Jumaat, 12 Mac 2010

Ayat al Kursi

120310 : Berjumpa lagi kita di harii Jumaat, Penghulu segala hari. Semoga kita sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmatan Allah swt.


Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda yang bermaksud:
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

AMIN......

22 ulasan:

Azima berkata...

salam Az..

Sungguh besar hikmat Ayat Kursi ni ye Az..
Syukur Alhamdulillah..ayat ni selalu saya baca..Semoga kita semua beroleh rahmat dan sentiasa berada dlm lindungan Allah.

Juga mendapat kebahagian untuk dunia dan akhirat

wassalam

aznaz berkata...

salam ayah zain...

benar tuh..cl baru jer 3 hari lepas baca di surau tentang 'kehebatan' ayat kursi...

rugi rasanyer kalau kita tk amalkan


wsalam

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

Mukin dgn berkat Ayat Kursi
nak murid AZ berjaya dgn cemerlang dlm keputusan SPM tahun lepas

Syukur n tahniah

Wassalam

Ayah Zain berkata...

Salam Azima,

Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar. Sama-samalah kita mencari keredaannya

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

marilah ita terus mengamalkannya

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

Alhamdulillah,namun usaha sebenarnya daripada mereka sendiri kerana 'Allah tidak mengubah nasib seseorang kecuali mereka sendiri yang mengubahnya'

rezeki berkata...

salam az

sgt besar fadhilat ayatulkursi ni, amalkan setiap masa bila teringat

tahniah atas kejayaan putera bongsu mu, semoga lebih berjaya di akan datang , insyallah

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Salam AZ,

Tahniah lagi sekali,anak berjaya SPM.

Yang Allah mau ialah ketakwaan kita.

Wassalam.

Unknown berkata...

salam AZ ...

MasyaAllah betapa ruginya bagi mereka yg mengabaikan beramal dgn ayat2 tersebut .

Ayah Zain berkata...

salam rezeki,

insya allah.

Terima kasih doa mu itu

Ayah Zain berkata...

Salam Ayahanda,

Benarlah kata ayahanda.Ketakwaan itu yang diutamakan

Ayah Zain berkata...

Salam Umi,

tak apa umi, mari kita amalkannya

shami2 berkata...

Salam AZ

Ayat yg amat baik diamalkan...moga kita semua beramal dengannya...

Ayah Zain berkata...

Salam shami2

Insya Allah, mari kita amalkannya

KAMATO berkata...

salam AZ, alhamdullilah semoga kita semua mendapat berkat dari ayat kursi ini

Tanpa Nama berkata...

Salam AZ


banyakyer berkatnya ayat kursi

terima kasih sebab berkongsi..

Ustaz Ateef Al-Domyati berkata...

Salam ziarah,

Ayatul Kursy ini mempunyai rahsia amat besar sehingga seolah2 'terhenti' alam semesta ini ketika ayat ini diturunkan kpd Rasulullah saw.

Rahsia ini dan rahsia-rahsia lain termasuk amalan menentang saka, gangguan sihir, histeria menjadikan Ayatul Kursy tetapi dgn cara paling Haq yg tak pernah didedahkan di dalam buku2. Amalan ini warisan dari Rasulullah saw, para waliyullah dan ahlus sufi yg amanah diperturunkan secara ijazah & bertalaqi. Ziarahlah kami..

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Salam Ayah Zain,

Lama tak ziarah AZ. Rindu rasanya. Terima kasih di atas curahan ilmu yg amat berguna ni dan sentiasa setia menitipkan nasihat yg berguna di sini. Kdg kala Wan tergelak sorang2, kdg2 pulak, sedih, kdg2 pulak membuatkan Wan berfikir sejenak dan segala macam rasa bila baca coretan AZ. Syukran.

Ayah Zain berkata...

Salam Kamato.

Insya Allah, mari sama-sama mkita amalkan

Ayah Zain berkata...

Salam Ustaz,

Insya Allah. Semuanya telah di anugerahkan Allah kepada hambanya, cuma hambanya yang tidak mengendahkannya.

Ayah Zain berkata...

Salam Ustaz,

Insya Allah. Semuanya telah di anugerahkan Allah kepada hambanya, cuma hambanya yang tidak mengendahkannya.

Ayah Zain berkata...

Salam Wan,

Iyer ke. selalulah datang melawat kalu rindu ngan blog az ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...