Khamis, 24 Disember 2009

KurTi (6) : bapa saudaraku

241209: Sekejap sahaja masa berlalu, program KurTi sudah masuk ke hari terakhir. Hari itu (Isnin, 21 Dis 2009) aku menghantar isteri ke HUKM, di Bandar Tun Razak. Sakit apa? buat suspen pulak. Tiadak ada sakit apa-apa. Mrszain hanya memenuhi jemujanji yang telah diatur oleh doktor pakar di HUKM.

14 tahun lepas mrszain menjalani satu pembedahan yang dianggap serius juga, namun pembedahan itu berjaya melepasinya. Selepas pembedahan, mrszain perlu menghadiri sesi  rawatan lanjutan untuk pemantauan doktor. Alhamdulilah sehingga kini tiada apa-apa komplikasi yang berlaku,mrszain sihat sejahtera disamping keluarga tercinta. Daripada 4 kali setahun menghadiri sesi rawatan tersebut, doktor mengurangkan kepada 3 kali, 2 kali dan kini hanya sekali sahaja setahun. Bermakna sudah 3 tahun mrszain mengahdiri sesi rawatan lanjutan tersebut. Hasil rawatan kali ini juga membanggakan keana tiada apa-apa masalah yang timbul,semoga mrszain terus sihat sejahtera. Sesi rawatan seterusnya ialah pada 9 Disember 2010. whops!!! tarikh itu macam famliar sahaja.

Apabila ke Bandar Tun Razak, aku mengambil kesempatan ke rumah bapa saudaraku yang tinggal di Jalan Ikhlas. Masa aku sampai bapa saudaraku yang sudah berumur 85 tahun itu sedang membaca surat khabar. Badannya tidak berapa sihat, biasalah umur sudah begitu. Umurnya lebih muda daripada ibuku yang berumur 86 tahun. Macammana tuh. hehhe tahu-tau ajeler orang dulu-dulu.

Rupanya masa itu bapa saudaraku sedang menunggu kain basuhan daripada mesin basuh. Itulah rutinnya setiap hari iaitu membasuh kain dan menjemur. Walaupun anaknya boleh melakukannya tetapi dia tetap melakukannya kerana sudah kebiasaannya semejak pencen dahulu. Dia tidak percaya anak perempuannya boleh melakukannya, ada sahaja yang tidak kena. Sebenarnya dia bosan kerana tidak ada apa yang perlu di buat.

Aku cuba membantunya sambil berbual-bual dengannya. Betul kata sepupu perempuanku, bapa saudaraku membetulkan semula hasil jemuran yang aku buat. Hehhehhe, ada sahaja yang tak kena dengan cara sidaian aku.




mula ambil kain basuhan

nak kemana tuh

ooo sepit kain ada atas basikal

udah di sepit, kain tidak jatuh. ada erti?

wa wa si montel ni nak interframe juga. Memerhatikan atok sidai kain yer
Kucing kacukan siam dengan parsi - manja sekali

8 ulasan:

Raymond berkata...

Salam

Saya ada dapat rahsia utk memulihkan badan yg rosak atau sakit akibat tua yg x pernah ada dlm mana2 kitab atau buku. Sesiapa yg berhajat hubungi sya.

mama ju berkata...

Salam AZ.Raymond tulis semacam je.klu AZ hubungi boleh bgtau kat sini ke?
Bapa mertua umur 92,dia juga amat sensitif dgn kain.Pantang jumpa kain dia akan basuh dgn tgn.Kalau dia lipat kain mesti betul2 lurus.Bayangkan dia lipat selimut !
Serba serbi mesti tersusun ,kemas,come,tapi mengambil masa yg lama!Dia suka membuat sesuatu tanpa diganggu....biarlah asal dia bahagia..

shami2 berkata...

Salam Az...

Biarlah dia buat kerja sidai kain tu asalkan dia bahagia..

Atuk ngan nenek tak sempat cecah umur 80 an..dalam 70 an dan kembali ke rahmatullah...teringat ader sedara tu tengah sidai kain dia habis umur...anak2 tak sedar sebab dia duduk mencakung...tiba2 habis macam tu..bulan posa masa tu...diikuti nenek saya 3 hari raya posa...strok dalam tidur...huhuhu...bapak sedara sepupu...rebah atas riba isteri..tiba2 semput..pergi semudah itu...huhu..panjang lak citer...kita esok camner..aar..ya Allah permudahkanlah segalanya...

Ayah Zain berkata...

Salam raymond,

hahaha, ada-ada saja kamu nih.

Ayah Zain berkata...

salam mamaju,

heheheh, ok, no problem.

Memnag betul tuh, saya perhatikan dia menyidai kain begitu teliti, satu persatu begitu fokus sekali. Kita yang memnadang naik rimas.

asalkan dia bahagia, kira oklah.

Dia kata, apo nak buek laei dah tuo-tuo nih.

Ayah Zain berkata...

salam Shami2,

benar sungguh bagai di kata.

Dalam adik beradik emak az, cuma tinggal mereka berdua sahaja lagi. Emak az masih kuat lagi tuh. cucu2 dia semua sayang kat uwan dia nih. Hari tuh semasa solat raya haji, kiri kanan pimpin tangan uwan dia ke mesjid oleh cucu-cucunya.

Unknown berkata...

salam AZ..
tentu bapa sedara AZ sihat lg kan , masih leh buat keje lg..

keluarga ummi semuanya pergi menuju azali habis lewat diusia awal 70an , arwah ayah umur 47 , adik 37 , mak sedara 37 , atuk dan nenek ada yg 60an je ... ummi ????? tak tahu ler ,bersedia jer le , tp amal ku bagaimana , ha tu yg takut lum kukuh amalnya nih...

bab lipat kain ummi kalah sekali , tak tahan habuk

Ayah Zain berkata...

Salam umi,

alhamdulillah, hanya allah yang mengetahuinya. Afa juga bapa saudara yang meninggal di usia muda.

sama-sama lah kita mengisi kehidpuan kita semoga di berkati Allah. Ingat mengingati sesama kita agar tidak terpelencong,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...