Rabu, 16 Disember 2009

Oh ibu kau la segalanya (2)











Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (QS: al-QS: al-Ahqaf:46:15)

6 ulasan:

CM berkata...

salam

selepas menjadi seorang ibu,saya dapat selami kasih dan pengorbanan ibu saya dengan lebih mendalam....pasangan hidup boleh dicari ibu hilang tiada ganti...

Ayah Zain berkata...

Salam CM,
wow, falsafah, falsafah. Memnag benar, ibu tiada penggantinya. Sayangilah ibu yang telah melahirkan kita.

shami2 berkata...

salam ayahanda

Kalau takder bonda takderlah ayahanda
Adanya ayahanda dn bonda adalah anakanda....

Kaasih keduanya bawa kita semua kesyurga....

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2.

yer betul. sama-sama kita berbakti kepada mereka

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Sedih la az artikel ni, bagi akak , ibu yang anaknya dah kawin2 ni mula nak terasa sunyi , harap2 mereka ingat kat ibu kan az.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

tentu la sunyi sebab dah lama duduk bersama, tiba2 anak dah tak ada, duduk ngan suami atau isteri masing-masing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...