081209:
Hari ini juga amat memenatkan namun hati tetap ceria. Selepas bertugas pada pukul 5.00 petang, kami suami isteri bertolak ke Batu Pahat mengambil putera bongsu yang telah selesai menghadapi peperiksaan SPM. Dengan berakhirnya kertas Kimia petang tadi bermakna tamatlah pengajian putera bongsu selama 11 tahun dalam sistem pendidikan sekolah di Malaysia. Selepas ini putera bongsu akan melanjutkan pelajaran di menara gading pula, Insya Allah. Pukul 10.00 malam baru kami sampai di rumah.
Sebelum az mengundurkan diri dipaparkan beberapa aksi antara manusia dengan haiwan untuk tatapan dan renungan peminat CHHM. Salam Ceria.
Dan pada penciptaan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) untuk kaum yang meyakini. (QS: al_Jatsiah:45:4)
13 ulasan:
Salam ziarah...semoga az selamat dalam pejalanan...insyallah.
Binatang ciptaan Allah juga mempunya hati dan perasaan, jika manusia yang melakukan kecelakaan padanya..maka ada padah yg akan diterimanya..sama-sama la kita renungkan.
salam az,
nasib baik pontian dgn bp tak jauh, dapatkan rehat secukupnya, esok nk keje
paling kesian budak yg last tu..
sipa kena berak lagi, huhu..
Salam anakanda MI,
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Salam CR,
alhamdulillah. Dapat juga nikmat merehatkan badan dan fikiran
Salam Che Pit,
Kita fikir luar kotak mengapa burung tu buat macam tuh. ngeh ngeh ngeh
Salam AZ.terimakasih kerana beri hidangan mata supaya lebih byk berfikir dan mengenang kebesaran Allah! Mama baru ciluk gambar2 tu kat blog mama,taapi ada kredit nama AZlah..tema kasih...
Salam AZ,
Putera bongsu dah tamat sekolah alhamdulillah, tertunai sudah sebahagian dari tanggung jawab mendidik anak2, akak ada lagi 1 lah AZ tahun depan baru nak tingkatan 6 SPM.
Akak kat pej , tak dapat tgk lah you tube tu, nanti balik rumah
Salam AZ,
Bukan tingkatan 6 tapi 5 la AZ, tersalah taip plak. Kena buat pembetulan ni.
Salam Az
Perangai binatang..memanglah binatang namanya...kecil akalnya..bole diterima jua
Manusia makhluk istimewa...pilihan Allah yg berlaku kejam lebih teruk dari binatang ...lakunya...bayi dibuang ke tong sampah umpamanya..
Salam Mamaju,
no prblem,mamaju boleh copy, ayah zain pun dapat dripda emel juga. jangan serik datang umah ayahzain yer
Salam Kak Sidah,
ok,nanti bila akak balik umah,bukak utube tu.
Salam shami2,
memang betultu, binatang tiada akal.Manuasia yang berakal tapi berperangai lebih teruk drpd binatang
Catat Ulasan