Ahad, 27 Jun 2010

Seketika di Pantai Marang


270610
Hari terakhir aku di Kuala Terengganu.
Sebelum meninggalkan Bandar Raya yang aman ini
aku menikmati sebentar keindahan ciptaan Allah di Pantai Marang ini
Di mana malamnya aku bermalam di sebuah Chalet
sungguh damai bermalam di sini

Pagi-pagi lagi kami telah ke pantai
menikmati kehadiran mentari pagi
yang mula menampakan dirinya

Sungguh damai sekali
seribu syukur kepada Allah
air yang jernih begitu lembut
aku terkasima
tiada kata seindah bahasa dapat menerangkannya
sayangnya tiada kelihatan ikan yang berenang-renang

nun di sana mentari mula menampakan diri
menerangi suasana pagi yang indah
cantik sekali
warna mentari
berkilauan, bersinar megah
menyapa aku
salam ceria
madah berkias

memancarkan cahaya di tepian pantai
menyinarkan  cahaya keemasan
begitu agung ciptaan Tuhan


pantai yang begitu cantik sekali
dengan tiupan bayu pagi
amat menyegarkan sekali
terasa tubuhku digetari
denyut jantungku segar berlari
menyedut udara ciptaan Ilahi

deburan ombak di gigi air
begitu mempersonakan
bergulung-gulung manja
membelai kakiku
lantas aku merebahkan diriku
bersama deburan ombak lembut

pasir yang cantik
mengurut mesra tapak kakiku
aduh!
aku jatuh cinta di pantai yang indah ini.
Ciptaan Indah Tuhan Maha Kuasa

13 ulasan:

afeezz berkata...

salam AZ : aper nama tmpt az bermalam ni. macam best jer, bole gak sy melayan perasaan kat saner nnt

kak su berkata...

Salam AZ

Hai! Nampaknya ada orang tuu bila dah jadi YB nanti boleh tukar profesyen lah jadi 'Penulis'

Haa..haa...lawakk..

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

az terlupa la. hehhe. Muarh jer. RM75 semalam. kalau tak silap nama dia chalet agulia

Ayah Zain berkata...

salam kak su,

tak salah lagi tu. ni tengah praktis menulis dan berpuisi ni.

minta2 tolonglah komen uuisi yang az tulis tu. ok ke idak. hheheh

aznaz berkata...

salam from Makkah..


canteekkk sungguh sunset' tuhh



wasalm

Ayah Zain berkata...

salam cl,

masa pagi CL. bukan sunset

Unknown berkata...

salam AZ....

bila AZ gi Marang tu , ummi ni dah banyak ketinggalan ler ...

bila tengok dan renung ombak laut tu memang hati jadi tenang ...

dan sememang dpt pahala pun bila merenung lautan tuuu kan.

Ayah Zain berkata...

salam umi,

masa cuti sekolah, masa umi g umrah.

meamang cantik pantai kat sana berbanding kat tempat kita bel;ah barat ni.

Ayah Zain berkata...

salam,

thanks 4 that info

kak su berkata...

Salam AZ

Ya Allah!! Pantai timur ada sunset maknanya dah di hujung tanduk tuu...

Biar betul CL nii...

Wslm

rezeki berkata...

salam az


pantai2 ditrenganu mmg cantik, tapi nak mandi ombak kuat sgt

PINATBATE berkata...

Subhanallah! cantiknya..

Ayah Zain berkata...

salam pinat,

alhamdulillah. semuanya kepunyaan allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...