210610
Bila hati disakiti
yang indah akan kehilangan seri
bila hati disakiti
yang baik tidak kelihatan lagi
bila hati disakiti
semua yang indah akan mudah dilupai
tidak akan memberi apa-apa erti
kerana hati itu raja yang memayungi
apabila ia baik akan baiklah diri
apabila ia rosak akan hilanglah seri
yang tidak bolehlah dimenfaati
begitulah resamnya hati
hati yang mati memakan diri
ikutkan hati MATI
seperti ranting yang mati
seperti pohon yang mati
seperti pokok yang mati
tiada bererti
seperti pohon yang mati
seperti pokok yang mati
tiada bererti
18 ulasan:
Assalamualaikum AZ
hati hendaklah dibasuhi dengan Al Qur'an, supaya ia bersih dan tidak mati
Wassalam
Salam AZ,
Hati juga perlu dicuci selalu.
Antara petua mencuci hati yang berkesan ialah Dirikan solat dan banyakkan berdoa "Ya Allah,jadikan hatiku bersih."
"Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
Jangan diikut kata hati, kelak akan binasakan diri.
Salam Takzim!
salam from Makkah..
ayah zain bermadah pepagi nih...
"Bila hati sudah retak..."....suke lagu tuh penuh makna...
wasalm
Salam AZ
Citer pasal hati niii...ada related tak dgn result semester 1 nii..
Hati anak akak pun hancur dapat no 1st dari bawah...
agaknya ari ni... makan pesemburlah dia org agaknya...
Wslm
Assallamualaikum AZ,
Bila hati disakiti
Ajaklah jiwa berbicara
Jemputlah pancaindera
fahami suasana
ikutlah putaran masa
..sentiasa ingat padaNYA.
salam rozali
isya Allah. itulah yang sepatutnya
salam syima
pepatah melayu mengatakan
ikutkan rasa binasa
ikutkan nafsi lesu
ikutkan hati mati
salam CL,
wow, lagu bila hati telah retak mengingatkan az kepada drama lakonan rubiah suparman dengan rahim rezali
salam kak su
yer ker. kena jengok anak tu selalu. bagi dia perangsang dan doa ibu amat mujarab
salam nadz
insya Allah. Itulah sepatutnya dilakukan
Salam ziarah, lama tak singgah blog az. Az apa kabar? semoga sihat selalu.
Kali ini N3 yang menarik, penuh dgn makna. Semoga kesedaran ini memberi makna yang tersendiri.
Wasalam
Salam AZ
Wah bermadah. nak corner kot mana tu AZ?
salam MI,
AZ khabar baik. Moga-moga MI pun sihat.
heheh, sesekali melayani perasaan ini.
salam mama ju,
nak corner kat mana yer. Kalau rumah dapat corner lot bagus juga kan?
Salam AZ
Terimakasih atas ingatan tu..
Wslm
salam kak su
alhamdulillah. budak2 ni mempunyai otak yang geliga tetapi mereka tidak serius belajar. suka henky pengky.
guru2 makan hati, emak bapak apa lagi.
Salam AZ,...
Hati2 panduan agar kita
tak terkeciwa nanti...hehehh
Hati bersih...jiwa suci..
Takan ada dusta lagi...
salam shami2
yup benarlah bagai di kata
Catat Ulasan