Ahad, 20 Disember 2009

Spesis Terpulihara

2112099: heheheh, lain macam aje bunyi tajuk tu. Spesis terpulihara. Merujuk kepada siapa?
Siapa?
Siapa?
Hahahaha : Pandai.
Spesis Terpulihara merujuk kepada lelaki atau Jantan.
Mengapa?

Baru-baru ini   MRSM mengadakan ujian kemasukkan ke Tingkatan 4 dalam sistem MRSM. Semua MRSM seluruh  Semenanjung Malaysia menjadi pusat kepada peperiksaan tersebut, yang bermula pada 7 hingga 14 Disember 2009.
Bermula 2009, ujian tersebut dikendalikan sepenuhnya menggunakan komputer (computer based exam).
Pelajar akan menjawab peperiksaan seperti calon memandu kereta berkomputer dalam proses untuk mendapatkan lesen memandu kereta.
Kelayakan kepada calon memasuki ujian tersebut sangat minimum iaitu lulus dalam dalam subjek Sains dan Matematik dalam Peperiksaan Percubaan PMR.

Di satu pusat peperiksaan diperhatikan calon lelaki amat sedikit sekali. Tidak sampai satu pertiga. Kemana perginya calon-calon lelaki?
Tidakkah Fenomena ini   membimbangkan? Sekiranya tiada usaha-usaha untuk memperkasakan kaum Adam ini dalam bidang akademik, nampaknya kaum perempuan akan menguasai menara gading dan bidang pekerjaan profesional. 

Pelajar Lelaki

Pelajar Perempuan
Hanya dua orang sahaja lelaki?
beberapa orang sahaja pelajar lelaki
Perempuan Sahaja

Kumpulan terakhir : hanya 3 lelaki berbanding 14 perempuan

Suasana di Makmal Komputer : peperiksaan sedang berjalan
Pusat peperiksaan dimonopoli oleh pelajar perempuan

13 ulasan:

Unknown berkata...

salam AZ
"Spesis Terpulihara"... dimana2 pun sekarang lelaki sangat berkurangan dr prpuan..
anak2 ummi pun 1 lelaki 4 prpuan ...
kalu kt kmpong yg ramainya prpuan warga mas bbnding lelaki , kerana yg lelaki dah pergi dahulu dr prpuan ..

yg semestinya sudah ada tanda2 dunia sudah tua , org prpuan lbh ramai dr lelaki.

sinomosa berkata...

salam AZ,

spesies terpulihara? huhu mungkin benar dunia telah tua..
dulu masa kat kampus sy dulu pun..dlm kelas lelaki hanya 1/4 dari perempuan..

sy rs nisbah mereka masih tidak membimbangkan cuma ratio itu nmpk ketara pada golongan cerdik pandai..wallahua'alam

Imran Paris berkata...

AZ, Ummu Humaira Sinomosa....bersediakah kita menerima poligami dlm keadaan (ramai perempuan dr lelaki) ini. Saya yakin ia akan jd n3 hangat jika diperkatakan...sapa berani? Mmm...jgnlah mintak saya dgn AZ pulak ye, kami ni pun tegolong dlm spesies terpulihara....kekekeke

Salam tahun baru buat semua

abang sulong berkata...

Salam,
Minta maap saya mencelah..
Teringat pesan nabi muhammad. Salah satu tanda dunia ini dah dekat sampai ke penghujungnya ialah apabila perempuan ramai dari lelaki.

sama-sama lah kita nasihat menasihat antara satu sama lain kearah kebaikan, insyallah.

shami2 berkata...

Salam AZ,...

Betul tu kak umi...
Maaf bercakap...spesis terpelihara hari ini...lemah..sangat kenaper...
Tidak macam zaman para sahabat dulu..petanda akhir zaman sudah tiba..tapi kita kan masih menunggu turunnya Nabi Isa...bagaimana tahukan kita, sedarkan kita tentang kembalinya Nabi Allah Isa Alaihisalam..itu nanti...
Jom marilah kita berusaha mendekatkan diri kita, membina rumah tangga dan juga keluarga agar sama2 membina semula kegemilangan...islam suatu masa dahulu...insyallah

CM berkata...

salam..

guru lelaki pun speacis terpelihara..amboii imran tu,cari alasan jer yer...tapi biarlah speacis yg tinggal sikit ni berkualiti..

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

tapi ada keuntungannya kepada lelaki sekarang ni. Saingan ke Institusi pendidikan cerah sekali berbanding dengan perenpuan

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa,

itulah dia problem masalhnya. Golongan cerdik pandai yang dimonompoli oleh wanita

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

hehhehe, betul tuh.

Ayah Zain berkata...

Salam abangsulong.


betul tuh. itulah salah satu tanda-tanda hampirnya hari qiamat.

Ayah Zain berkata...

Salam shami2,

marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada yang Maha Esa. Ingat mengingati, pesan berpesanan antara satu sama lain.

Ayah Zain berkata...

Salam Cikg Mas,

hehhe, memang di mana-mana semuanya perempuan ynag lebih. di tempat az pun sama, tak sampai satu pertiga jugok.

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : amboi2 kanda imran, cakap pasal poligami plak dia... lepas kan cheq ni dulu, sorang pon tak dpt lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...