Sabtu, 5 Jun 2010

Jom ikut az snorkling






050610 : Taman Laut Tunku Abdul Rahman merupakan kawasan kawasan perlindungan hidupan liar yang telah disytiharkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1974. Taman ini terletak kira-kira 20 minit perjalanan di perairan Kota Kinabalu, ibunegeri Sabah.

Pelancong dapat melihat keindahan pantai dan panorama maritim iaitu gugusan pulau yang kekal keindahan alam semula jadinya dan dasar laut kaya dengan terumbu karang. Ia merupakan kawasan sesuai bagi penyelam yang ingin melihat keindahan dasar laut. Para pelancong juga berpeluang mengembara merentasi hutan melalui denai-denai kecil di Pulau Gaya dan Sapi.

Taman ini di istiharkan sebagai TAR Park pada tahun 1974 ini adalah bersempena nama PM Malaysia yang pertama. Ia meliputi kawasan seluar 49km persegi yang meliputi keseluruhannya terdiri dari pada laut, batu karang dan 5 buah pulau seperti  Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik,  Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Pulau-pulau ini hanya kira-kira 3km daripada Jeti Jeselton, Kota Kinabalu.

Kami hanya berkesempatan menikmati keindahan pantai Pulau Manukan selama hampir dua jam di Pulau tersebut. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah snorkling. Wow, .........

Jom CL kita snorkling


airnya jernih sekali
Cantik betul ikan-ikan di sini
penuh dengan warna warin
aduh aku terpesona dengan keindahan cipataan yang Maha Esa.

15 ulasan:

aznaz berkata...

salam from MaKKAH


best nyer

nak ikuttttttttttttt



wasalm

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

amboiii, AZ
seronok nyerrrrr

ikan tu tak gigit keee
he he

Wassalam

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

wow...bestnyer AZ gi snorkling..hah tu CL nak ikut ;P

afeezz berkata...

salam AZ : wah2, AZ pakai goggle nampak macam alien plak... haha

CM berkata...

amboii az...snorklingg lg dia..sorang ker tu mrs zain tak ikut??

nadz berkata...

Assallamualaikum AZ,
Seronoknya snorkling. Macam kat Pulau Payar, Kedah ..mama nadz biasa juga ke sana..alam laut yang indah.

Zie berkata...

Salam AZ,

Seronoknyer snorkling... dh lama tak ke sana.

Cantik pemandangan..., dari kejauhan nampak Gunung Kinabalu.

Ayah Zain berkata...

Salam manzlie,

Jom

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

dia tak gigit la, jinak jinak merpati

Ayah Zain berkata...

Salam Kak nab

yup, memang best sangat

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

kamu ni ada-ada saja. Ikut hang la

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

mrsz ikut ke sana, tp dia hanya main main kat gigi air sahaja

Ayah Zain berkata...

Salam Nadz,

yer ker. Nanti az ke pulau payar pulak. hehheh

Ayah Zain berkata...

Salam zie,

betui tu. Jom

Penunggu Hujung Dunia (PhD) berkata...

Berapa kos pakej ni termasuk flight Papa Z?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...