Jumaat, 25 Jun 2010

hati (3)



hati ku telah kau sakiti
itulah tajuk lagu Rossa
lagu tema kepada telenovela
bertajuk Air Mata Cinta

Mengapa hati   di sakiti
 amat   pedih seperti dihiris sembilu
pedih menahan lara derita
   hati terasa dirobek-robek luka
kalau luka di mana darahnya
hati yang luka tiada berdarah
namun kesannya amat parah

sakit sungguh bila hati disakiti
sakit yang tidak terkira
umpama dihiris-hiris
begitu pilu
tidak tertahan
ingin sahaja
mengambil jalan pintas
tetapi apakan daya
batas  kepercayaan
  tidak mengizinkan


Hati yang suci
mententeramkan jiwa
walaupun sesakit mana disakiti
tidak akan terasa
kerana hati yang luhur
rela dan pasrah
dugaan Tuhan
menduga kita
akan ketabahan.

4 ulasan:

PINATBATE berkata...

salam AZ
bahagia letaknya di hati..

Ayah Zain berkata...

salam Pinat,

bila hati di sakiti maka tiadalah bahagianya

kak su berkata...

Salam AZ

Bila hati disakiti kurang sikit bebannya.

Tapi bila hati dianiayai camna???

Keikhlasan tidak dihargai langsung malah telah dikotak-katikkan hati itu.

Hanya pada Dia lah tempat berserah...

(Haa...! Amacam ada gaya tak...??)

Wslm

Ayah Zain berkata...

salam kak su

huyoooooooooooo

dahsyat lah kak su.

ada gaya. Pitching, intonasi semuanya ok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...