230610
Bila hati dilukai
kepada siapakah hendak mengadu?
Bila hati terluka
kepada siapakah hendak merintih
bila hati dilukakan
kepada siapakah hendak berbicara
Mengapa hati begitu mudah terluka?
Mengapa hati tidak sekental kristal
mengapa hati tidak sekeras berlian
mengapa mengapa mengapa
apakah perlu mempunyai hati sekental kristal
apakah perlu hati sekeras berlian
oooh tidak
tidak perlu hati sekental kristal
tidak perlu hati sekeras berlian
hati yang keras tidak dapat menitiskan airmata
hati yang keras tidak akan dapat menteramkan jiwa
bila hati dilukai
kepadaNya lah tempat kita mengadu
bila hati terluka
kepadaNya lah tempat kita merintih
bila hati dilukakan
kepadaNya lah tempat kita berbicara
hati, engkaulah nadi
hati, engkaulah segalanya
hati, engkaulah penyinar
hati, engkaulah pencetus rasa
pencetus segala
engkau yang mewarnai kehidupan
engkau yang menjiwai kemurnian
sememangnya perlu mempunyai hati sekental kristal
memang perlu hati sekeras berlian
agar segala tujuan menjadi kenyataan
tapi jangan lupa
hati perlu dimerdekakan
hati perlu dijinakan
hati perlu ditujukan
kepada yang maha kuasa
menjadi nadi iman dan takwa
10 ulasan:
salam AZ,
soal hati ke nih...?
hatiku terluka, aku balut sendiri!!
salam az,
kalau hati terluka, tiada siapa tahu hanya Allah tempat mengadu..betul tu az, jaga lah hati biar dia suci dan murni jgn lah keras macam kristal atau berlian susah nanti..kenapa tiba2 jer cerita pasal hati ni az..
Salam AZ
Apakah rahsia sebenarnya nii???
Wslm
Salam Az...
Hatikan jadi suci bersih
Bila kita dekat dengan Allah
Kita akan dekat dengan Allah
Bila kita tambah2kan amal ibadah
Jangan ditambah pekara yg dimurkai Allah...
Apalagi sesama hamba Allah..
Mudah-mudahan kita semua beroleh petunjuk dan hidayah...
Psst ni kes luahan aper lakk..hehhe
salam kak nab,
waduh, hati yang luka dibaluti sendiri. caya la
salam kak sidah,
itu kan puisi. Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun mati.
amacam, agak-agak boleh tak di hantar ke Mingguan Malaysia ni. hehehhe
salam shami2,
shami2 kalau bermadah begitu hebat sekali.
salam kak su,
rahsia? tak ada apa rahsia. sengaja nak belajar bermain dengan puisi.
kebetulan tazkiran isnin pagi yang lalu bertopikan hati. itu sahaja ceritanya.
Salam AZ
Huh! AZ nii buat orang semua risau jer...ingat masaalah negara...
Wslm
salam kak su
lor awatlah nak dirisaukan.
sesekali melayan perasan kira oklah tuh.
Catat Ulasan