290610
Ketika kau masih hidup
kau dihiasi dengan warna keindahan
kau begitu gagah dengan rimbunan yang menghijau
kau lah raja
kaulah segalanya
semuanya memandang dengan kebanggaan
namun
apabila kematian datang menjelma
kau tiada lagi bererti
hanya tinggal nama buat seketika
yang kelamaan dilupakan.
Ibarat kapal yang belayar di tengah lautan
semakin lama semakin kejauhan
yang memandang hanya seketika jua
kemudian hilang daripada pandangan
lama-lama kelamaan tetap jua dilupakan
9 ulasan:
Lama saya tak singgah ke sini, rupanya masa AZ di Kuala Berang hari tu, saya pun ada kat sana, kalau tak boleh kita pekena baung masak asam tempoyak
salam AZ...
kekadang bila terbayang jenazah yg sedang diusungkan tu adalah diri sendiri , masyaAllah risaunya , apakah amalan yg dibawa???
salam Kamato.
awat lama tak singgah. Kalau idak kita boleh jumpa kat sana yer.
tapi saya sekejap sahaja di Kuala Berang.
salam Umi,
itulah cabarannya. kita ingat masa jenazah di usung tapi lama-lama lupa balik.
salam,ayah zain..
salam ukhwah...salam perkenalan..InsayaAllah...Moga Allah aturkan..minta no.h.p?ni no.ana 0136328852
salam Ust
terima kasih melawat az. Semoga hubungan kita berpanjangan di alam maya ini.
Salam papa z,
Kena usung ok lagi, tapi yg part slalu saya kena ialah memuatkan jenazah dlm lahad. Buka ikatan dan tgok muka then selit dgn tanah, pas tu kambus..ngeri betul..dlm seronok2 ngan anak bini, rakan2, tgok astro n angan2 nak pi cuti..tiba2 blitzzzzz..GAME OVER !!
salam GHD
itu satu pnegalaman yang sukar dilupakan. Banyak pahalanya tu.
siapa gerangan yang dimaksudkan? Smeoga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.
Catat Ulasan