Hari ini genaplah setengah tahun.
Berlalu pertengahan tahun 2010.
Besok akan bermula pertengahan tahun kedua.
begitu cepat masa berlalu
memakan usia.
Hati az begitu tersentuh dengan ucaputama
Prof Madya dr Abu Hassan Hasbullah
di Majlis sambutan Hari Pendidik MARA
di Dewan Perdana FELDA
pada 17 Jun 2010:
"Nasib pendidik adalah sama dengan nasib nelayan;
meski bagaimana segala zat dan protin telah membantu sekian ramai orang menjadi menteri dan pegawai-pegawai besar daripada ikan yang dijala dan dikailnya dengan bergadai nyawa ditengah pembantaian ombak dan badai laut luas,
namun mereka nelayan-nelayan ini tetap hanya mendapat seringgit sekupang dan menghabiskan usia dipondok usang di bibir laut,
dengan angin pada setiap kali datang mencabut atap-atap nipah,
malah ada kala pondok itu tumbang dan mungkin berkali-kali.
Guru atau pendidik dalam kurun ini pun masih menerima nasib yang sama,
walhal sebahagian besar daripada murid-muridnya sendiri sudah berada di jabatan yang menguruskan visi misi kependidikan itu sama ada menjadi pegawai hal ehwal ekonomi,
penasihat undang-undang,
ahli majlis pengurusan,
wakil rakyat,
namun
tidak ada seorang pun daripada mereka akan mengatakan:
Sudah tiba masanya pendidik diberi apresiasi lebih agung daripada yang lain.
Misalnya dengan menggerakkan kesedaran bahawa setiap guru yang berada di Gred 41 maka genap 5 tahun terus ke Gred 44, begitulah kaedahnya".
Prof Madya Dr Abu hassan Hasbullah
Revitalisasi Pendidikan 2021
mengadiluhung Bangsa Yang Jauhari Lagi Budiman