Jumaat, 13 November 2009

jangan baca

131109 : Kali ini bercerita perkara yang tidak disukai orang, namun tanpanya akan menghuru harakan kesihatan manusia. Saya mengalami perkara ini apabila tidak boleh kentut kerana masalah dalam perut. Sakitnya tidak terkira, berguling-guling, merangkak-rangkak tidak keruan, akhirnya mrszain memapah suaminya ke dalam kereta ke hospital. Doktor melakukan penyiasatan dengan teliti dan mengesyaki ada batu dalam buah pinggang. hampir dua minggu berada di hospital namun batu yang disyaki tidak ditemui. Berbalik pasal kentut tadi, masa itulah saya merasai betapa nikmatnya kalau  dapat kentut  . Tetapi tidak boleh, perut sebu se sebunya. Orang NS kata 'gembong peghot den'
Teringat sebelum itu pernah melawat kawan di wad hospital, kebetulan pada msa itu seorang doktor bertugas datang melawat pesakit  disebelah katil kawan saya yang baru menjalani pembedahan (apendiks) dan bertanya, " apa kabar pak cik? Sudah kentut?

Aku hanya tersenyum kerana kejahilan, apalah doktor itu  bertanya perkara itu. Apabila diri sendri mengalaminya, barulah memahami sistem perkumuhan manusia. Hehheh, sebab itulah subjek sains SPM dulu kantoi. Cikgu mengajar tidak masuk kepala. Sebab itulah juga mengapa baby yang baru dilahirkan dibenarkan keluar hospital setelah baby itu kencing dan buang air besar. Oklah, mari kita mengkaji sedikit tentang kentut: (Bahan ini diperolehi daripada emel)


1. Dari mana asal kentut?

Dari gas dalam usus.

Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.


2. Apa komposisi kentut?

Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.



5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?

Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)


6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?

Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.


7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?

Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.


9. Apakah setiap orang kentut?

Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?

Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?

Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?

Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?

Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?

Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?

Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.


16. Mungkinkah kentut terbakar?

Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?

Jangan mengada-ada. .. konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?

Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.


19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?

Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?

Tidak berwarna. Kalau warnanya `orange` seperti gas nitrogen oksida, aka tahulah siapa yang kentut..hehehe


21. Apakah kentut itu asid atau neutral?

Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?

Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya. Wallahu`alam

Saya tidak bertanggungjawab atas segala kemungkinan yang berlaku dan mengganggu emosi anda kerana saya telah melarang jangan membacanya

 r u feel good?
Sebenarnya kentut itu bagus untuk meredakan stress!!!!
Jangan marah kalau orang terkentut disekitar kita kerana ia berkaitan dengan kesihatan usus kita. Kerana kita juga terkentut tidak mengira masa dan jangan menahan kentut kerana ia boleh memudaratkan perut kita.Kalau terasa nak kentut, kentut saja, kerana apabila anda tidak boleh kentut anda sendiri yang akan tahu. AZ sudah mengalaminya sebab itu tak ada masalah kalau orang kentut dan az akan berkata kepada sipengentot ' good' kerana itulah nikmat kentot yang tiada nilainya. U boleh bayangkan kalau anda tidak boleh kentot, anda tidak akan berasa selesa. Buat apa sahaja tidak menjadi.

22 ulasan:

Noor berkata...

Salam AZ..

tahniah kerana telah berjaya 'mengupas' satu topik yang tak pernah atau mungkin kurang dipikirkan oleh para 'cendiakawan' dan 'politikus'..

'jangan baca'.. ha ha.. reverse 'saikologi' arr.. kan membaca itu menambahkan ilmu pengetahuan.. ngeh ngeh ngeh

psstt.. minum teh o kacip fatimah kuat kentut tak az??? heh heh

Atikah berkata...

Salam AZ...

Bila tgk tajuk n3 AZ "jangan baca"... cepat2 clik... nak tahu... :) Yang org larang tu ler nak buat...
He.. he..

aznaz berkata...

salam ayah zain..

hahahahahhah good topic..
cik noor kalau minum teh o kacip fatimah nak tau kaut kena lah tanya tn ismet and cm...

wasalam

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

alhamdulillah, mula2 tu fikir lain bukannya 'reverse psikologi', manalah tahu ada orang tak suka baca kan. tapi ini blog kitakan? afeez kata 'peduli apa aku' hehehhe aku punya suka ler. ada aku kisah?

Ayah Zain berkata...

Salam Atikah,

yer ke gitu. pasal orang tak suka kita kentot? depa kata kurang sopan. tapi kentot ni........ kalau tak leh kentot lagi masalah. tapi kalau banyak kentot mungkin ada masalah perut tu kan?

Ayah Zain berkata...

salam manzlie,

hahhah, teh o kacip fatimah? kena cari kat pasaran tuh, mesti lega bila dah minum te o kacip fatimah. teringat pulak pada sorang kawan nama fatimah bila dia kata, kalau aku minum, apa yang aku boleh kacip (lol)

CM berkata...

Salam AZ

hehehehehe..sepanjng CM baca,CM gelak,isu yg sangat menarik,AZ ni good job ni...tang ni yg CM cayannngg kt AZ ni..


hehehehe....ciklie CM tak serasi arr dengan teh kacip fatimah,tu CR yang serasi,minum kacip fatimah Cm jadi ngantuk pulak..CM kena tukar teh mas cotekkk,baru powerka???

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

yer ke Good job!. CM nak tahu ke, AZ fikir panjang nak buat n3 ni, sebab tu buat tajuk lagu tuh, maknanya minta mahap awal2 heheh.
Bukan apa kentut ni penting, kalau tak kentut, Allah sahaja yang tahu sakitnya macam mana. Masa az kena attact tu Berguling-guling dari hall ke bilik air nak melepas, tapi tak ada yang kuar, pah tu gu;ing lagi kuar. Mak datok. Kita tahu kebesaran Allah, semuanya ada gunanya. Takbir!!! Allah hu Akbar.

psst. Jap lagi nak tengok anak kat BP, then balik KL.

PINATBATE berkata...

AZ..
seronok juga baca cerita kentut ni yer..tapi mcm baca buku Indonesia pulak gaya bahasa AZ kali ni..

Anak bujang saya selalu buat lawak kalau dengar bunyi kentut adik beradik dia..dia akan tanya..siapa kentut ni? jgn buang rata-rata..kutip balik masuk tong sampah..
Yg tak sanggup tu adik-adik dia ikut arahan ! pura-pura pegang angin kentut yg bertabur..jln gi tong sampah..buang!

ajaran karut lagi menyesatkan..

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : wah3.. informatif betul entry AZ yg ni... hihih..

sinomosa berkata...

Salam AZ..

Betul laa mcm kata Tikah, bila buat tajuk 'jgn baca'..sy pun cpt2 nak pi baca..apa laa yg AZ try nak sampaikan..hehe

Betul2 tue AZ, blog kita ikut suka laa apa kita nak tulis hehe

Topik 'Kentut' nie memang menarik laa haha..sy pun dok gelak time baca nie..

Tahniah AZ, keep up ur gud work hikhik

rezeki berkata...

salam az,

fakta no 5 salah tu, psl biasanya org tuuuu akan kentut seperlahan yg boleh tanpa didengari org lain krn tahap kebusukannya melebihi tahap bahaya radioaktih keh,keh,keh
sedar2 bau je ngeh,ngeh,ngeh

ps: noor , ada org buat tesis psl kentut nk dpt phd, jadilah ia profesor a.k.a doktor kentut keh,keh,keh

org dulu2 selalu berkata , masa bercinta bau kentut pun wangi, ngeh,ngeh,ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam Pinat,

yer ke. bagus juga buat macam tuh.maknanya anak2 pinat sedang mereducekan stress tuh. hehehhe.

apa? gaya indon? yang mana satu? kalau yang kentot betul la kot, kan az dah kata bahan yanh di ambil drpd emel.

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

yer ke. dah afeez kata asyik citer makan aje, az carilah bahan lain. malam ni az ada kat gombaklagi.nak jumpa boleh juga.

Ayah Zain berkata...

salam sinomosa:

terima kasih. nanti n3 akan az cari lagi kat emel yang menimbun az dapat tuh, ayah kuarkan. jangan kena saman udah le. hehhehe

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

salahke? kan dia SBD tu. walaupun bunyinya prlahan (senyap le gitu) tp bau dia mak datok. tambah pulak kalau makan telor hahahah. tapi kalau makan jering tak bau sangat la.

sinomosa berkata...

Salam AZ..

Hehe..saman? kalo takut kena saman publishkan sekali sumber yg kita dapat tue hehe as prevention hehe

AZ sekadar berkongsi..
AZ percaya dgn pengambilan supplement kesihatan?
Kalo susah nak buang angin, cubalah makan Herba Tuju Angin keluaran HPA industries. Dun worry produk tue semua berasaskan herba. Produk nie sama label dgn Kopi Radix..Selamat mencuba!

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa,

terima kasih. la ni memang sedang consume herba sembelit HPA, ada perbezaan nampaknya tp perust still sebu, nantilah cuba tuju angin tu. az memnag dah lama masuk hpa, dan dah lama x consume,hari tu ternampak stokis dia kat kluang, then try satu produk.

sinomosa berkata...

Salam AZ..

Owh ye ke?
Baguslah..Saya doakan smg kesihatan AZ beransur baik dgn izin Allah.
Jaga diri bebaik.. :-)

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa

Ok. Terima kasih atas keperihatinan mu.Ingat nak beli saham koperasi HPA la. Nampak HPA dah maju sekrang ini. semoga syarikat ini terus berkembang. Jangan jadi macam dola cantik dulu, brkembang bagus, tiba2 hilang.

Imran Paris berkata...

AZ...astaghafirullah....saya ketawa terbahak2 terus2an sampai meleleh airmata, nasib baik tak terkentut sama baca artikel ni. Sebenarnya say apernah buat research ni dlm wikipedia, tp masa buat research dan membaca artikel2 berkaitan dlm BI taklah rasa lawak....siap pening kepala lg sbb buat research...bila baca dlm bhs kita mcm lawak sgt pulak bunyinya. Paling best part kentut berwarna oren kalau ianya berwarna. Saya terfikir, kalaulah kentut berwarna oren...tentu org semua pakat pakai seluar dan kain oren....cuba bygkan semua geng2 lelaki berseluar oren....WKAKAKAKAKA...lawak2 n3

Ayah Zain berkata...

Salam IP,

heheheh, ada ada sahaja IP nih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...