211209: Pukul 5.30 petang sampai rumah setelah seminggu berada diperjalanan. Badan terasa penat dan kurang bermaya kerana memandu sendirian. Pada hari Selasa minggu lepas (15 Disember) memandu ke Mersing berkursus selama 3hari 2 malam. 17 Disember balik semula ke Pontian mengambil anak-anak dan memandu ke Melaka. Bermalam sekejap di Melaka dan pada 18 Disember memandu ke Lumut Perak. 19 Disember cuti-cuti Malaysia ke Bukit Merah Lake Town Resort dan pada 20 Disember memandu semula ke Kuala Lumpur dan seterusnya pada hari ini (21 Disember) memandu balik ke Pontian. sesungguhnya KurTi kali ini amat bermanfaat sekali
KurTi? apa maksudnya? sengaja dipendekan daripada kursus dan cuti. Jangan mare arr. Kali ini kami kursus bersama-sama. Mulanya hendak membawa anak-anak sekali namun putera bongsu ada kursus memandu pada 16 Disember, terpaksalah ditinggalkan di rumah, agar proses mengambil lesen memandu kereta tidak terganggu. Dia sudah besar panjang, sudah boleh berdikari mentelahan ada abangnya yang sudah mahir memnadu kereta. Justeru kami boleh meninggalkan mereka dengan senang hati.
Pada 15 Disember aku masuk pejabat sekejap sehingga pukul 10.00 pagi menyelesaikan sedikit tugasan pejabat dan tepat pukul 10.30 pagi kami bertolak ke Mersing melalui bandar Kluang. Pukul 1.30 petang kami sampai di Bandar Pelancongan Mersing dan terus menikmati makan tengah hari di Restoran Batu Chawan. Selesai makan, kami check in hotel. Pada mulanya ingin menginap di Hotel Seri Malaysia tetapi di saat akhir kami beralih arah dan menginap di Hotel Havanita.
Cantik bilik hotel ini
Suasanya romantis sekali
tempat rokok dan kotak mancisnya yang unik
Shoping keropok
eh eh. apa ni. spesis ni ada kat sini?
menjemor keropok.
Nampak tu? spesis tu pandai cari kandangnya
ni pulak, tak berapa berkenan aku
suasana kampong nelayan, aman nya suasana
penat meronda, apa lagi menyendol dan mengeropok la
13 ulasan:
Salam AZ,
hehe ada eks menyendol dan mengeropok? hehe mcm2 ada
Salam sinomosa,
hahaha, makan cendol so kena sebut betul2 jangan sondol udah.
Salam AZ,
hehe sondol tue kena tanya CP ngeh3x
salam az,
menyendol takpa, jgn menyondol he he he
saya tgk gelak sesorang ni he he he
tu yg sempat mengeteh sekali
Salam sinomosa;
menyendol = makan cendol.
kalau sondol memang kerja che pit. hahahhaha. Dia kata sondol tapi perlahan
Salam Rezeki,
hahah, kalau sondol tu, itu kerja si tapir. kakakah
Salam rezeki,
yer ker. jangan amalkan gerak sorang2 nanti karang ...........
mengeteh tak apa jngn mengentel
salam ayahanda zain : sedap nyer cendol tuh... mau 2-3 mangkok AZ menyondol cendol tuh
Salam afeez,
pembetulan. cendol tu tak boleh lawan cendol mamak atau cendol kat sebelah pantai barat nih. jadi semangkok tu pun tak berapa nak abis hehehhe. Kalau kat pantai barat siap dengan pulut, kacang, dll aksesori laei.
Salam Az...
Yah...ader pulak menyendol..salah tu karang dapat BM 7 aarrr..ngeh..ngeh..ngeh
Best nyer..ayahanda..yg kat tepi tingkap tu bonda ker ..naper jauh sangat..hehehhe
wah nostalgia bulan madu..kembali nih...buat ayahanda dan bonda...
salam AZ ..
gerai keropok tu mcm ummi pernah tengok masa gi sana aritu , yg kat jalan tepi laut nk ke pantai air papan tu ker?
Salam Shami2,
hahhaha, memnag salah tuh. cikgu BM sure marah tapi az pehatikan cikgu BM pun guna ganti nama kita orang, engko orang. siapa nak jawab tuh.
betul itulah dia buah hati pengarang jantung. memng bulan madu kan baru sambut 25th weding aniveserry.
Salam umi,
betul la tuh. memang gerai-gerai keropok tertumpu di area tersebut.
Catat Ulasan