221209 : Hari ke-4 program KurTi ialah meneruskan perjalanan ke Utara Semenanjung Malaysia. Bertolak daripada Melaka Bandaraya Bersejarah sewal pagi pukul 6.15. Kereta Persona mrszain meluncur laju ke Lebuhraya Utara Selatan melalui Plaza Tol Ayer Keroh. Pukul 7.45 pagi kami sudah sampai di UNIKL MIAT, Sepang untuk mengambil Alang (anak kami ke-3) yang kebetulan mula bercuti semester. Merentasi jalanraya arah KLIA dan memasuki Tol KLIA ke Lebuhraya Lingkaran Tengah. Pukul 9.15 pagi kami berhenti minum pagi di kawasan Rehat dan Rawat Rawang. Umangiiiiiii, ramainya umat di R&R ini. Sesudah menjamu selera tepat pukul 10.00 pagi kami meneruskan perjalanan ke utara. Namun sesampai di Tol Slim River lebuhraya begitu sesak dengan kenderaan. Sepatutnya pukul 11.00 pagi kami mesti sampai di Plaza Tol Bodor. Dalam mencongak untuk Solat Jumaat, kereta membelok keluar ke Plaza Tol Slim River. Lagi sekali tersalah congak, plaza tol Slim River juga sesak. Hanya sabar sahaja bekalan yang ada.
Alhamdulillah, kami dapat melepasi keseakan itu dan kereta kami melalui jalan lama ke pekan Bidor. Namun sesampai di Bidor kami tersekat lagi dalam kesesakan jalanraya. Kami dapat melepasi pekan Bidor selepas pukul 11.15 pagi.
Alhamdulillah kami sampai di Bandar Manjong pukul 1.10 petang. Nasib baik waktu masuk solat Jumaat di kawsan ini ialah pukul 1.15 petang. Namun amat mendukacitakan kerana masjid yang tersergam indah di bandar Manjong itu sunyi sepi, rupanya sedang di baikpulih. Apa sudah jadi, kerata patah semula ke persimpangan Bandar Manjong dan menuju ke Masjid yang lain.
Azan sudah berkumandang di udara menandakan waktu solat sudah menjelma. Aduh, kawasan parkingnya sudah penuh dengan kenderaan sehingga melimpah ke dua-dua belah jalanraya. Dalam masa yang sama mrszain mahu diturunkan untuk
window shopping di sebuah pusat membelibelah. Seterusnya sesudah mendapat tempat meletak kereta, kami terus ke masjid berjalan kaki hampir 400m. Mak datuh, berpeloh. hehhehe.
Satu lagi cabaran yang tiba ialah tiada air untuk mengambil wuduk. Syukurlah ada beberapa kepala paip yang dapat melelehkan air. Tidak mengapa dengan penuh kesabaran kami menadah tangan dan dapat membasahi di kawasan anggota badan yang perlu diratakan dengan air. Seterusnya mengambil tempat di masjid itu. Lihatlah gambar di bawah ini, masjid yang besar, teguh dan peramah itu dilimpahi dengan jemaah sampai keluar masjid.
Jemaah melimpah ruah hingga ke luar masjid.
Perlahan-lahan kami masuk ke masjid mencari ruang kosong. Alhamdulillah dapat juga tenpat di dalam masjid. Anda jangan keliru, kerana sebenarnya di dalam masjid masih ada ruang kosong dan ternyata aku masih sempat sampai ke saf ke-5 akhir di dalam masjid tersebut.
Sesudah solat, kami meneruskan perjalanan ke Taman Samudera Baru yang hanya seperlaungan sahaja jaraknya dengan masjid tersebut. Kami disambut dengan begitu mesra oleh adik dan adik ipar serta anak-anak buahku.
Petang itu aku mengambil kesempatan menziarahi abangaji salah seorang peminat PDKM yang tinggal tidak berapa jauh di kawasan kejiranan Taman Samudera Baru. Jenuh juga mencari rumah abangaji, namun alamat yang diberi tidak mengahampakan. Alhamdulillah, sampa juga. Kebetulan abangaji baru sampai daripada solat asar di masjid taman tersebut. Peramah sungguh abangaji. Walaupun pertama kali berjumpa layanan abangaji sekeluarga begitu mesra sekali. Tapi sayang aku tidak mengambil gambar juadah yang disajikan. Sesungguhnya pertemuan dengan abangaji menambahkan lagi koleksi kenangan terindah dalam kehidupanku.