Khamis, 17 Jun 2010

Program Kencukura


170610:
Beberapa hari ini aku tidak dapat merealisasikan n3 Ceriakan Hari-harimu.
Sebenarnya aku tiada di daerahku. Aku berada diluar kawasan untuk tempoh yang agak lama juga. Walaupun ada masa untuk merealisasikannya tetapi line broaband pulak hampeh. Maka aku membiarkannya sahaja. Kalau Pak Itam berada di RSA, Ummi Humaira mengerjakan umrah, maka aku sibok dengan
program Kencukura.

Apa tu Program Kencukura?
Heheh bikin gempak lagi ke ayahzain ni. Ada-ada sahaja ayahzain yer. Sepak karang baru tahu.

Kencukura. Sedap juga nama program ayahzain kali ini. Tentukan program ini mempunyi beberapa episod. Macam telenovela pulak gamaknya.

Aku bersama isteri tersayang meninggalkan Daerah Pontian ke Kuala Lumpur pada Jumaat 11 Jun 2010. Perjalanan ini memang telah dirancangkan.Hampir 3 bulan dahulu telah dirancangkan oleh adik beradik isteriku. Program pertemuan adik beradiknya iaitu mengadakan kenduri / majlis tahlil dan doa selamat sempena pemergian ibu mrszain. Alhamdulilalah. Kerana ada makan-makan maka majlis itu adalah kenduri kendara yang mempertemukan sanak saudara mrszain.
Diperjalanan : sejenak melihat cerun runtuh di MRSM Bentong yang terletak di tepi Lebuhraya Karak
MRSM ini ditutup sementara. Semuanya dipindahkan ke MRSM Pekan, Pahang


melepaskan lelah di R&R Temerloh menikmati ikan patin masak tempoyak


hampir 6 jam memandu kami sampai di destinasinya
Sahabat kami siap menanti dengan senyuman


Tiba-tiba teman lama yang pernah bertugas di Muar dapat mencium kedatanganku ke negerinya.
Maka berlakulah tarik tali menarikku ke rumah masing-masing.
Bahagianya rasa di hati.

yang tua dimuliakan, tuan rumah diutamakan
yang muda mengalah
maka aku ke rumah sahabat lama yang udah 20 tahun tidak berjumpa
tu dia rumahnya seperti istana
 kacang rebus dan jagung rebus menjadi santapan segera
Alhamdulillah.


Jagung tamanan sendiri
begitu cantik
CL mahu ka

hidangan makan malam
Tomyam ayam,daging masak merah, telor dardar, sambal belacan


Sebelum malam melabuhkan tirai
kami dibawa menziarahi bossnya pula
dijamu dengan keropok ranggup dan mee siam

10 ulasan:

aznaz berkata...

sALAM FROM MAAKKAH

jalan jalan cuti cari makan rupanyer...bestnyer..


wsaalm

kak su berkata...

Salam Az

Alhamdulillah mengeratkan silaturrahim ya...

Selamat bercuti....

Wslm

Ayah Zain berkata...

salam CL,

ada peluang kita jalan-jalan

Ayah Zain berkata...

salam kak su

alhamdulillah. dapat jumpa kawan2 lama

sinomosa berkata...

Salam AZ,

hihi kalo dah namanya blogger tegar tuh..kamera/fon berkamera mesti tak lepas dr tangan..untuk entry baru kan..hikhikhik

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

ingat kan masih dlm laut lagi (diving)

buka sekolah nanti anak murid teperanjat, tenguk dah tukar saiz, asik makan jeee
he he

Wassalam

Guru Hujung Dunia berkata...

Salam papa z,

Saya cuti skarang di Temerloh. Biasanya tak lps pluang makan ikan patin masak tempoyak cili api. Kali ni tak terasa nak makan. Worldcup pula 1 st time tak bjaga malam, malah satu perlawanan pun tak tonton.Papa z lain kali singgah umah mak mertua (tmpt saya mlepak cuti-cuti) Boleh makan ori punya resepi mertua, dia asal dr Jerantut the origanal recipe.

Sesiapa nak tgok Pekan Sari Temerloh yg famous tu boleh ke sini, baru-baru ni ke sana setelah lama tak berkunjung http://mrsmmersing.blogspot.com

Ayah Zain berkata...

salam syima

heheh, iyer kot

Ayah Zain berkata...

salam rozali,

tak lah. fizikal masih maintain gitu

Ayah Zain berkata...

salam GHD,

iyer ke. awat tak telifon kalau idak boleh juga singgah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...