290610
Pukul 3.00 petang 23 Jun 2010, boss mengarahkan aku mewakilinya ke Majlis A Golden Moment with Dr SMS di Dewan Jubli Inta Sultan Ibrahim Pontian. Majlis akan berlangsung pada 24 Jun 2010. Bos juga mengarahkan aku membawa 40 orang pelajar bersama seperti yang diminta oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Daerah Pontian.
Tiada masalah bagi aku mematuhi arahan boss ini namun aku terkilan kerana orang lain yang sepatutnya membawa pelajar tersebut tetapi ...........
Petang itu juga aku memilih 40 orang pelajar Tingkatan 4 ke majlis tersebut. Paling mudah aku cuma memilih the top 40s Form 4 Student. Sonang ba itu. Tak perlu susuah-susah. Secara kebetulan kesemua 40 orang pelajar tersebut mendapat PNG (GPA) 3.55 ke atas.
Seterusnya menghubungi pihak bas untuk mengankut pelajar tersebut dan semua proses membawa pelajar tersebut berjaln lancar.
Jam 7.30 pagi 24 Jun, seperti dijanjikan 40 orang pelajar tersebut diangkut oleh bas sewa ke Bandar Pontian. Jam 8.00 aku berserta rombongan pelajar mendaftar di urusetia. Sebagai wakil boss aku di hadiahkan dengan sebuah buku hasil tulisan angkasawan negara yang pertama Datuk Dr. Sheikh Muszafar Shukur bin Sheikh Mustapha.
Program bersama angksawan negara ini adalah anjuran Biro Wanita, Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Pontian dengan kerjasama Yayasan pelajaran Johor (YPJ), Pejabat daerah Pontian, PPD dan Hal Ehwal Wanita Daerah Pontian.
Tarian Zapin Pembuka Majlis
Pemberian Cenderahati
eh eh macam kenal jer yang pakai baju batik tu
Peneraju Utama Majlis bertanya khabar
jurugambar ni sebok pula suruh buat macam ni
sebagahagian tetamu yang hadir
Dr SMS sedang memberikan ceramah
.......untuk mnjadi seorang angkasawan aspek kesihatan paling utama , selain kejayaan cemerlang dalam pelajaran khususnya ilmu sains, gigi mesti tip top, tidak ada sebarang tampalan gigi, tiada langsung parut pembedahan dan sebagainya.........
Dr SMS menjawab soalan daripada pelajar
sesi bergambar kenangan
10 ulasan:
salam from Makkah
bestnyer dapt dengar ceramah dari angkasawan negara..
walasm
Salam AZ
Wah AZ bergambar macam gaya2 artis!
Dr tu kat luar lawa macam dalam gambar ke?
Bestnya jumpa dia...tapi saya dah beli buku tu...best sangat2...banyak koleksi gambar peribadi yg sgt menarik...
sambung sikit cerita buku...buku 3 swans pun sgt menarik..cerita fakriah,suhaila dan Rahah dan susur galurnya.Byk gambar koleksi pribadi....
Salam AZ
Oh! Dr SMS ada part 2...
Haa! gambar tuu dah muncul balik...hee.hee....hee...
Macam YB la...dok kat VVIP tu...
Alhamdulillah
Wslm
salam CL,
alhamdulillah. Dengan izin Allah
Salam mama ju,
alahai mama ju. janganlah gitu. mama ju lagi glamer.
yer ler, lawa macam dalam gambar. budak2 sekolah tu beriyer sangat nak bergambar dengannya.
saya tengah baca buku tu, merangkak heheh
salam kak su,
lor macam YB pulak ker. Yang Bersara heheheh
alhamdulillah
Salam Az...
Itulah hadiah...dan juga sebahagian nikmat Allah yg mana satu nak kita dustakan....
Itu baru kat dunia kan AZ...kalau kat akhirat dapat janji2 Allah pada kita ..syurga indera loka impian kita...Allahuakbar...
Salam shami2
itulah dia. Allah dah janji nak bagi pada hambaNya,tetapi...... nikmat yang mana satukah yang kamu hendak dustakan
Assallamualaikum AZ,
Memang rasa bertuah bila dapat jumpa angkasawan Dr SMS.
Kat sekolah lama mama, beliau pernah datang dan mama pun ada banyak bergambar dengan beliau.
Dr SMS seorang yang hebat..
salam mama Nadz,
yup dia memang hebat. Bertuah mama dapat bergambar dengan dia. Sebnarnya dia tak lokok nak bergambar dengan sesiapa saja
Catat Ulasan