Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah. Semoga kita sama-sama berazam mendapatkan keredaan Allah. Berhijrah daripada sifat sifat yang tidak diredai kepada sifat yang diredai Allah. Oleh itu sempena kedatangan I Muharram pada esok hari, marilah kita sama-sama berdoa:
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Ashar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Barangsiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku suatu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
Doa Akhir Tahun
(Di baca sebelum masuk waktu Maghrib)
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun:
Dibaca selepas Solat Maghrib
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
16 ulasan:
Salam AZ,
Wah az ni cekap lah, akak baru je dapat doa2 tu dari officemate ni , terima kasih keperihatinan az tu.
Nanti sama2 kita berdoa dan baca ye. Sini kat Masjid Negara ada buat ceremony, agung, ada ,najib ada, az ada tak??....
salam AZ
salam Maal Hijrah dari Ummi n family..
semoga kita semua mendapat keberkatan dari Ilahi..
Salam ma'al hijrah az...semoga kita mendapat keredoan dariNya...insyallah...
salam
Jom sama2 kita semarakkan dengan ibadah sempena kunjungn hirah 1431 ini. Sempena malam jumaat yng barakah...penghulu segala hari...bermulala pelayaran kita..muga terus direstui...di berkati dunia akhirat.
Terima kasih atas paparan doa ini..
Salam kak sidahm
az dah siapkanya sebelum ke kurssu hari tuh, then dia akan kuar mengikut jadual.
az baru je sampi ke rumah drpd mersing. Jap lagi nak ke melaka untuk ambil anak kat unikl Miat, sepamng. so cadabg nak baca doa kat masjid Ayer hitam
salam umi,
selamat tahun bari Islam. Sama-samalah kita mendapatkan keredaan Allah.
Salam MI,
yer, sama-samalah lah kita berdoa dan memohon keampunan dan keredaan Allah.
Takziah atas pemergia mak long tercinta. Semoga roh mak long diterima dan diletakkan bersama yang diredai. al-Fatihah
Salam AZ,
Penat tu, jaga diri ye az, pergi berdua ke sorang, suruh mrs zain borak2 jgn tido
salam anihany,
sama-samalah kita berisaha memperbaiki diri. Kita sebagai hamba tiada kompromi untuk mendapat keredaan Allah. Semoga Allah memberkati kita semua.
salam Kak sidah,
nak buat macamana. Dah janji ngan anak nak ambil. So malam ni nak tido di Melaka. 2 jam jer dari Pontian ni.
ok kak sidah nak siap, mandi theh nak betolak. Jumpa lagi bila ada peluang jumpa internet. Kalu idak petang isnin saya akan bersiaran lagi. Tapi n3 tetap keluar setiap hari. Telah dijadualkan.
salam..
dear ayah zain
selamat menyambut tahun baru hijrah.. semoga segalanya dipermudahkan..
doakan kami semua
Salam AZ
Semuga bertambah iman dan amal kita di tahun baru..:)
Salam,
Daddy Ayah Zain. Moga Awal Muharram menerbitkan sinar kejayaan dan keberkatan buat warga MRSM.
Salam Mylife,
Selamat tahun baru semoga Allah mempermudahkan segala pekerjaan kita yang bermenfaat. Amin
Salam kak pinat,
Insya Allah. Semoga Allah mempertikngkatkan lagi keimanan kita
Salam Guru Hujung dunia
Insya Allah. Amin. Semoga Allah memberkati usaha-uasa kita mendidik anak-anak bangsa kita itu.
p/s sedap nick itu, menggambarkan perasan. Anda di hujung dunia sebelah sana, az di hujung dunia sebelah sini.
Catat Ulasan