Ahad, 28 Februari 2010

Tempat Mustajab berdoa

280210 : Hari ini adalah hari terakhir bulan Februari. Besok akan bermulalah Bulan Mac. Bermakna hanya tinggal 10 bulan sahaja lagi tahun 2010 akan berakhir. Sungguh cepat masa berlalu. Aku merasakan tahun 2010 ini begitu cepat berlalu. Sekejap sahaja sudah muncul hari Jumaat. hari Sabtu dan Ahad cuti. timbul pula minggu baru dan di akhiri dengan hari Jumaat kembali. Bermakna juga umur bertambah pendek, entah esok atau lusa, Izrail datang menjemput hanya Allah sahaja yang mengetahui. Oleh itu gunalah masa yang ada semaksimum mungkin untuk mendekatkan diri dengan yang maha Mencipta. Berdoa, teruslah berdoa   dengan bersungguh-sungguh agar kita dipandang olehNya di Hari Penentuan kelak.Iinsya Allah.

Pagi tadi sempat juga menghadiri ceramah yang dikendalikan oleh pihak Tabung Haji  Daerah Pontian di Masjid Jamek dan satu yang menarik hati aku ialah ada 15 tempat di mana doa itu menjadi mustajab di Makkah al Mukarramah. Jadi kepada mereka yang menjadi tetamu Allah jangan lupa untuk berdoa di tempat-tempat yang telah di tetapkan seperti di bawah.



dengan ihsan Tabung Haji: Sila klik untuk paparan lebih jelas

Jadual  di atas menunjukkan dengan jelas tempat-tempat dan masa di mana mustajabnya unuk berdoa. Beruntunglah mereka yang menunaikan umrah dan haji kerana dapat menemui tempat dan masa yang mustajab untuk berdoa. Berdoalah bersungguh-sungguh agar Allah menerima doa-doa tersebut. Insya Allah.
Salam Ceria

Sabtu, 27 Februari 2010

baker's cyst




270210: Anda tahu apa itu baker's cysts? Dikenali juga  popliteal cyst yang merujuk kepada cecair berupa lendir yang terletak di bahagian belakang lutut. Istikah ini ditemui oleh Doktor William Morrant Baker (1838-1896) Maklumat lanjut boleh dirujuk ke http://en.wikipedia.org/wiki/Baker's_cyst. .



Rajah Lutut Manusia

Mengapa tiba-tiba aku bersembang perkara ini? Anak ke-4ku mengadu terdapat benjolan di bahagian belakang lututnya. Benjolan ini telah lama dirasainya, telah berjumpa doktor juga namun doktor mengatakan tiada apa-apa. Kadangkala aku tidak faham kerja doktor, banyakkali juga aku mengalaminya di mana pada peringkat awal kita mendapatkan rawatan dan ada masalah, doktor kata tiada apa-apa tetapi apabila kita berjumpa mengadu kesakitan dan sebagainya, dia akan berkata mengapa lambat membuat rawatan.

Anak ku mengadu bahawa tempat tersebut makin membengkak dan kadangkala berasa sakit dan sengal. Memandangkan semalam hari cuti maulidur rasul tentu hospital kerajaan tutup dan di Pontian aku tidak mengenali doktor-doktor swasta lebih rapat. Mrszain teringat akan seorang bekas anak muridnya yang membuka klinik di Yong Peng. Maka aku menghbungi doktor tersebut. Alhamdulillah, klinik ini di buka pada sebelah pagi hingga tengah hari dan di buka semula pada pukul 7 malam.

Seperti dirancangkan pukul 6.50 petang aku sudah sampai di Klinik tersebut. Dan ..........


                                                        
Siap berpantun tu
di depan klinik dan kaunter daftar
Kreatifkan

Doktor membuat pemeriksaan
ada lendir ni
siap buat rujukan kat internet tu
memberi penerangan kepada kami
dont worry kita 'potong' hahahah
anak ku mula menggigil
dia doktorofobia hahahah

Menggunakan jarum suntikan
bukan menyuntik tetapi menyedut cecair
nampakkan? cecair itu berwana agak kekuningan



ni dia hampir 15ml cecair yang dapat disedut
Cecair ini kalu banyak sangat akan mengasak dinding saraf menyebabkan kira rasa tak selesa.


Doktor membuat sesi konsultan tu....
menerangkan panjang lebar ................

Jumaat, 26 Februari 2010

Jejak menjejak 2 : Kulim Kedah_final episode

260210 : Alhamdulillah. Hari ini ialah Hari Kelahiran Nabi Muhammad AW. Marilah kita sama-sama berselawat dan memberi salam kepada Baginda, nabi dan rasul yang kita cintai. Salam Maulidur Rasul.

Hari ini aku ingin menyambung semula kisah ziarah ke rumah kawanku di Kg. Permatang Tiong, Junjung, Kulim semasa aku berkursus di Jawi tempoh hari. Kami pergi bertiga menerjah ke kediamannya di Vila Sri Malyan yang tersergam indah. Terjahan aku kali disambut olehnya seorang sahaja kerana isterinya  masih berada di sekolah. Tidak mengapa, kerana kawan aku ini pakar dalam masak memasak seperti Cik Lie juga. Mari kita tengok apa yang dibuatnya.

Semasa kami sampai beliau sedang sibok membuat persiapan untuk menjamu kami bertiga. Habis sahaja waktu pejabat beliau bergegas ke Giant Kulim, membeli bahan-bahan untuk menu makan malam kami nanti. Aku sudah berpesan jangan bersusah payah tetapi apakan daya, hajat orang dipenuhi jua. 'Dah mai jauh-jauh tak kan nak bagi air bujang sahaja, katanya.
Buat apa tuh

tak reti-reti? ini udang

Hak ni sutun

yang ini ikan jenak, sembilang laut.
Jenak di goreng begitu sahaja
Sembilang laut nak buat masak lomak cili padi
Jangan pedas noooh.

hak ni cendawan

 sayur campur sedang digoreng
ada udang, sutun

aik? mrszain buat apa tuh
nak bantu juga ke

ni dia belimbing buluh
perencah gulai lomak

nak buat apa pulak ni
nak buat jus nyiok ka
la, sonang ba itu
buat apa nak ramas-ramas lambat

 
tu dia, ekpress tuh
tak payah pakai mangkok
terus je ramas dalam belanga
(belanga baru tuh)

sambil menyambil ikan di goreng juga
cekap betul dia bekerja
main campak-campak aje macam Chef wan
sambail masak,mulut dia .......... sejibik macam chef wan)

tunggu bening sat
lepas mendidih masukkan sembilang laut dan belimbing buluh

dah pun siap sayur campur


buat apa tu kakak
isterinya baru sampai daripada sekolah
sedang menguruskan pucuk ubi untuk direbus

ini dia
menu siap
mari-mari kita makan dulu
Jemputlah makan
best CL. Mari kita bedal sampai abis

Alhamdulillah, sedap betul masakan tuan rumah ni. Semoga tuan rumah sekeluarga diberkati Allah. Dipanjang umur dan sihat tubuh badan.

Selamat Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW

260210 :  Alhamdulillah, aku selamat sampai ke rumah tepat pukul 11.15 malam tadi setelah hampir  9 jam di perjalanan yang panjang. erm, rupanya hari ini ialah hari Jumaat. Oleh itu Berjumpa lagi kita di Hari Jumaat, Penghulu segala hari.

Hari Jumaat kali  ini begitu bermakna kerana merupakan Hari Kelahiran Nabi Junjungan yang dicintai iaitu Nabi Muhammad SAW. Marilah kita sama berselawat dan mengucap syukur kepada Allah sebagai tanda pengakuan kita sebagai hamba kepada Allah SWT. Justeru marilah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam surah ke-20 ini:

Taa' Haa. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah .
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy. Dia lah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.
Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik. (QS:Taha:20:1-8)

Allahu Akbar

Khamis, 25 Februari 2010

Adegan yang tidak suka dilihat

250210 : Sampai lah hari terakhir aku di utara Tanah Air. Kali ini aku ingin berkongsi mengenai pemusnahlaku yang tidak habis-habis. Entah di mana silapnya. Pendidikan masih tidak berjaya untuk mendidik menghargai kebersihan, harta benda awam dan sebagainya. Agaknya hendak diturunkan guru daripada langit agaknya. Namun kalau guru daripada langit pun gagal untuk mendidik mereka yang tak reti-reti ..................
apa salahnya bangku ini diperlakukan sedemikan rupa?

Sudah minum, bekas minuman ini dimasukan dalam tong sampah
Buat apa susah-susah, kat longkang ni kan senang
aku peduli hape

ada aku kisah?

Rabu, 24 Februari 2010

Jejak menjejaki_2 : Kulim Kedah part 1

240210 : Aku masih berkursus di Utara Semenanjung di bahagian Selatan Pulau Pinang Tanah Besar. Petang semalam sempat juga menziarahi kawan lama yang duduk diKulim Kedah. Di kesempatan masa yang ada aku bertandang ke rumahnya. Dari tempat kursus ini cuma 30 minit sahaja.



Tanah laman yang ada dioptimumkan dengan tanaman bunga dan sayuran. Sahabat ku ini memang minat bercucuk tanam. Paling istimewa dia pandai memasak. Justeru beliau memaksa aku menunggu makan malam juga.

Tamanan bunga yang masih baru di taman

Ini bukan tanaman hehehhe

Senang hati tetamu ini menikmati minuman petang
sambil menoton the Best of Nabil RL
Ni dia, karipap, straberi, anggur

wow ada kek cokelat
Afeez n Noor, az makankan untuk besday u all

Jejak menjejak

240210 : Kali ini adalah pertemuan yang tidak dirancangkan. berlaku pada hari ahad (21 Feb) yang lepas. Ketika itu aku sedang memandu berseorangan. Tiba-tiba aku ternampak kereta ini. Macam aku kenal. Aku coba mengubunginya. Betul rupanya. Seorang kenalan aku. Dia  bersama isteri dan anaknya. Apa lagi..........



aku ekorinya dulu.
Takut tersalah terjah hehehhe
Kami singgah di sebuah restoren untuk membasahi tekak
sambil bertanya kabar bagai
seronok jumpa kenalan yang tak disangka-sangka

ni dia makanan aku
fish n chip
sedap ni
kak sidah nak join, mai la

mocha ais
wow
lantak ajer
memnag tak manis pun.

Semoga tali silatrulrahim ini akan berkekalan.



Salam Ceria


Selasa, 23 Februari 2010

Kunjungan Sahabat PDKM

230210 : Aku masih berada di luar kawasan. Namun aku masih ada bahan yang boleh dikongsikan. Hatiku berbunga kembang kerana tidak disangka Umi dan Abi datang menziarahi ibu mertua di Gombak. Terima katas sokongan. Semoga ibu mertuaku cepat sembuh.

Abihana sedang berbual dengan ibu mertuaku.

Makan time. Alhamdulillah hanya ini yang dapat mrszain sediakan.
Makan yer umi dan abi, jangan malu-malu

kueteow goreng, nasi lemak, kepingan kek dan teh o

Nasi lemak ni sedap ooo

Isnin, 22 Februari 2010

Kota Damansara

220210: Salam sejahtera. Kalau bulan puasa kita dah masuk 10 hari  terakhir. Cepat suunggu masa berlalu. Minggu ini adalah minggu terakhir bulan Februari. Senin depan kita akan berada di Bulan Mac. Tidak mengapa, memang sudah begitu masa tidak menunggu sesiapa.

Mungkin Ketika ini aku sedang berada di Lebuhraya Utara Selatan. Aku menghala ke utara Semenanjung. Kali ini bukannya CCM tetapi tugas rasmi. Kami berlapan menaiki dua buah kereta. Mungkin lewat petang akan sampai ke destinasi di Sempadan Perak dan Kedah malah dengan Pulai Pinang. Urusan kali ini selama 4 hari. Kita akan jumpa lagi pada hari Jumaat nanti. Insya Allah.

Dengan adannya benda alah ini, perjalanan aku begitu mudah. Set sahaja destinasi kita akan sampai tepat ke destinasi. Rupanya destinasi ke taman-taman perumahan amat mudah berbanding kalau ke kampung-kampung. Ini kerana taman-taman perumahan adalah kawasan yang telah diaturkan. Contohnya destinasi aku pada hari Sabtu lepas (20 Feb 2010) ke Taman Perumahan begitu mudah. Tepat sampai ke pintu rumah.
Inilah rumah yang dituju. Tuan rumah  agak terkajuit, tiba-tiba aku dah sampai. Ni betul-betul terjahan yang berjaya.
Seriusnya. Khusuknya. Bincang apa tuh.

Sementara kami selesaikan urusan. tuan rumah menjamu selera kami dengan cucur. Sedap. Sedang sedap makan,  Hanis pulak telefon, depa tengah buat mini gathering, awat lambat habaq kalu idak boleh gak az meramai dan menyerikan majlis hampa itu.



Nak kemana pulak tu. Heheheheh
Nak balik le.
Terima kasih abihanan dan Umi Humaira
Lain kali jumpa lagi yer.
Asalamualaikum
Salam Ceria

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...