Selasa, 8 Jun 2010

The House of skulls


080610: The House of skull ini terletak di Perkampungan Budaya  Monsopiad  di Penampang Sabah. Kira-kira 15km daripada Bandar Kota Kinabalu. Perkampungan ini  telah dibangunkan oleh pihak swasta sebagai satu usaha menjadikannya sebagai satu destinasi pelancungan di Sabah. Setiap pelawat dikenakan bayaran RM35.00 seorang untuk menyaksikan warisan kebudayaan Sabah.

Menurut jurucakap perkampongan budaya ini, rumah tengkorak ini adalah sempena nama seorang wira Kadazan bernama Monsopiad. Monsopiad adalah seorang pemburu kepala di zaman silam. Monsopiad dianggap wira kampung kerana berjaya menumpaskan ketua perompak yang selalu menyerang dan merampas harta penduduk kampung terutamnya padi yang menjadi nadi kehidupan masyarakat Kg. Kuai Kandazong  di Daearah Penampang ini. Semasa ajalnya Monsopiad telah berjaya memenggal 42 kepala yang terdiri daripada kepala-kepala perompak atau mereka yang boleh memberikan ancaman kepada Mosopiad. Kegemaran Monsopiad ialah akan menggantung kepala-kepala tersebut di atas alang bumbung rumahnya. Lihatlah ............


Rombongan Mak Kiah ke Rumah Tengkorak



itu dia Rumah Tengkorak Monsopiad

anda di alu-alukan

CM, jaga-jaga tu
jangan termimpi-mimpi pulak
sat lagi az bawa masuk ke rumah tengkorak kepala manusia

jeng jeng : ada berani?

itu dia tengkorak kepala yang dipenggal oleh Monsopiad


12 ulasan:

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

tak seram sejuk ke masuk ke rumah Tengkorak Monsopiad tu
kut kut keluar Monsopiad dengan parangnya
he he

Wassalam

mama ju berkata...

salam AZ

Wah seronok dapat tenguk rombongan Mak Kiah dan Pak Mat ni jalan2...
Terimakasih bagi kami peluang tgk tempat2 tu...agak2 mosopiad tu dm th2 bila ek?

مسافر اسلام berkata...

Salam az,
apa kabar?
bagaimana keadaan bila berada didalam rumah tengkorak tu. Seram tak....

aznaz berkata...

salam ayah zain..


kat blog cm ada rombongan 'cik kiah' tapi kat az nih ada rombongan 'mak kiah'...bestlahhhh


pssstt...tunggu kat rumah sapalak ada rombongan nek kiah....


waslam

CM berkata...

salam AZ


mak ooi nk tengok tengkorak sampai kn bayar rm 35tuu...mahaiii nyer..

pssst cl...rombongan nek kiah kt blog cl rasanya...

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

masa tu tak ada pulak rasa seram sejuk heheh

Ayah Zain berkata...

Salam mam ju,

sama-sama. saja utk perkongsian bersama. ni kira promosi jugak kat pelancungan sabah tu

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

alhamdulillah tak pulak rasa seram, sebab ramai. kalu sorang2 masuk, waktu malam lagik, entah la.

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

yer ker. tak terpikir pulak. oo nanti kita tunggu nek kiah pulak. kat n3 sapo la nanti

Ayah Zain berkata...

salam CM,

suspen jer tu. sebonar eh, 35 itu untuk masuk ke perkampongan budaya monsopiad. Rumah tengkorak tu, satu drpd eventnya.

afeezz berkata...

salam AZ : tengkorak AZ yg mana satu? hahaha

Ayah Zain berkata...

salam afeez,

antara yang banyak2 tu, afeez pilih jer yang mana satu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...