat anak-anak murid guru itu datang meraikan majlis perkahwinan itu. PB pun turut sama berbaris dapatlah sekali. Terpancar senyuman di wajah pengantin si Raja Sehari itu.

Saat bahagia kedua mempelai


Senyum sampai ke telinga tu


wah cikgu Zul jadi pengapit rupanya
di belakang tuh - orang Betong Sarawak, sampai juga yer, tapi mana cikgu Taibnya

wah anak2 bujang mrszain
PB tuh nampak semacam je, lapar sangat ke (heheh baru balik ceramah JPJ, maunya tak lapau)


eeh eh  nak interframe juga kawan si PB ni.

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (QS: an_Nur:24:32)

15 ulasan:

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Wah hensem anak2 AZ, sekarang ni musim kenduri kan az, tapi kene layan, wajib menghadiri jemputan kalau takde hal lain.

Akak kat KL pun tiap2 minggu ada jemputan , tak sempat nak layari blog.

Zaman mereka az, sampai masa kita meraikan mereka plak,

Jadi ke az ke KL 20 hb ni.

CM berkata...

salam Az

musim cikgu kawin..saya kawin pun cuti sekolah.berpuluh-puluh orang anak murid saya dari bentong Pahang datang.diaorg tolong jadi peramusaji.hmmm dah 8 thn semua tu berlalu...alahai tertiba teringat zaman mula2 kawin..hehehe

CM berkata...

salam

AZ tolong betul kan tajuk...SELAMAT PENGANTI BARU.aiiik ni lain makna yer ni.kenapa pulak ada penganti??????

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : memula baca dok pikir PB tu Pengantin Baru, last2 konfius plak tgk gmbr yg last tuh... rupe2 Putera Bongsu....

rezeki berkata...

salam az,

tu senyum spi ke telinga ada makna
he he he

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

hensem ke anak2 az tuh. alhamdulillah. Memnag pun tiap2 minggu ada jemputan, tak terlarat pulak, tapi memenuhi jemputan tu kena pergi juga. Tapi hak jauh2 macam kat penang tak leh nak g l.

Betul tu, la ni kita meraikan mereka.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

wowo, tentu meriah tu. Tmbah pulak cikgu sejarah kesayangan anak2 murid tuh. Sure paramusaji tu segak dan jelita bilapakai baju seramgam yang disponsor oleh CM kanN

hehhe, maskaih ats teguran, banyak pulak sleping eror (spelling error)tuh. kwang kwang kawan

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

hahahha, tu le kena baca sampai abis. Afeez bila pulak (opss!!! minta hampun, az terlanjur pulak tuh)

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

mestilah ada makna. Macam tak tahu pulak CR ni.

Che' Pit berkata...

jap2.. yg mana satu cikgu PB?
yg pengantin laki ke pompuan?

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

Yang lelaki tuh. Saja nak suruh hangpa teka. Hanya CP yang peka. Nape? Kenal ke

sinomosa berkata...

salam AZ,
smg pkahwinan cikgu pb bkekalan hingga hjg nyawa.

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa:

InsyaA Allh, amin

aznaz berkata...

salam ayah zain..

Selamt Pengantin Baru.....



waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

hheh thanks nak ucapkan kepada siapa tuh. AZ dah pengantin lama cuma beberapa hari lepas ulangtahun Jubli Perak perkahwainan mr&mrszain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...