Selasa, 22 Disember 2009

KurTi (2)

 221209:    KurTi memasuki hari ke-2. Malam sebelumnya ialah sesi bersama dengan Timbalan Pengarah yang menyuntik semangat baru kepada para pendidik yang datang berkursus kali ini. Seterusnya pagi 16 Disember bermula kursus yang mendedahkan pelbagai kemahiran kepada pendidik yang akan mendidik pelajar Tingkatan 1 2010.  Mereka di pecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut kemahiran yang ditetapkan seperti kemahiran asas sains, matematik, kemahiran amal islami, kemahiran berfikir, kemahiran amalan belajar (KAB) dan public speaking/speed reading. Dengan adanya kursus ini pelajar-pelajar tingkatan satu nanti akan lebih comfotable dalam  P&P di bilik kelas. Kursus ini diteruskan lagi pada hari ke-3 (17 Dis 2009). Majlis penutupan telah disempurnakan oleh tuan Pengarah. Semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi semasa kursus berjalan selama 3 hari 2 malam.

                                     
Kelas Public Speaking

teknik pernafasan

aktiviti di kelas Public Speaking - teknik pernafasan

Suasana di Kelas Kemahiran Asas Sains


Demonstrasi drpd mentor

Mencuba peralatan

aktivirti KAB - Membuat peta minda

sungguh fokus sekali

Siap dah satu aktiviti KAB

Kelas Kemahiran Asas Matematik

kelas kemahiran Berfikir - main peranan


9 ulasan:

shami2 berkata...

Salam AZ

Bagus tu...sempena maal hijrah moga kita semua sentiasa berhijrah dari baik kepada yang lebih baik..
Kepada yang mendidik...perlu tingkatkan tahap pendidikan..supaya anak2 didik semuanya bertambah cerdik...lagi berhemah dan terdidik...
Harap jangan tersalah didik nanti mengundang musibah balik..hehehe

Ayah Zain berkata...

Salam shami2,

insya Allah. Guru-guru mndidik untuk kebaikan anak-anak muridnya. Hadiah paling berharga kepada guru apabila anak-anak didiknya menjadi seseorang. Kembang hati guru kalau anak murid jadi angkaswan negara ker. ooo itulah anak murid aku. Tapi malang kalau anak muridnya jadi penyangak

mama ju berkata...

Salam AZ.KurTi bagus sekali. Sekali sekala masukkanle gambar tuan punya diri!

Ayah Zain berkata...

Salam mama ju,

hahahha, bab gambar yer... bak kata rezeki, tak mahu glemer la. Ada dah masuk gambar dulu, ada pulak yang mnegur.

en_me berkata...

salamm singgah ayah zain tewww..

Asnija berkata...

Salam Ayahanda Zain,
Apa khabar AZ? Apa khabar Mrs Zain?
AZ sihat? Mrs Zain sihat?
Ni Nija ni....ingat lagi ke?
Nija datang bawak cekodok bawang panas-panas ngan teh epal hijau nih...nanti makan ye....

Asnija berkata...

Salam AZ,
AZ jangan majok lagi ye...kalau nak majok...AZ majok ngan CM ngan CL ngan Hanis...Nija ikut diorang je...jadi bukan salah Nija 100% ye...he..he..

Ayah Zain berkata...

Salam en me,

terima kasih kerana sudi singgah.

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

az sentiasa mengingati datin. sedap la cekodok bawang tuh. teh epal hijau tanpa gula tuh lagi mengancam.

awat? majok? ada aku kisah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...