Khamis, 10 Jun 2010

Baryani Kambing


100610: Hari ini selepas waktu pejabat, aku menelusuri sebentar blog kawan-kawan PDKM. Tatkala meneliti n3 kak nab, hati terkasima membaca kisah  sahabat kak nab Pn. Kamisah yang sedang koma di HTAA Kuantan, Pahang kerana komplikasi kencing manis. Aku sememang amat fobia akan komplikasi kencing manis kerana arwah ayah juga menderita kerana komplikasi kencing manis yang mengakibatnya lumpuh seketika. Semoga Allah memberikan rahmatNya kepada Pn. Kamisah agar cepat sembuh seperti sedia kala.

Justeru aku mengambil keputusan untuk   exercise mengeluarkan peluh, agar kalori dapat di bakar dan memudahkan pankriasku mengeluarkan insulin. Sudah lama aku tidak beriadah. walaupun semalam aku bermain bowling namun peluh boling tidak mencukupi. Semasa berjoging petang tadi aku dapati 2 orang rakan sedang bermain tenis. Aku melihat mereka ini seperti aku juga yang tidak pro dalam bermain tenis lantas aku bersama mereka memukul bola tenis. Wow, peluh jantanku yang selama ini terpendam keluar begitu banyak sekali. Bukan kerana bermain tenis tetapi mengejar bola tenis yang tidak mengena sasarannya. Tak kisahlah. Yang penting peluh keluar. Sungguh tak larat aku selama setengah jam memukul bola tenis dan mengejar bola tenis. Terasa urat nafasku putussssss. tak larat den.

.

Boss aku (lelaki) menyampaikan cenderamata kepada bekas boss aku (perempuan) yang akan memulakan tugas barunya di Kuala Lumpur. Bekas boss aku ini yang bertugas di Batu Pahat akan memulakan tugas barunya di Kuala Lumpur pada minggu hadapan.

Nasi baryani kambing Batu Pahat. Dagingnya ditimbus dalam baryani
Selepas menziarahi bekas boss aku itu, kami singgah di Batu Pahat menikmati Baryani Kambing. Aku cadangkan kepada boss aku pekena baryani kambing.
Aku nak cobak kambing sebelum menikmati Kambing Panggang Syami2 nanti.
Alhamdulillah sampai petang ini, tak ada pening-pening.
Maka, lulus lah aku makan kambing yang selama ini aku buat tak kisah.
Syami2, Tunggu ar az datang menyerang gerai hubby mu nanti.

14 ulasan:

aznaz berkata...

salam from Makkah..

BIla ayah zain nak cuba beriani kambing makkah...hehheheh

wsalm

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

jaga glucose level tuh...cewah, pandai akak nasihatkan AZ..sendiri pun nak kena ingat jugak, sebab arwah ayah & ibu pun ada kencing manis..
petang tadi kak nab gi ziarah pn kamisah...sangat kritikal! kami hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar mempermudahkan segalanya.

Ayah Zain berkata...

Salam LIe,

Baryani Kambing Makkah? ermm kena g makkah lah nampaknya. Doakan az ke sana yer

Ayah Zain berkata...

Salam kak nab,

semoga Pn. Kamisah dapat bertahan.
Senin lepas, semasa pemeriksaan doktor paras gula az 8.1. Doktor nak tambhakn dos ubat, az bantah, then doktor kata kena jaga diet.

jap lagi nak check glukose la, seriau jugak ni

PINATBATE berkata...

AZ,
sama-sama kita jaga kesihatan yer

Ayah Zain berkata...

Salam kak pinat,

isnya Allah. Masalahnya cabarannya amat kuat sekali

afeezz berkata...

salam AZ : sedap nyer briyani tu... nnt AZ belanja sy tau....

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

memnag sedap. Afeez punya pasal, no problem asalkan bawa az bersiar2 dengan cik siti nur. heheheh

CM berkata...

salam AZ

sedappp tau kambing panggang eh helmi suami shami tu,,,,,harusss pi rasa,,,,dah makan tayang-tayang kt kami tau...


semoga AZ yg cm cayangg tu terus sihat dan ceria selamanya...insyaallah..

shami2 berkata...

Salam Az...

wah2..kambing briyani....pulak..sedap aar entah saya boleh makan ke tidak kambing dimasak macam tu..nak juga cobak..hehheh bila2 nak pi cari...

Psssssst nanti nak datang tipon dulu aar...hehehhe

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Kalau nak g makan kambing panggang shami tu panggil akak sekali..nak juga rasa.

Ayah Zain berkata...

salam CM

yer ke. tapi tau bila nak sampai sana,

alahai cm cayang kat az yer. lalala

Ayah Zain berkata...

salam shami2,

insya Allah, tapi tak tahu bila. tengok bila ada kelapangan

Ayah Zain berkata...

Salam kak sidah,

boleh, no hal. lagi ramai lagi bagsui. nanti kita boleh minta diskaun kat shmai2. heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...