190610 : Sungguh cepat masa berlalu. Tidak terasa rupanya sudah setahun berlalu. Masih ingat lagi setahun yang lalu aku menjalani pembedahan curbuncle di bahagian belakangku. Aku tidak dapat melupakan kesakitan yang amat sangat ketika menajalani pembedahan itu. Pembedahan ini tidak dapat dielakan kerana menurut doktor curbuncle itu akan merebak dengan cepat memakan bahagian anggota yang lain. Aku masih ingat lagi dengan kata-kata kawan-kawanku bahawa sekiranya pesakit kencing manis yang mengalami kompilikasi jangkitan dan berjumpa dengan doktor, doktor akan memotong bahagian tersebut. Sekiranya di bahagian kaki, kaki itu akan di potong........... blah blah. Maka aku berkata bahagian belakangku telah terkena komplikasi jangkitan, maka berkatalah salah seorang kawan sebilik bahawa doktor akan memotong bahagian belakang itu. Maka aku berkata pula, oleh itu di saat doktor memotong separuh daripada belakangku, maka tamatlah riwayatku. Ketika itu kami berada disebuah bilik hotel di Makkah mengerjakan umrah. Kata-kata ini masih segar diingatanku.
Balik sahaja daripada mengerjakan umrah aku berjumpa dengan doktor ......... bteul doktor berkata bahagian tersebut perlu dipotong/dibuang. Disaat itu fobia mula meyerang aku. Bagaimanakah kesakitan yang akan di alami........
Pada 18 Jun 2009 aku selamat menjalani pembedahan tersebut di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Pembedahan yang mengambil masa lebih 30 minit itu memberikan satu pengalaman baru kepadaku. Bius hanya dilakukan pada bahagian pembedahan sahaja. Aku masih merasakan kesakitan ketika doktor melakukan pembedahan tersebut. Terasa nyawaku akan melayang ketika itu heheh. Setelah pembedahan dotor mengingtakan aku supaya menjaga tahap gula aku diparas normal. Sekiranya gagal, luka lambat sembuh..........
Alhamdulillah, takut punya pasal aku berjaya mengawal paras gula aku. Kadangkala sampai ke paras 5.7mm/l. Aku pun tidak tahu bagaimana ia berlaku. Konon. Memang aku berpantang sungguh selama luka aku belum sembuh. Hampir sebulan juga akhirnya bahagian yang telah dipotong itu bercantum semula seperti sediakala.
gambar pada 19 Jun 2009
Sehari selepas pembedahan
18 Jun 2010
Setahun selepas pembedahan
luka telah sembuh namun parut masih ada
27 ulasan:
salam ayah zain
alhamdulillah..
Assalamualaikum AZ
Allahuakbar
Subhanallah
lihat keadaan luka tu
Alhamdulillah
telah sembuh
Syukur
Kalau BHS beri kek cawan AZ kena ambik bau jeee
he he
Wassalam
assalamualaikum.
syukur luka sudah sembuh...namun luke tu perlukn perjalanan darah degan baik..knjungi blog sy untuk lbh mengetahui bgaimana untuk merawat penyakit yg di hdapi masyarkat kita hari ini.rawatan ini tujuan untuk pengcegahan dari merebak ke tempat lain.
rawatanozone.blogspot.com
Salam mylife
Alhamdulillah. Kadangkala luka lama berdarah kembali. hheheh
salam rozali,
itulah berapa berta mata memnadang, berat lagi bahu memikul.
kek cawan? oo my God. az tibai jer, mana tahan amik bau
Salam Cawangan
alhamdulillah. Insya Allah nanti saya lihat
salam cawangan
ooooooooo,
cuna cawangan klik pula:
http://dzairoy.blogspot.com/2009/09/rawatan-terapi-ozon.html
Salam AZ
Alhamdulillah dah sembuh ya...
Akak pun kena operate gak kat kepala...aneurysm..letak klip dalam kepala ...hee..hee..so kalau termerepek tu..minta maaf la..ya...
Eslm
salam kak su,
adoi kak su kena N-urism? ada balon dalam arteri otak yer. mak datok ngerinya.
so macam mana sekarang? harap kak su sihat-sihat hendaknya.
Assallamualaikum AZ,
InsyaALLAH luka tu akan sembuh..nampak dah elok dah..
Kalau luka di hati..lagi lama berbekas..ntah2 tak sembuh langsung.
salam nadz,
memnag dah elok pun. cuma sesekali gatal di keliling parut tu.
kalau luka di hati ............. no komen hanya yang melaluinya sahaja yang mengerti
salam from makkah
alhamdulilah...syukur dah hampir sembuh....
wsalm
salam Lie,
yup. alhamdulillah.
Salam. Syukur - hanya tuan punya badan saja yang tau bagaimana lambatnya masa berlalu. Saya doakan tuan akan terus sihat..
assalamualaikum AZ
Ya Allah ngerinya.parut tu tetap ada kan.maklumlah pesakit diabetis ni parutnya lambat nak baik kan.
memang sakit kan AZ walaupun sudah dibius.
teringat kawan senior yang baru sahaja dipipotong kakinya ekoran komplikasi diabetis...
p/s; dari qaseh mas @ ummu
cm doa az terus sihat dan ceria selalu,,,amiiinn..
salam a. aida,
betul sangat tu. hanya tuan badan sahaja yang mengetatahuinya.
salam ummu,
tak boleh cerita sakitnya ketika itu. Sekarang pun masih terasa kesakitannya apabila dipegang.
salam cikgu MAs,
terima kasih atas perhatian. AZ bila CM reply hilang rasa sakitnya itu.
Alhamdullillah...sembuh semoga terus diberi ketabahan dan kesabaran...
salam mamawana
alhamdulillah, berkat doa semua. ma kasih sudi datang ziarah az
Alhamdulillah,dah sembuh..kecut perut saya nengok luka tu AZ..sah lah tak layak jadi doktor..hehe
Salam Pinat
hehheh, az pun sama takut tengok darah. memnag x ada bakat langsung jadi doktor
Salam ziarah...syukur dah pulih, MI tak tahu yg az ada buat operet kat belakang badan, masa datang rumah tempoh hari tak ada cerita pun.
MI sentiasa mendoakan AZ sentiasa sihat dan ceria selali. Semoga di panjagkan umur...amin ya Allah.
Wasalm
salam MI,
heheh, tak sempat nak cerita la tuh. MI datang pun dah lewat malam kan.
apa-apa pun terima kasih
Ya. Allah ngerinya. Alhamdulilah dh nampak sembuh. Jaga pemakanan ya.
Catat Ulasan