Sungguh hening malam itu dengan kehadiran bulan dan bintang. AKu nampak bulan dan bitang itu seperti muka yang tersenyum kepadaku. Aduh, indahnya ciptaan Allah. Maka nikmat Tuhan yang mana satukah yang mahu kamu dustakan?
Dan Dia lah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.
Biarkan bulan bicara
Bulan seperti tersenyum kepadaku
Oh bulan
Mahu ku angkat bulan itu
Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. (Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing. QS:Yasin:36:38-40)
8 ulasan:
Salam Az..
Selamat menyabut Maal Hijrah... semoga tahun baru nie hidup kita semua lebih dirahmati....
Saya suka tgk bulan... tabah2 bila bulan penuh... cantkkan.... hehehe... tapi tak jadi lagi si pungguk rindukan bulan... hehehhe
Salam Az
Salam maal hijrah juga buat ayahanda sekeluarga...semoga tahun baru ini kita semua berjaya meningkatkan lagi kualiti hidup kita dunia dan akhirat...
Cantiknya gambar bulan tukan..pernah tgok tapi tak ambik gambaq...hehe
Dek tikah..baik2 tau bulan mengambang heheh nampak pungguk tak par ...takut2 ternampak pontianak..ker ponti lanak..ker atau sewaktu dengan nyer....sbb dia pun suka tgok ...bulan...ngeh..ngeh..ngeh
Salam Az
Salam Maal Hijrah untuk AZ yang selalu saya ingati...cantik sungguh picture bulan ni...Bulan memang simbolik pada keindahan,lampu secantik manapun tak boleh lawan keindahan bulan,menjadi pujaan pujangga kala bermadah seloka..
Bulan sentiasa jadi pujaan...saya sangat suka lagu P.Ramlee "bulan dipagar bintang"
P. Ramlee & Saloma
Bulan Dipagar Bintang
Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman
Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara
Mmm.. mmm...
Mmm.. mmm...
Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam
Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi
aduhaiii,nk berdendang rasanya dgn Az,sportingg yer Az..hikhik
Salam AZ,
Subhanallah, cantiknya ciptaan Tuhan..
pss..waa CM berdendang2an malam nie hehe gumbira rasanya..
Salam Atikah,
Selamat menyambut Tahun baru Hijrah 1431.
Suka tengok bulan yer. Memang bulan itu cantik, kalau merenung bula boleh release tension.
Salam shami2,
sungguhlah bagi di kata. Dulu-dulu banyak lagu-lagu yang menggunakan bulan sebagai lirik lagu.
Selamat tahun baru Hijrah juga kepada shami2 sekeluarga
Salam Cikgu Mas,
Selamat tahun baru hijrah juga buat CM sekeluarga. Marilah kita sama -sama berhijrah daripada sifat yang bauruk kepada yang baik dan diredai oleh Allah.
Wau. az suka bangat dengan lagu ini.
Salam Sinomosa,
sesungguhnya ciptaan Allah itu amat cantik. Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah dengan selalu mengingatiNya
Catat Ulasan