Sabtu, 20 Mac 2010

ayam penyet VS ambeng

200310:

Nasi Ayam Penyet
Rasanya not bad
terasa ayam berempah
ada sambal tapi tak letak
kalau ada nampak seri dia kan?

Nasi Ambeng
Makanan masyarakat  orang Jawa
menyebutnya pun kena betul-betul
biasanya dihidang semasa ada keramaian
sepert majlis tahlil
nasi di letak dalam dulang
makan ramai-ramai biasanya 4 orang
duduk mesti bersila
lauknya pelbagai - lebih 4 macam
sperti ayam (sudah semestinya), serunding kelapa, ikan asin, sayur-sayuran
ditambah pula dengan mee goreng dll
selepas makan: nasi/lauk akan dibungkus sebagai berkat
kalau setuju, tak perlu makan, hidangan dibahagikan dan dibungkus dibawa pulang
La ni nasi ambeng dah di jual di pasar-pasar malam atau pasar pagi

nasi di atas tuh adalah ole oleh Yasinan di pejabat pagi semalam
Alhamdulillah.

apa-apa pun nasi ayam penyet dan nasi ambeng ni warisan menu daripadai seberang. hehhe

18 ulasan:

rezeki berkata...

salam az

saya kalau nasi ayam penyet ni kurang sikit suka, tapi kalau nasi ambang mmg suka, lelebih makan dalam dulang reramai masa kenduri dan dilapik dgn daun pisang

mama ju berkata...

salam AZ
Pagi2 sudah nasi ambeng...sedapnya...
Saya ketingalan sikit tak rasa lagi ayam penyet...selalu terngat ayam pe nyek je..tu yg tak jadi2 nak order...

Kalau free esok mlm dtg ya kat kg!
Terimakasih.

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Nasi ambeng, biasa dengar, masyarakat Jawa

nasi ayam penyek, baru2 ni saya pi Jakarta, tiap2 kedai ada nasi ayam penyek (Insayallah ada n3 nya)

Wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

salam AZ,

Sejak tua ni makan tu memilih sikit.

Yang enak ikut tekak tua ni ialah ikan rebus berserai,sambal belacan dan ulam.Sekali-sekala ber ikan kering saja.

wassalam.

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : nasi ayam penyek tu sambal dia ler yg buat sedap... mesti terangkat punya pedas nya. nasi ambeng saya tak penah rasa plak... sedap ker?

aznaz berkata...

salam ayah zain..

betul cakap si afeezz..nasi ayam penyet tuh kalau takda sambal for sure tak da selera nak makan.biasa ajerr.nasi ambeng tak gemar sangat lah...campur serunding tuh yang tak serasi/berselera nak makan..heheh

wsalam

KAMATO berkata...

salam az, dikampung saya kenduri nasi ambik masih diamalkan

Noor berkata...

Salam AZ..

dua-dua nasik cheq suka.. bila berkawan dengan kawan2 dari seluruh Malaysia.. semua nyer cheq dapat merasa.. he he

psstt.. betul sebagaimana yang dikata oleh afezz & CL.. nasik ayam penyek's tu misti ada sambal.. baru kick..

afeezz berkata...

salam kak noor : kak noor nak kick siapa?

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

Betul tu, nasi ambeng memang sedap berbanding dengan ayam penyet tu.

Ayah Zain berkata...

Salam MamaJu,
alhamdulillah, akhirnya dapat juga kita bertemu akhirnya. Semoga tali silatulrahim kita berpanjangan

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

iyer ker. Nanti rozali buat n3 paasal ayam penyet yer

Ayah Zain berkata...

Salam Ayahanda,

sedap tu ayam rebus berserai. Mmenag betul lah az pun dah mula makan memilih ni.

Teringat kata-akat arwah ayah. Dia kata ' nanti ekau dah tua, kau tau la, masanya akan sampai'

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

az tak suka sambal kerana perut tak tahan dengan lada. Sebab tu tak letak sambalnya

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

hehhe, no komen sebab CL banyak benda yang tak makan. Selera ikut masing2kan?

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

Noor memang bagus, dua-dua suka yer.

Ayah Zain berkata...

Salam Kamato,

Nasi ambik? ermm spelling error la tuh.

Lain kali jemputlah az, nak pekena nasi ambik tu. hehehhe

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,'
agaknya noor nak kick afeez la, kalau idak dia nak kick siapa pulak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...