Ahad, 20 Jun 2010

Buluh Perindu

200610: Semasa makan malam di sebuah gerai seorang pelayan membisikan kepadaku bahawa beliau mempunyai buluh perindu. Buluh perindu ini mempunyai beberapa kelebihan antaranya boleh memurahkan rezeki, mudah kaya, perniagaan akan bertambah maju, mudah memikat perempuan dan sebagainya. Buluh perindu itu kepunyaan kawannya dan beliau hanya menyampaikan sahaja kepadaku andaikata aku berminat untuk memilikinya dengan harga yang murah RM1,000.00............

Tatkala itu pelayan itu baru sahaja seleseai menghantar pesanan makanan ke mejaku. Dan aku hanya berkata, ... nanti saya makan dulu kemudian kita boleh runding lagi. Sebelum meninggalkan aku pelayan ini  berkata kalau berhajat boleh diberikan  diskaun :  RM800.00 sahaja

Semasa makan, kawanku berkata kepadaku, kenapa dia offer dengan az haa.. Kataku, alah, dia cakap kepada semua pelanggan yang datang kat sini. Entah apa buluh yang dia jumpa dia nak jual dengan kita mahal-mahal. Lagi satu kan syirik, mana boleh benda mendatangkan rezeki kepada kita. Rezeki itu hanya boleh didapati dengan berusaha dan atas izin Allah yang maha kuasa sahaja nemberikannya. Maka dengan itu kami pun baca Bismilllah dan makan. 



nyamannya suasana pagi di Pantai Marang, Terengganu

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa
Semoga terus menjadi bapa yang penyayang
membimbing keluarga bahagia
tunggak keluarga ceria
Bapa kamulah harapan keluarga, bangsa dan negara.

10 ulasan:

Rozali berkata...

Assalamualaikum AZ

selamat hari bapa khas untuk AZ

Wassalam

mama ju, berkata...

SELAMAT HARI BAPA UNTUK AZ!Jadlah bapa terbaik kepada anak-anak(sudah tentukan?)
Pelayan tu tenguk org juga nak ofer...dia nampak AZ nampak hebat, bergaya dan kaya!

Ummi Humaira berkata...

salam AZ...

selamat hari bapa .... AZ adalah bapa yg hebat kepada anak2 AZ

..salam pada kakak

Ayah Zain berkata...

salam Rozali,

Selamat Hari bapa juga kepada Rozali

Ayah Zain berkata...

salam MamaJu,

Masya Allah tinggi sangat pujian tu, anyway thanks.

bab kaya tu hanya Allah sahaja yang maha kaya.

Ayah Zain berkata...

salam Umi,

Insya Allah. Terima kasih.

Raymond Mersing berkata...

Salam Hari Bapa Papa Z..

Ttg buluh perindu mmg tak pernah percaya tapi ada satu peristiwa tak boleh dilupakan..Dah lama berlaku..masa tu buat fieldwork masa study di UKM awal 1990an. Semasa ambik sampel di tepi sebuah jalan sunyi kat Fraser Hill terdengar satu bunyi berirama yg amat lunak hinggakan seolah2 terlupa diri sebentar.Member kata itulah buluh perindu ori dan sesiapa berhajat boleh pergi kat bunyi tu,kalu berani la..tapi x da sesiapa yg berani sbb hari dah senja..Tapi kalau sekarang dengar bunyi tu..
Ni sama la dgn ibu duit, tak pernah percaya dan dah biasa dengar orang kena tipu, tapi pd satu tgahari..jeng2..nantilah cerita

Ayah Zain berkata...

Salam RM,

dah ramai dalam kumpulan, pergi le check tentang bunyi itu hehehhe.

Anyway terima kasih atas ucapan. SHB juga kepada RM.

nanti cerita arrr

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,
Selamat hari bapa.

Ayah Zain berkata...

Salam Nadz

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...