290610
Minggu ini adalah Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS).
Bermula pada 27 Jun hingga 3 Julai 2010.
Perayaan ini dijalankan serentak di seluruh negara yang melibatkan semua Koperasi Sekolah di bawah naungan Angkatan Kebangsaan Koperasi Malaysia Berhad. (ANGKASA).
Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberitahu kepada warga sekolah dan masyarakat setempat akan kewujudan koperasi sekolah dan peranan yang dimainkan untuk mendidik para pelajar supaya mempunyai jatidiri yang murni selaras dengan prinsip, nilai dan amalan koperasi.
Tema sambutan adalah: "KREATIVITI DAN INOVASI MEMPERKASAKAN KOPERASI SEKOLAH"
Antara aktiviti HKS yang dijalankan oleh koperasi sekolah AZ ialah perlawanan petanque. Perlawanan ini melibatkan semua anggota koperasi sama ada pelajar atau guru dan staf sokongan.
Seramai 32 orang anggota lelaki dewasa menyerikan pertandingan yang dijalankan selama dua hari yang bermula semalam (28 Jun 2010).
Aku antara yang turut serta dalam pertandingan ini tang dibahagikan kepada dua kumpulan.
Pertandingan dijalankan secara inidividu secara kalah mati. Juara kumpulan akan mara ke perlawanan akhir dan naib juara bertanding menentukan tempat ke-3 dan ke-4.
8 hadiah diperuntukan.
Bermakna mereka yang layak ke suku akhir akan menerima hadiah masing-masing.
Padang Petanque ini membolehkan 4 perlawanan berjalan serentak
Pengadil
juga pemain
naib juara tuh
Pemenang perlawanan ini akan berhadapan dengan AZ
Konsentrate tahap gaban tu
di gelanggang sebelah pulak
inilah rupanya catatan pengadil
wow inilah mata kemenangan AZ.
dapat masuk suku akhir
wow, aksi maut tuh
dia salahkan az gambil gambar dia sebabkan dia kalah
Boss bermain di tempat ke 3-4
Boss dapat tempat ke-3 cayalah
diperingkat suku akhir az kk boss
akhirnya az dapat tempat ke-8
tak apa, boleh hadiah juga heheheh
Daftar sahaja dapat T-Shirt
ok lah tu
Besok giliran guru/staf perempuan akan turun ke gelanggang pulak
8 ulasan:
Assalamualaikum AZ
kalau datang KL
kita main petanque
tak payah main bolling
he he
jimat belanja
Wassalam
Salam AZ
Ada minggu koperasi?
Adakah ibubapa dijemput sama???
Kalau beleh menempek boleh jengguk anak sekali...
Tapi minngu depan minggu pulang bermalam dibatalkan , tak tau ngapa.
Padahal emaknya nii asyik menghitung hari gak...hee..hee..he.
Wslm
salam rozali,
alright tu. nak main kat mana, bole u train az main petanque hehehhe
salam Kak Su,
dia bukan minggu, aktiviti ini di panggil Hari Koperasi. Sekolah boleh merayakannya sehari dalam masa 7 hari itu.
Ibu bapa tak dipanggil kecuali maktab buat besar2an.
Salam AZ
Terimakasih 4 the info...bukan apa, siadik susah dan jarang talipon, kakak okay ..selalu call...hari tuu dia kena gangguan tuu HEP yg cal samada anak ada citer tak pasal dia sakit tuu..cepat2 lah akak gi jengguk. Alhamdulillah okay.
Harap cikgu2 angap anak kami macam anak sendiri yaa...
Wslm
Salam kak su,
alhamdulillah. semoga anak kak su sihat2 sahaja hendaknya. Berdoalah pada Allah minta dijauhkan gangguan itu.
memang kita anggap pelajar kami sebagai anak-anak kami sendiri. Malahan menjaganya lebih daripada anak sendiri
salam az
bola petanque tu buat key chain bagus tu hehe
kalau terdesak di rampok, boleh gunakankan hehe
salam CR
heheheh memnag bagus tu. kita buat ala-ala boomerang gitu heheheh
Catat Ulasan