070710: Kg. Luanti terletak kira-kira 10 KM daripada Bandar Ranau Sabah. Apakah yang menarik di sini sehinggakan aku menulis tentang kampong ini? Di Kamponmg ini terdapat sebatang Sungai yang dikenali sebagai Sg. Moroli. Asalnya sungai ini seperti sungai-sungai lain yang tercemar, namun usaha daripada penduduk kampong yang diketuai oleh En. Jefri Mujangki, sungai ini telah bernafas semula hasil pemuliharaan yang dikenali sebagai tagal.
Dalam bahasa Kadazandusun, "tagal" bermaksud tidak boleh menangkap ikan dan sebarang hidupan di sungai. Ini adalah untuk menjaga alam sekitar dan juga eko sistem untuk kegunaan terhadap generasi pada masa akan datang.Hasil proses tagal tersebut yang dimulakan pada tahun 2002, Sg. Moroli kini menjadi satu destinasi pelancungan di Sabah malah telah menerima pelbagai anugerah. ANtaranya
Anugerah River Cruise Award, Global Environment Centre, Anugerah Sistem Tagal dan sebagainya. Satu keistimewaan sungai yang tidak akan anda temui di mana-mana sungai ialah membiaknnya beberapa spesis ikan seperti ikan lontong, Ikan Basalayan, Ikan Betuan, Ikan Barob, Ikan Serawi,Ikan Buntol,Ikan Garap, Ikan Tangob-Angob dan banyak lagi. Namun yang menarik perhatian ialah kejinaakn ikan Kelah/Pelian yang dapat memberikan urutan ala spa (fish massage). Ikan kelah ini akan datang kepada anda dengan manja sambil mengelus-ngeluskan badannnya kepada anggota badan anda. Bayangkan dimana puluhan ikan mengerumi anda. Anda akan terkasima dengan belaian ikan-ikan ini. Adus, satu pengalaman yang tidak akan anda temui di mana-mana.
lihat tu, ikan kelah membelai dan mengurut manja kaki anda.
anda akan terjerit kegirangan /kegelian
lihat tuh, ikan membelai kaki mrszain
urutan kaki cuma RM5.00 untuk 15 minit
lihat bapak-bapak ini begitu asyik dibelai oleh ikan
bayaran untuk seluruh badan cuma RM10.00 untuk 15 minit
aduh nikmatnya (geli kot) belaian ikan-ikan di Sg.Moroli ini.
kumpulan ikan sedang menyerang anda,
jaga-jaga
Pengerusi Tagal Sg Moroli
En Jefren Mujangki sedang memberikan taklimat
ni dia En Jefren
Lihatlah ikan-ikan itu membelai, mengelus En. Jefren
p/s: Ikan-ikan ini tidak berpindah ke tempat lain walaupun banjir melanda. Ia akan tetap berada di situ selepas banjir. Subhana Allah, semuanya dengan izin Allah.
22 ulasan:
Salam Ayah Zain.
Biar betul ikan kelah urut kaki dan badan...
Dulu pernah cuba dgn ikan kecil tuu... pun dah tak tahan ini kan pula sebesar tuu...
Masa snorkling kat Pulau Sapi digigit ikan pun luka juga yg ini tak luka ke???
Huh! Tak berani kut....
Wslm
salam from Makkah
ishhh ...kalau cl sure dah geli tuh
wsalm
salam AZ
menarik.. kelah tuh..
ni nak kena try juga nanti..
Tak pernah la tengok ikan-ikan sungai terutama kelah yg begitu liar boleh wat camtu. Mungkin ada MOU antara ikan2 tu dgn penduduk kg. Lps ni tak payah la orang kg pakai sabun lagi, ikan-ikan tu akan mencuci habis semua..Jgn gigit 'anu' sudah la.x da insuran
Tahniah Papa Z sbb share posting ni
Salam kak su,
yer ker sampai luka di gigit ikan kat P. Sapi tu.
Pengalaman kami tidak pula. Satu pengalaman yang mengasyikan di Kg. Luanti. Dan tidak akan dapat kami lupakan
Salam CL,
mula-mula memang geli, tetapi lepas tu, sedaaaaaap.
Salam Nazir,
very interestint.
Biasanya orang-orang yang selesai mendaki G.Kinabalu akan ke Kg. Luanti untuk mendapatkan urutan ikan ini ataupun ke Kolam Air panas Poring
Salam GHD,
hahahhaha, kamu ni ada-ada saja. Kalau kamu mandi b$%@l mungkin kot.
Salam Az...
kalau benar ikan tu cam gitu..betapa kebesaran Allah..ikan pun bole jinak..sampai macam tu...
Bole tahu ker ikan jantan dan ikan betina....dalam banyak2 tuh..hehehhe
Salam az.
Kalau tak silap, kawasan ini dah masuk Majalah 3.
Ikan tak boleh tangkap dan makan ke ikan tu?
Salam Shami2,
heheh, hanya jauhari yang mengenal maknikam.
nanti az tel en jefren nak tahu jantan ke betina.
ikan tu jinak sebab dilarang memangkap ikan dan mengasari ikan2 tersebut.
Salam MI,
yer ker. memnag kg Luanti ni dah dapat publisiti besar2an.
betul ikan tu tak boleh di tangkap. Maknanya di makan pun tak boleh lah sebab kena tangkap dulu kan. hehehhe
Sama macam di Kuala Tahan, Pahang. Ikan-ikan kelah ini dilindungi oleh undang-undang. Memang best tatkala digigit begitu
Salam A.Aida.
yer ker.maknanya adalah kat kat semenanjung. nanti A.Aida boleh kuarkam n3nya pulak yer
Assallamualaikum AZ,
N3 yang best!
Mama nadz nak juga rasa pengalaman macam tu..insyaallah nak juga ke kg Luanti jika berkesempatan ke Sabah.
Terima kasih kerana paparan gambar- gambar tu.
salam az
kalau ada kudis dan pekong, habis semuanya heheheheh
Salam rezeki,
ya betul tu sebab ikan-ikan ini akan mencuci daki2 yang ada akhirnya tinggal tulang heheheh
Salam Nadz,
insya Allah, mama tak akan dapat melupakan kenikmatan di belai oleh ikan-ikan itu. memang wow!
bijak tu az...kalau dah tak boleh tangkap, memang tak boleh makan la kan...kena tangkap dulu. Tangkap pun tak leh kan.
salam MI,
hahah, tu la pasal. kena tangkap, gulai baru leh makan hheheh
salam AZ : takmo sy berenang kat sungai ni seprti bapak2 itu. mau menjerit2 sy kegelian nnt... haha
Salam..
kebetulan x pernah pg kg.luanti,sy pun google sbb cdg nak pg CNY ni.
Entry anda mmg menarik..kompem la sy & family nak g.
btw,'tagal' tu maknanya 'tidak perlu' atau 'usah' dlm BM.
Catat Ulasan