130610 : Alhamdulillah, selamat sudah majlis tahlil untuk arwah ibu mertuaku. Diam tak diam sudah 3 bulan ibu mertuaku kembali ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri Allah swt dan ditempatkan bersama-sama roh yang solehah. Bersemadilah ibu mertuaku dengan aman. Anak dan menantumu sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu di sana.
Ramai juga tetamu yang datang yang terdiri daripada ahli kariah Suar Nazariah Kg. Puah. Majlis disempurnakan selepas Isyak. Semua ahli keluarga, adik beradik mrzain, ipar duai dan anak-anak mereka menghadirinya. Bagi aku, inilah masanya berjumpa beras yang bertemu sekali sekala, anak-anak buah dan bapa/emak saudara mrszain. Semua anak-anakku kecuali puteri sulong datang turut sama menyerikan majlis tahlil ini.
Sayang pada majlis kameraku tidak bergerak lantaran ............... Sebenarnya aku terlupa untuk menjadi jurugambar maka tak dapatlah aku memotretkan peristiwa di majlis tersebut.
Pada sebelah paginya (pagi tadi 12jun2010) aku mengambil kesempatan untuk mengenali dunia diving. Aduhhh. Aku tidak akan dapat melupakan satu pengalaman baru. Pengalaman dunia di dalam air. Ketika inilah Aku menngenali secara dekat tangki oksigen, nadi kepada nyawa manusia di dalam air, BCD entah apa nama penuhnya (aku terlupa), alah dia macam life jacket ,kabel (regulator?), mask, tapak itik dan sebagainya. Aku diperkenalkan kepada dunia diving ini oleh member PDKM juga. Bertuah betul bila kita dikelilingi oleh ahli-ahli PDKM ini. Inilah pertama aku menyelam menggunakan tanki oksigen di belakangku. Tangki ini amat berat kepada orang bersaiz kecil seperti aku tetapi di dalam air, tidak terasa langsung keberatannya. Tentu En. Rezeki jeles mendengar pengalamanku ini. hehheh, ada aku kisah kata En. Rezeki yang kini sedang asyik di RSA. AKu menyelam di Pusat Akuatik Darul Ehsan,(PADE) Shah Alam. Pusat ini mempunyai dua kolam. Satu tertutup dan satu terbuka kepada awam. Tentunya pendedahan kepada scuba diving itu dilakukan di Kolam Tertutup kerana ia mempunyai kedalaman air 5m.
Aku diberikan taklimat dan tatacara rengkas cara penggunaan alat tersebut. Jurulatih aku ini amat penyabar kerana menghadapi pelajar yang agak lembam dalam dunia diving kerana akhirnya aku berjaya sampai ke dasar kolam. Walaupun aku bercermin mata tetapi di dalam air cermin mata tidak berfungsi kerana memakai mask. Namun kuasa Allah, aku dapat melihat dengan jelas. Kalau lah aku dapat menyelam di laut jernih tentunya aku dapat melihat hidupan laut ciptaan ALlah. Aku sangat teruja untuk mencobamenyelm di lautan. Aku dimaklumkan untuk menyelam di laut perlu mempunyai lesen. bermakna sebelum mendapat lesen, tentukan kursus diving diperlukan. Kini aku berazam untuk menghadiri kursus diving pula.
Satu pengalaman yang menyakitkan ialah apabila berhadapan dengan tekanan air. Semakin dalam kita berada dalam air telinga kita akan berasa sakit. Walaupun jurulatih telah memberikan tatacara mengahdapinya aku gagal pada pertama kali. Aku terpaksa timbul semula ke permukaan air dan mencoba sekali lagi. Alhamdulillah dan akhirnya aku berjaya turun sehingga ke dasar kolam. Di sini bermulalah aku meneroka dasar kolam sedalam 5m itu seperti ikan duyung. hehhe Ikan duyong ada ekor tetapi aku memakai tapak itik. Pada mulanya amat kekok sekali tetapi berjaya aku mengendalikannya dan berenang diving sesuka hatiku. Aku membayangkan ketika itu aku berada di dasar laut Sulawesi Selatan bermain dengan ikan yang berwarna warni, membelek terumbu karang. Aduh,indahnya ciptaan Allah yang Maha Kuasa. (Sayang tiada gambar kerana kamera tertinggal di dalam beg yang disimpan di Kedai Peralatan Diving PADE. Nak bawa takutttt)
Jom GPK kita diving bersama
31 ulasan:
salam from makkah
wahhh ...dah belajar diving....
pak rezeki mesti jeles tuhhhehhehehe
wasalm
Salam AZ
Biar betul...AZ nak buat scuba diving...(umur cam kita leh lagi ker???) hee..hee....
(Biras la AZ bukan beras...atau nak tulis besan??) hee...hee...
Wslm
Salam AZ
Laa.. CL first la...hee..geramnya...
(Acah jer)
Wslm
Salam CL,
yeahhh, sure pak itam jeles hehhe. Ada dia kisah ke
Salam CL,
yeahhh, sure pak itam jeles hehhe. Ada dia kisah ke
Salam Kak su,
betul la kak su. Ini betul-betul. Bukan cobaaan.
Jurulatih tu kata dia pernah bawa orang lelaki berumur 76 tahun dan isterinya 69 tahun scuba diving tu
Jok la kak su kita scuba diving sama. Kita ajak GPK sekali
salam....eiiihhh takutlah nak diving ni....kang buat terus tak timbul - amacam???
Salam SAK,
sebab tu perlukan lesen menyelam hheh. semuanya ada teknik dan kaedahnya. Insya Allah
salam AZ,
Satu pengalaman yang menarik , bagus untuk dicuba....saya kena tgk bajet dulu.
Assalamualaikum AZ
Al Fatihah untuk Allahyarham ibu mertua AZ
nanti boleh menyelam bersama Wan Zaleha, TV3 tu
he he
Wassalam
salam AZ
kalau GPK diving sama AZ leh jamin tak kami timbul balik,,,
salam AZ : seronok nyer, sy pon ade cita2 nak menyelam ni... mungkin satu hari nnt
salam rosli,
tak banyaklah kosnya. untuk kursus mendapatkan lesen cuma rm850 ajer.
jom kita attend kursus
salam r5ozali,
hehheh, bisa di atur pak
salam r5ozali,
hehheh, bisa di atur pak
salam r5ozali,
hehheh, bisa di atur pak
salam CM,
waduh, pakai jamin-jamin segalak.
ngak bisa jamin gpk timbul, memang GPK boleh timbul sendiri
salam afeez,
cita itu akan jadi angan2 sahaja kalau tiada usaha utk merealisasikannya.
jom g kursus diving dulu
salam AZ,
tabik kat AZ kerana dah maju selangkah lagi..nanti AZ dah expert..leh jadi jurulatih pada ahli2 pdkm yang minat diving...
salam kak nab,
hehhe, tak ada apalah kak nab,saja suka-suka ajer nak cari pengalaman sucuba diving pulak.
Salam AZ,
cantinya gambar2 tue..
salam az
ni mesti ikut nazir hehehe
menyelam pakai lesen kereta boleh ak heheh
saya tetetiap hari menyelam, tapi menyelam atas tilam je lah hehehe
Salam Az...
Uishhhhhhhhkk AZ ker tu yg pakai tapak itek tu..hehehehh...
salam syima
subahana Allah, senuanya kepunyaan Allah
salam rezeki,
lesen kereta bawa kereta le heheh.
macamana kat RSA tu. jangan lupa ole2nya yer.
salam shami2,
betul ler tu. tp az hari kat kolam jer
Macam best je diving tu tapi takut..
salam a.AIDA,
MEMANG BEST. takut tu memanglah heheh
salam az,
semoga roh allahyarhamah di cucuri rahmat..sekejap jer dah 100 hari..rasa baru lagikan..
dah belajar ni bila nak g laut dalam pulak ..pulau sipadan az best tu..akak tak berani dgn air ni..
salam kak sidah
terasa macam kejap je.
insya allah.kena ambil lesen dulu baru leh g ke pulai sipadan
Catat Ulasan