09 261209 :
Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Menongkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal keanak cucu
Pada 21 Disember 2009, anak buah lelaki az selamat dinikahkan dengan seorang gadis yang tinggal di Taman Purnama, Alor Star, Kedah. Semalam 25 Disember kakak sulung az membuat majlis resepsi untuk pengantin baru sebelah lelaki di Felda Palong 4. Sebenarnya pengantin lelaki ini telah kematian ibunya (adik az) semenjak beliau berumur 9 tahun. Semenjak itu, kakak az telah memeliharanya. Semasa pernikahannya di Jitra, AZ tak dapat bersama kerana menghantar mrszain ke HUKM. Kalau tidak, sure boleh jumpa dengan ayahanda Nginep, Kak As dan abang Megat.
Moga kekal keanak cucu
Moga kekal hingga ke syurga
Pada 21 Disember 2009, anak buah lelaki az selamat dinikahkan dengan seorang gadis yang tinggal di Taman Purnama, Alor Star, Kedah. Semalam 25 Disember kakak sulung az membuat majlis resepsi untuk pengantin baru sebelah lelaki di Felda Palong 4. Sebenarnya pengantin lelaki ini telah kematian ibunya (adik az) semenjak beliau berumur 9 tahun. Semenjak itu, kakak az telah memeliharanya. Semasa pernikahannya di Jitra, AZ tak dapat bersama kerana menghantar mrszain ke HUKM. Kalau tidak, sure boleh jumpa dengan ayahanda Nginep, Kak As dan abang Megat.
perarakan pengantin dengan iringan kompang
Bersanding di halaman rumah
Pasukan Kompang
Pengantin tersenyum simpul di pelamin
tanda ingatan sudah tersmpul
Saat bahagia.
Ada rasa semacam tak air tuh. hahaha emak-emak saudaramu buat something spceial for u.
ada pulak yang lain tumpang semangkuk, errm pesal lain macam saja rasa air ni, ada pedas, masin, payau, manis
itulah dunia resam perkahwian mu nanti, pandai-pandaile mengnahodakan bahteramu itu.
afeez n pijal, bila lagi nak buat macam tuhh (ada aku kisah hhehe)
menikmati jamuan
Rombongan Pengantin Perempuan sedang menjamu selera
Semoga kedua mempelai ini hidup aman bahagia sehingga ke hujung nyawa. Beranak pinak dan bercucu cicit.
21 ulasan:
ALhamdullilah bertemu jodohnya...anak yg besar umur berapa?Nanti jgn lupa jemput kami..
AZ dah masuk rumah mama ke fasal CL tu?Aritu sempat ke jumpa CL?tk
Salam mamaju,
terima kasih. udah masuk dah umah mamaju tuh.
patutnya juma cl hari ahad 20 ds, tetapi tak ada rezeki nak jumpa.
salam..
sama cantik sama padan pengantin tu,moga bahagia hingga ke akhir hayat,insyallah..
Salam CM
alhamdulillah. anak2 buah az yang kehilangan ibu sejak kecil tu, dah besau panjang sekarang, semuanya handsome belaka.Semuanya lelaki,5 orang semua.
Salam AZ,
Selamat pengantin baru buat pasangan pearakah buat keduanya...
Salam Atikah,
terima kasih titipan doa mu itu.
psst apa tuh pearakah? perkahwinan? atau ada istilah baru. heheh
salam ayahanda zain : amboi... dan lagi nak menyeru nama kite kat entry dia ni.. hihihi... betul tu AZ, pedulik aper aku... (AZ kat sekolah az takde ke cikgu2 yg single?)
Salam Anakanda afeez,
hehhehe, saja mengusik afeez. Usik megusik tu kan membawa bahagia.
kalau tanya yang singke mingle, memang ramai la afeez, nak yang macam mana, macam2 ada.
afeez,jgn le kata mcm tu..dgr cakap org tua2...
salam mama ju
hehheh, afeez memang gitu, dah faham dah.
salam AZ,
smoga pengantin hidup berpakat baik baik nohh.
lainkali kalau ada rezeki kita dpt bertemu juga. InsyaAllah.
salam s,
alhamdulillah. semoga pengantn ini hidup aman bahagia.
ma kasih ziarah umah az. insya allah. datang2lah selalu yer
Salam AZ,
Selamat Pengantin Baru kepada anak buah az tu, semoga berkekalan hingga keakhir hayat, jauh jodohnya kan az, tapi itu lah dia namanya jodoh, hanya Allah yang tau kan...
Jemput lah kerumah akak pada 02012010 ni ye, akak dah buat jemputan di blog CL
salam AZ...
lum abis lg ke majlis walimah untuk thn 09 nih , ummi dah abis kot , dah tak de dlm catatan lg .
dah leh sambung ' kurangkan makan ' kalu sebut diet nanti anak2 perli , tak abis2 diet , x pernah menjadi .
wah AZ dah bersedara dgn org negeri ummi gak ler nooo.
sesekali nanti leh wat rombongan keutara le pula.
Salam
Papa AZ bila giliran pulak. Saya menanti
Salam AZ
Alhamdulillah...tiada ibu kandungpun majlis masih meriah nampaknya. Hendaknya begitu juga hati dan jiwa pengantin.
Semoga berkekalan hingga akhir hayat.
Salam AZ...
Alhamdulillah..terlaksana sudah majlis akad nikah...bawa pulak majlis kenduri...semoga bahagia buat pasangan pengantin...contohilah ayah zain..heheh
Psssst ayahanda adekk afezzz dah bagi hints tu..tulunlah yah carikan untuk dia...moga2 terbina masjid..dapat pahala buat az...hehehh ingat CM jer...AZ pun bole..kan aper di kisah..ngeh..ngeh..ngeh..
Salam Kak Sidah,
trimakasih atas jemputan.kalau x ada aralmelintang,insya Allah. Tapi ari tu ada satulagi jemputandi alor gajah.
Salam ummi,
belum abis lagi lah umi. sabtu ini ada satu lagi jemputan di alor gajah.Kak sidah jugamenjemput tuh.
insya allah, kalau ada kelapngan, sampainanti tuh
salam raymond,
giliran papa? giliran untuk yamg no dua ke? kau nak cari nahas ker nganmrszain. di kerat 18 baru tahu
Salam shami2,
insya allah.
apa? hint kat afeez? afeez tu jer yang tak nampak. ngeh ngeh ngeh.
Catat Ulasan