Rabu, 9 Disember 2009

Nikmat Perkahwinan

091209:  Buat pertama kalinya aku mendengar khutbah jumaat di sebuah masjid menggunakan ICT. Masjid Abi Waqas Bt 4 Jalan Gombak Kuala Lumpur. Aku pernah memanjat pagar masjid ini untuk bersembahyang subuh kerana pintu  pagar masjid berkunci. Tajuk Khutbah Jumaat pada hari tersebut ialah


Pada hari itu aku tidak perlu membuat catatan kerana semuanya telah dipersembahkan dalam bentuk powerpoint.


Bertuah sungguh jemaah di Kuala Lumpur kerana ict telah digunakan semasa khutbah jumaat, justeru kebarangkalian untuk 'lentok' kurang sekali kerana telinga mendengar dan mata memandang skrin dihadapan.





Khutbah pada  4 Disember 2009 (Jumaat minggu lepas) begitu bermakna kepada ku kerana ia begitu hampir dengan tarikh yang aku tunggu. Cikgu Mas begitu peka dengan tarikh itu dan membisikan bahawa aku tengah countdown tarikh tersebut: -

Tanggal 09 Disember 1984 " Aku terima nikahnya mrszain dengan maskahwin RM80.00 tunai. ....SAH tanya jurunikah? Saksi menjawab sah. Maka dengan ituJurunikah membacakan doa. Maka dari saat itu mr&mrzain telah sah menjadi sepasang suami isteri. maka apa yang sebelum ini diharamkan kepada lelaki dan perempuan yang bukan muhrim telah menjadi halal kepada mr&mrszain.

Hari ini pada tanggal 9 Disember 2009  genaplah 25 tahun perkahwinan antara mr&mrszain. Pasangan bahagia ini telah hidup sebagai suami isteri melalui pelbagai rintangan, susah dan senang dihadapi bersama. Bak kata P. Ramli 'sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pulak .....'(sambung la afeez). Selama 25 tahun itu, pasangan ini dikurniakan 5 orang anak (seorang puteri dan empat putera). Puteri yang sulong telah bekerja di sebuah firma ukur bahan di bandaraya Johor bahru sementara 3 orang putera mereka masih menuntut di menara gading. Putera yang bongsu baru saja menamatkan pengajian di sekolah menengah dan kini menunggu keputusan SPM yang akan diumumkan pada bulan Mac 2010. Semoga putera bongsu beroleh keputusan yang cemerlang dan layak ke menara gading seperti abang dan kakaknya. Sebagai mengenang tarikh tersebut pada 9 Dis 2009, satu majlis doa selamat telah dilangsungkan di kuarters kediaman mereka .

tetamu di majlis doa selamat 25 tahun perkahwinan mr&mrszain

sebahagian tetamu wanita  yang hadir
Selepas bacaan doa selamat itu , para tetamu dihidangkan dengan jamuan tengah hari yang disedaikan oleh mrszain. Lihatlah menu mrszain pada hari itu.


Rendang minang
(daging fresh  tu- beli kat pasar Pontian)

gulai lemak nenas dan sepat ronggeng
ikan sepat beli di Pasar Chow Kit, KL


terung berlada

ikan kering bulu ayam
(beli kat Tmn Seri Sulong Batu Pahat)

acar buah
pemberian mrsrahman (MRSM Batu Pahat)

telor&salad

agar-agar

air oren

Tetamu sedang mengambil makanan - ladies first

Tetamu lelaki sedang menikmati hidangan

makan-makan, jangan malu-malu
terimakasih En Imad kerana sudi datang

tetamu perempuan di dalam rumah


"sampai juga  pn maria dan mak leha ke teratak ayahzain"

tuh, adik tu baru   masuk jawi.
tak apa, zaman moden tak ada pantang mantang. Makan jer

Sesungguhnya hari ini amat istimewa kepada mr&mrszain dengan kehadiran tetamu yang datang dan mendoakan kesejahteran, kebahgian pasangan ini. Semoga Allah memberkati kita semua.







44 ulasan:

Unknown berkata...

salam AZ..
tu dia dah 25 tahun hidup bahagia bersama , semoga kekal ke akhir hayat.
AZ 4 jejaka 1 dara ,terbalik dgn ummi 1 jejaka 4 dara .. tp sekolah men pun lum lepas lagi , baru nk ambil SPM thn depan ...

ummi belek punya belek tp 3j x der lak... hebat kakak dpt sediakan makanan sendiri ..tabik ummi pada akak.
ummi doakan semoga AZ dan akak hidup bahagia,aman damai selama hayat dikandung badan ..disamping anak2 tercinta.

CM berkata...

Salam Az

tahniah,kan CM kata AZ tgh countdown tu,anniversary yg ke 25...tahniah AZ,25 thn hidup bersama dikurniakan Allah 5 anak penyejuk mata.dikurniakan isteri y solehah,begitu bahagia sentiasa bersama,pertama kali CM tenggok mrs zain,CM dah terttawan dgn ketenangan wajahnya mrs zain..

semoga bertambah tahun perkahwinan,betambah sayang,bertambah kuat kasih dan sayang,bersama disyurga nanti Insyallah..kesabaran adalah kunci kebahagiaan rumahtangga,sedangkan lidah lagi tergigit..

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

terima kasih atas doa yang dititipkan. Sekejap sahaja dah 25 tahun.
Niat di hati nak ke candle lite dinner malam ni tapi mrszain taklarat, dia kata membazir lah,

Dapat anak perempuan ni ada kelebihannya di hari tua.az prhatikan mertua ayahzain yang sakit itu, anak-anak perempannya yang bersengkang mata menjaganya yang lelaki ....... tengok kejap-kejap aje.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

ma kasih atas doa dan sokongan itu. semoga kami akan hidup dengan keberkatan Allah. PDKMmenemukan az dengan insan-insan penyayang dan memahami.

sinomosa berkata...

Salam Ayah Zain.

Tahniah diatas ulangtahun perkahwinan yang ke 25 untuk Mr & Mrs Zain. Semoga perkahwinan AZ kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Syukur, kerana dapat lihat kejayaan AZ & isteri dalam mendidik anak2. Semoga anak-anak AZ menjadi anak yang soleh dan solehah dunia dan akhirat. Puteri AZ, QS ke?

Semoga nikmat perkahwinan AZ akan memberi panduan kepada kami ahli2 kelab bujang hikhik..Doakan kami juga akan menjadi pasangan yang baik dan mempunyai keluarga yang bahagia spt AZ. Syukran ya Abi.

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa,

Insya Allah, semoga Allah mempermudahkan jodoh mu, berjumpa dengan mr right yang di idami.


Terima kasih atas dorongan, sokongan dan doa kepada kami.

afeezz berkata...

salam ayahanda dan bonda zain : tahniah atas ulangtahun perkahwinan yg ke 25. lama tu ayahanda dan bonda melayari hidup berumah tangga, nampaknya sy kene belajar ngan ayahanda ni..takde tip2 ke nak berikan pada kami yg bujang2 ni...

anyway... saya nyanyikan satu lagu wat ayahanda dan bonda...


"Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi"

Ayah Zain berkata...

Salam Anakandaku Afeez,

amboi-amboi bemadah gurindam anakandaku ini. Ayahanda baru 25 tahun, hok yang lain tu lebih lama lagi. Hidup suami isteri ni kena balance, sorang merajuk sorang lagi memujuk. Orang kata merajuk pada yang sayang, kalau salah merajuk peduli apa aku.Jadi nasibnya samalah seperti lelaki sejati afeez tu.negh ngeh ngeh

mama ju berkata...

wah byknya laukpauk dan kuihmuih...selamat ulangtahun.Muga bahagia ke akhir hayat.Berbahagialah anak dah besar2..kalau menantu jgn lupa jemput...kg mamaju dkt je..sebelah benut..

Ayah Zain berkata...

Salam mama ju,

terima kasih.semoga Allah memberkati mama ju dan az.

Benut?kat area mana tuh. kalau hari sabtu kami selalu memborong kat pasar tani benut.

Unknown berkata...

AZ....Tahniah la for 25th anniversary...buat la satu post special tentang "kawan" lama di Perth nie....:)

Ayah Zain berkata...

Salam Azhar,

Perth? az pernah ke Perth tahun 2005. masa tu 9 Dis berada di Fremantel, sempat beli bunga kat pasar dan bagi kat mrszain.hehheh

Ayah Zain berkata...

Salam Azhar,

azhar nak tahu? itu lah pertama kali az beli bunga kat mrszain. Malam ni cadang nak g candle lite dinner,tp mrszain x mahu, dia kata membazir jer buat benda tuh.

Noor berkata...

Salam AZ..

tahniah.. dah 25 tahun arr.. tahun 84 tu cheq dok skolah laie.. he he..

kasih sayang yang suci murni.. hanya ajal yang memisahkan..

Semoga AZ sekeluarga dirahmati dunia dan akhirat..

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

ma kasih.

yer ke. Ting berapa tahun 1984 tuh Noor.

Umi Azuddin berkata...

Salaam AZ,

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan atas sambutan jubli perak usia perkongsian hidup antara AZ & Mrs. Zain. Semoga rumahtangga AZ dihiasi dengan sakinah, mawaddah, rahmah dan berkekalan hingga ke syurga. Amin. :)

VpeaceV

Ayah Zain berkata...

Salam Umiazuddin,


Terima kasih atas ucapan. semoga Allah memberkati anda dan juga saya. Terima kasih jua kerana sudi melawat umah az

rezeki berkata...

salam az,

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN AZ DAN ISTERI YANG KE 25 DAN DOA SAYA LPS NI YG KE 26,27,28 DAN SETERUSNYA HINGGA KE AKHIR HAYAT

SEMOGA BERBAHAGIA BERSAMA ISTERI DAN ANAK2 HINGGA KE AKHIR USIA"

kalau 25 tahun jubli perak ke emas
saya lupa , cuma kalau 50 tahun jubli besi he he he



kalau 25 tahun juble

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Terima kasih atas ingatan di pagi hari Khamis yang mulia ini. Semoga doa-doa yang dititipkan diterima Allah. Aminn.

25 tahun jubli perak, 50tahun = J. emas, 75 tahun J. Intan. tu ada Dewan Jubli Intan kat Muar, Btau Pahat. Kat Kota Tinggi ada tak Dewan Jubli Intan?

Jubli Besi? nanti sat az tanyakan kat kengkawan yang lain. CM mesti tahu tuh, ngeh ngeh ngeh

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 25...semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. amin.

Ayah Zain berkata...

Salam kak Hjh Zainab,

Terima kasih doa kak hjh tu, Amin. Semoga Allah melimpahi rezki, umur yang panjang, kesihatan yang baik kepada kah hjh zainab juga.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 25, semoga bahagia dan diberkati hingga akhir hayat..

AZ ada 4 putera 1 puteri, akak ada 5 puteri 1 putera, bahagia kan AZ, ramai cahaya mata

AZ gi kat Gombak mah sapa . Nanti hujung bulan ni dtg lagi KL ke

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

memang seronok ada cahaya mata ni. teringkat kata-kata arwah ayah masa az kecil dulu ' besok kau dah beranak kau tahu la. Macam-macam perangai........" heheh, az kata apa (menjawab tuh : aku tak beranak blah blah) - sekarang ... bak kata nabil "lu pikir lah sendiri"

Ayah Zain berkata...

Salam KS,

lupa lah, gombak tu umah ibu mertuaku. Bt. 4 jalan gombak. Minggu lepas baru balik. next pada 20dis

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Ibu mertua org Gombak, dekat mah akak tu, boleh la singgah, tapi 20 hb, tu akak ada jemputan di Semenyeh, musim org kahwin la AZ, tiap2 minggu ada jemputan

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Akak ni dah nak masuk group warga emas , tu lah banyak kawan2 yang anak2 semua nak kahwin. Entah2 dalam blog PDKM tu akak yang paling tua kot kan AZ.

shami2 berkata...

Salam AZ

Alhamdulillah...tahniah buat Az
& isteri..semoga kasih sayang berdua bawa kesyurga

Kak Long dh kerja kat firma jurukur bahan..baguih larr..saya dulu pun memula kerja macam tulah...semoga kasih sayang AZ sekeluarga bertambah erat...

Ayah Zain berkata...

Salam KS (Kak Sidah)

yer ker. Alhamdulillah, nanti kalau ada masa boleh lah az sekeluarga datang ziarah KS. Betambah lagi saudara Az ni.

Bagi la tahu area mana kat gombak tu? batu berapa? Ibu mertua az tinggal di kg puah.

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

alhamdulillah, bertuah rasanya, ramai kawan2 PDKM bagi doa pada az sekeluarga.

Kak long dah setahun kerja kat JB tuh.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Kg. Puah tu batu 4, Gombak kan AZ, akak, jauh sikit kat Kg. Nakhoda, Selayang, nanti dah sampai KL, akak bagi alamat penuh ye..datang la bawa keluarga ye, AZ, kalau AZ tak tau jalan nanti akak jemput kat mana2 ok.

Che' Pit berkata...

hmm dulu masa jadi banker.. (awal 2008), selalu sembahyang jumaat kat masjid maluri.. mmg dia guna slide powerpoint utk khutbah.. tempat2 lain, mcm x jumpa lak..

Ayah Zain berkata...

Salam KS,

oooo dekat dengan tempat si afeez la kat selayang. Dulu pernah duduk kat Kg. Nakhoda masa belajar kat UM selama 10 minggu. Naik bas mini no 11.

Kalay hari raya az g beraya kat umah sepupu di Kg. Melayu Natu caves.
Insya Allah kalau ada kelapangan, sampailah az nanti umah kak sidah tu.

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

itulah, pertama kali dengar khutab bermultimedia. Mada ada kat tempat lain keculai di Wilayah persekutuan kan. Insya Allah, lama-lama nanti merebak la ke tempat lain tuh.

Memng ada beza sebab mata kita tengok skrin, so tak ada lah nak tangkap lentok, hari tu lupa pulak nak tengok orang kiri kanan sebab fokus kat skrin. Pertama kali katakan, tak tau le kalau dah selalu. Minta dsimpangkan la untuk lentok tu

Unknown berkata...

Pasal khutbah multimedia nie....sebenarnya paling awal ada ialah di Masjid Ladang (dekat Primula) Terengganu. Diorang dah ada benda multimedia nie since 2002/2003 lagi. Lepas tuh baru masjid lain ikut.

Sy masa tuh jaga projek di Terengganu.

Sekarang sembahyang jumaat....kengkadang tak paham khutbah (pasal kengkadang sembahyang masjid turki, arab, melayu, etc etc..tgk mana yg sempat)

Ayah Zain berkata...

Salam azhar,

Yer ker. Dah lama la benda ni yer.

Tak apa, kalau masuk masjid Turki tu, buat2 aje ler faham hhehe. tp x kan masuk masjid melayu pun tak faham. hehheh sure masuk tu tangkap lentok.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Ye, dulu memang bas mini no 10, zaman bas mini dah berlalu , tu masa akak sek. dan remaja, sekarang dah otai , dah tak de bas mini tu, yang ada rapid je, ok az dah tau kan , jgn lupa britau akak kalau dah sampai KL.

Ayah Zain berkata...

Salam kak Sidah,

orait. nanti kalau sempat az akan sampai kg Nakhoda tu.

Atikah berkata...

Salam AZ...

SELAMAT ULANG TAHUN KE 25 buat AZ dan Mrs Zain... Semoga kebahagiaan yang dikecapi berkekalan hingga ke hujung nyawa....

Ayah Zain berkata...

Salam Atiqah,

az ingat atikah dah lupa. Datang jua kau menjengok dan memberikan doa mu itu. Amin.

aznaz berkata...

salam ayah zain..

Taniah...Jubleee Perak....moga berkekalan hinggake akhir hayat...insyalah


waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Lie,

akhirnya LIe datang juga yer. Ingat az udah dilupakan. Terima kasih daun keladi. Minta doakan kesejahteraan az suami isteri ye lagi

Atikah berkata...

Salam AZ,

Tak lupa AZ,hari2 jenguk umah AZ tp tak leh nak hntr komen coz tenet prob le kat umah AZ... he..he..he..

Ayah Zain berkata...

Salam Tikah,

yor la, dah ghusak tenet eer, nak buek macamano pulak kan

Tanpa Nama berkata...

Good blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
kadkahwinonlinemalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...