Rabu, 30 Jun 2010

Guru Vs Nelayan


300610
Hari ini genaplah setengah tahun.
Berlalu pertengahan tahun 2010.
Besok akan bermula pertengahan tahun kedua.
begitu cepat masa berlalu
memakan usia.

Hati az begitu tersentuh dengan ucaputama
Prof Madya dr Abu Hassan Hasbullah
di Majlis sambutan Hari Pendidik MARA
di Dewan Perdana FELDA
pada 17 Jun 2010:

"Nasib pendidik adalah sama dengan nasib nelayan;
meski bagaimana segala zat dan protin telah membantu sekian ramai orang menjadi menteri dan pegawai-pegawai besar daripada ikan yang dijala dan dikailnya dengan bergadai nyawa ditengah pembantaian ombak dan badai laut luas,
namun mereka nelayan-nelayan ini tetap hanya mendapat seringgit sekupang dan menghabiskan usia dipondok usang di bibir laut,
dengan angin pada setiap kali datang mencabut atap-atap nipah,
malah ada kala pondok itu tumbang dan mungkin berkali-kali.

Guru atau pendidik dalam kurun ini pun masih menerima nasib yang sama,
walhal sebahagian besar daripada murid-muridnya sendiri sudah berada di jabatan yang menguruskan visi misi kependidikan itu sama ada menjadi pegawai hal ehwal ekonomi,
penasihat undang-undang,
ahli majlis pengurusan,
wakil rakyat,
namun
tidak ada seorang pun daripada mereka akan mengatakan:
Sudah tiba masanya pendidik diberi apresiasi lebih agung daripada yang lain.
Misalnya dengan menggerakkan kesedaran bahawa setiap guru yang berada di Gred 41 maka genap 5 tahun terus ke Gred 44, begitulah kaedahnya".

 Prof Madya Dr Abu hassan Hasbullah
Revitalisasi Pendidikan 2021
mengadiluhung Bangsa Yang Jauhari Lagi Budiman

23 ulasan:

aznaz berkata...

salam from Makkah


masa berlalu begitu pantas skg ayah zain..tul tak?


waslam

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

moga kata2 Prof Madya dr Abu Hassan Hasbullah akan menjadi nyata
DG41 ke DG44

tapi kita renungkan
bilakah nelayan itu akan dinaikan grednya
sampai bila, dimana

Wassalam

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,

bertuahnya guru yang muda kalau begitu..5 tahun DG41 boleh dapat DG44.

Bagaimana kita yang lama-lama ni..Nak dapat DG48..years waiting dah

Segalanya adalah rezeki dan peredaran zaman

dan nelayan masihlah di situ hanya menukar bilah-bilah cucur atap..dan mengira sampan-sampan di gigi pantai..

Suratan jua..

Unknown berkata...

salam AZ...

anak murid yg beriman akan sentiasa mendoakan gurunya mengiringi setiap doa dlm amal ibadat mereka....

kak su berkata...

Salam AZ

Bacalah blog Jimie tuu..pengubat luka lara cikgu2 juga....

Jgnlah sedih cikgu...

Lihatlah hasilnya anak2 cikgu kan pandai2 dan lebih berjaya dari kami insan biasa nii...

Wslm

Ayah Zain berkata...

salam Lie,

betul tu.kejap je dah setengah tahun berlalu

Ayah Zain berkata...

salam Rozali,

insya Allah. apa yang dibincangkan ialah nasib guru serupa nelayan.

Ayah Zain berkata...

salam mama Nadz,

bukan guru baru untung heheh.
Dulu cuti bersalin 44 hari sekarang 60 hari. Tak untung ke tu hehheh.
Dulu mrszain bersalin, az cuti 3 hari jer. sekarang 7 hari.
Tak untung ke tu.

pandai mama nadz, nelayan tetap begitu .............

Ayah Zain berkata...

salam Umi,

alhamdulillah. Itulah sahaja yang ada pada guru, ilmu yang disampaikan dan dimanfaatkan oleh pelajar2nya

Ayah Zain berkata...

salam Kak u

itu la dia. Alhamdulillah

kak su berkata...

Salam AZ

Hah!!! sekarang orang gomen cuti bersalin 60 ari....

Alhamdulillah...semuga ramailah yang akan menjana bilangan umat2 Islam Yaa...

Amin.

Wslm

Ayah Zain berkata...

Salam Kak su,

lor, kak su ni. dah rezeki orang sekarang kak su. Semuanya untung orang2 baru kerja ni

KAMATO berkata...

amat bersetuju, seharusnya pendidik diberi periktirafan terbaik

Ayah Zain berkata...

salam Kamato

itu lah dia. Namun Guru hanya ....... Allah juga yang membalasnya, tugas guru murni, memang tanggung jawab guru. macam -macam lagi lah

rezeki berkata...

salam az

takpe, itulah suratan takdir walaupun puas pelbagai pihak menyuarakan

insyallah, ada ganjaran yg lebih besar dari Allah yang menunggu kelak

rezeki berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PINATBATE berkata...

salam AZ

shami2 berkata...

Salam AZ...

Jasa guru
tak dapat dibalas dengan harta dunia..
Biar saja akhirat jadi saksi pada guru2 semua
Setiap murid menjana saham pahala pada guru2nya...

cth: 40 orang x 4 kelas x 4 subjek x 40 tahun kerja..x x x dengan ganjaran pahala murid tersebut dapat kerja baik2...Allahuakbar..itu ikut akal manusia...disisi Allah...tak terhitung banyaknya...
Alhamdulillah....

Guru Hujung Dunia berkata...

Salam Papa Z,

Ramai yg hanya bersedia 'menjanjikan' pahala syurga di akhirat tapi tidak bersedia memberi ganjaran dan peluang kpd guru setaraf dgn tugasan yg diberikan atau sekurang-kurang menyokong.

Guru-guru spt manusia lain juga ingin:
1. Mendapat ganjaran berupa rm jika membuat kerja2 tambahan masa sbb:

1. Guru telah berkorban masa berkualiti untuk anak2 (mgajar wat homework, mgaji, berbual-bual)
2. Anak2 guru juga spt anak manusia lain ada perasaan ingin 'masa' dr ibu bapanya
3. Duit tambahan untuk guru2 membantu kluarga & melancong (guru pun ada perasaan begitu juga)

Jika anda sayang masa berharga, ingin wang lbh setanding dgn masa tambahan & tenaga yg diberi (samalah guru pun ada perasaan yg sama kan)

Negara2 Barat & Jepun sudah lama memahami hal ini (wlpun kapir) .Antara usaha mereka :
1. Mengurangkan masa mgajar. Supaya guru dpt bersedia & buat research yg cukup. Yg untung plajar juga
2. Mgurangkan bilangan murid dalam kelas. Tumpuan dpt ditingkatkan
3. Mengubah kurikulum agar tidak terlalu padat
4. Lbh malang lagi ada ibu bapa mencadangkan cuti sekolah dibatalkan kerana sukar mjaga anak time pejabat. Udah la masa banyak habis kat skolah atau asrama..

Banyak lagi..sekadar pandangan shj

Ayah Zain berkata...

salam CR,

Insya Allah. Allah memberikan ganjaran kerana keihlasan hati guru mendidik anak didiknya

Ayah Zain berkata...

salam pinat

Ayah Zain berkata...

salam shami2

Alhamdulillah

Ayah Zain berkata...

Salam GHD,

Alhamdulilah. Pandangan yang sangat bernas juga menyentuh hati az. hanya guru yang memahami tugas guru.

Tidak mengapa GHD, buatlah usaha ini dengan ikhlas, Insya Allah akan akan menyokong dan membantu guru-guru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...