Rabu, 4 November 2009

Penghujung paling Selatan Benua Asia (3)


Tanjnug Piai
Terletak kira-kira 90km daripada Johor Bahru (25km drpd Pontian)
PLUS drpd KL exit - Tol Simpang Renggam-Benut-Pontian-Kukup-Tg. Piai)


Tanjung Piai “bahagian paling selatan tanah besar Asia” (the southernmost Tip of Mainland Asia).

Mendapat nama daripada pokok bijirin tempatan ‘Paku Piai’. - sejenis tumbuhan bijirin yang boleh hidup di kawasan yang masin.

Tanjung Piai adalah kediaman kepada kebanyakan spesis tumbuhan bakau dan haiwan. Tanah lembap (wetland) Taman Negeri Tanjung Piai  mengandungi pantai bakau dan intertidal mudflats.

Tanjung Piai meliputi kawasan bakau seluas 526 hektar dan 400 hektar dataran berlumpur( Mudflats) iaitu  tanah lembut dan berlumpur. Ia mengandungi kandungan garam yang tinggi dan kadar oksigen yang rendah (anaerobic) namun dipengaruhi oleh keadaan yang panas dan kering.

Pada tahun 2002, taman ini telah dibuka kepada orang ramai. Taman ini telah diisytiharkan tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Akhirnya, ia telah digazetkan sebagai Taman Negara Johor pada 26 Februari 2004.

Taman Negara Tanjung Piai mempunyai kepentingan seperti berikut

• Kediaman kepada pelbagai spesis tumbuhan bakau

• Kediaman kepada pelbagai spesis binatang

• Bakau melindungi pesisiran pantai daripada hakisan dan rebut, dan menghindari banjir

• Bakau memberi perlindungan dan makanan kepada ikan, ketam, udang, dan binatang-binatang lain

• Bakau dan mudflats adalah kawasan perhentian penting kepada burung-burung yang berhijrah untuk makan dan berehat

• Bakau adalah kawasan pembiakan ikan dan binatang lain seperti udang, ketam dan pelbagai jenis mollusks





tapak perkemahan


Kemudahan untuk barbeque

Surau

nampak tak berongan tuh

Berongan

Gazebo



hutan bakau

Flora :

 Hutan bakau yang terdapat di sini ialah  spesis Rhizophoraceae  seperti Bakau minyak Bakau kurap, bakau minyak,Tumu Merah, Lenggadai, Berus, Tegar dan Teruntum putih. Daripada spesis  Avicenniaceae seperti Api-api putih, Api-api jambu, pi-api ludat dan Api-api bulu. Lain-lain spesis bakau termasuklah Avicenniaceae, Sonneratiaceae, Meliaceae, Rubiaceae ,Combretaceae, Euphorbiaceae, Plamae, Polypodiaceae, Avicenniaceae, Sonneratiaceae, Meliaceae, Rubiaceae, Combretaceae, Euphorbiaceae, Plamae









Fauna :
 

Mamalia :
-Dusky Leaf Monkey (Presbytis obscura), - Long-tailed Macaque (Macaca fascicularis), - Wild Pig (Sus scrofa), - Smooth Otter (Lutra perspiicillata)


Reptilia
 Water Monitor Lizard (Varanus salvator), - Mangrove skink (Lygosoma bowringii), - Shore Pit-Viper (Trimeresurus purpureomaculatus)
                                                  
Moluska :
 - Fiddler Crabs, - Siput mata merah, - Siput Timba/ Nerita (Nerita sp), - Berongan (Telescopium telescopium),
- Lokan, - Mud lobster (Thalassina anomala), - Coastal horseshoe Crab (Tachypleus gigas)


Burung :
 - Lesser Adjutant Stork (Leptoptilos javanicus), - Crested Serpent Eagle(Spilornis cheela), - Collared Kingfisher (Todiramphus chloris), - Grey Heron (Ardea sineria), - Little heron (Butorides striatus)

 

12 ulasan:

rezeki berkata...

salam az,

sijil yang mengesahkan kehadiran saya di tanah benua plg selatan tu (tg piai)masih ada dlm simpanan.

ngeh,ngeh,ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

hhehe, alhamdulillah. Moga sijil itu dapat dimanfaatkan.

CM berkata...

Salam AZ

wahh ni kalau perbadanan perlancongan negeri Johor baca boleh jadi duta Tanjung Piai ni...detail keterangan dia..

CR n AZ pi sana dapat sijil yer???

afeezz berkata...

selamat pagi cikgu : Az leh wat part time tourist guide lah kat taman negara tanjung piai tu. byk betul informasi yg boleh diperolehi ni...

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

heheh, iyer ker.

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

La semalam afeez kan tanya. So AZ carila maklumat tuk afeez.

Unknown berkata...

salam AZ ..
berongan tu amenda , siput ke ?
hai takut gak yer kalu ada b*** hutan tu .

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

b***hutan tu, just beware ajer. So far kami tak pernah jumpa pun.

berongan tu abang kepada siput sedut. Tourguide tu kata dagungnya sedap. Kat lumpur ni bersepah berongan ni sebab kawan sini kawasan larangan, jadi banyakla dia tuh

mama ju berkata...

mama pun ada sijil tu...anak saudara saya bermalam di sini,yang kelakar beliau memancing dari bilik tidor..kawasan disini agak menarik w.pun perlu diperkemaskan lagi.tk

Ayah Zain berkata...

Salam mama ju

Yer ker. jadi kita boleh alumni Tanjung Piai ler. hehehe

Betul, tempat ni kalau di perkemaskan memang jadi lebih menarik

aznaz berkata...

salam ayah zain..

masa kerja di Pulai spring tuh sya pernah gak pergi akt situ..seronok gak kan..

wslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

betul, memang seronok g sana. rasa aman je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...