Ahad, 21 Februari 2010

CCM_6 : Banggol Derdap

210210 : Hari Isnin, 15 Feb 2010 merupakan hari yang istimewa kepadaku kerana pada hari ini telah menemukan aku dengan ayahanda Ngenap Srengenge di Banggol Dedap. Desa yang penuh kehijauan dengan dikelilingi bukit yang dipanggil Srengenge oleh ayahanda. Kami sampai dalam pukul 2.30 petang kerana jalan macet sempena cuti Tahun Baru China. Lebih istimewa rombongan ke rumah ayahanda disertai oleh Kak Sidah, abang Zack (hubby kak Sidah) dan anak-anak mereka.
 
Rumah Gemilang.
Rumah Anak Yatim yang dikendalikan oleh ayahandaa
Di sini CL pernah meraikan anak-anak yataim tersebut
 
Kereta Abang Zack mula bergerak mengekori kereta anakanada Ehsan (anak ayahanda)
Aku mengekori di belakang sahaja

                                    
Tetamu duduk bersela 
Ayahanda kata panas.
Kami tidak merasai kepanasan


                                          
Di ruang sisi rumah ayahanda telah tersedia juada untuk kami semua
Sedap ni,
Ayahanda menjamu kami dengan mee kari
Semua tetamu PDKM yang datang dijamu dengan menu yang sama, heheheh
Kueh Kasturi, karipap dan buah tembikau serta fresh orange


                                            
Tetamu sedang mengamil makanan
Kami makan begitu berselera sekali
terima kasih ayahanda dan bonda

                                         
Sambil kami menjamu selera, ayahanda bercerita mengenai salahsilah keluarganya yang berasal daripada Patani. Di sini ayahanda mendapat ilham untuk membina pula salahsilah PDKM. Di minta misi ini mendapat sambutan daripada ahli-ahli PDKM. Mungkin Cikgu Mas boleh membantu meralisaikan program ini. salahsilah ini sudah tentu bermula daripada CikLie.


                                                 
Wow, bonda sempat mempromosikan buah ajaib untuk aku. Buah ini memang sedap dan apabila memakannya, segala yang masam atau pahit akan terasa manis. Aku mencoba beberapa biji kemudia ayahanda menghulurkan aku beberapa buah belimbing buluh yang terkenal dengan rasa masam. Memang hebat kerana aku tidak terasa masam tetapi terasa kemanisan belimbing buluh

                                          
Pokok buah ajaib.
aku lupa nama pokok ini
Bonda hanya kata pokok ajaib
                                       
Bergambar kenangan bersama.

Terima kasih ayahanda, bonda dan anakanda Ehsan kerana sudi melayan kedatangan kami. Semoga ayahanda sekeluarga diberkati Allah dengan dianugerahi umur yang panjang, rezeki yang seluas-luasnya.

Kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa kembali


Oh Fatimah nyanyian A. Ramlie
Suaraya sedap merdu sekali
Terima kasih kepada Ciklie
memanjangkan silatulrahim antara kami

32 ulasan:

CM berkata...

salam AZ

antara impian saya tahun ni,saya nk ker Banggol Derdap...saya nk dgr ayahanda bercerita dr pagi sampai mlm..

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Seronok kan g mah ayahanda, tapi kejap sangat, lain kali kita g lagi,ckp ngan cm g ramai2 buat rombongan bermalam rumah ayahanda, rumah tu besar boleh muat ramai tetamu.

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Bagus tuh, ayahanda kalau bercerita tidak berasa jemu. Hasrat ayahanda ialah hendak membina salahsilah PDKM. CM boleh bantu bukan?

hari tuh tak puas kerana masa yang suntok.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

benar sungguh kak sidah. Kalau az tak ada jemputan kat Baling hari tuh memamg nak tunggu lagi. Nak ambik kereta antik pun lupa. Kak Sidah ada ambik tak?

Kak Sidah berkata...

salam az,

ada, tapi ayahanda n bondo duduk kat depan kereta tu, jadi tak nampak semua body kete tu, nanti kita pakat pegi ramai2, nanti kalau az datang kl datang lah mah akak.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

Iyer ker.

Insya Allah, Sebenarnya saya baru balik drpd Ziarah Ibu mertua ni. Baru sat sampai umah.

Ingat KS g PD kan? Tu sebab saya tak contack. Lagipun balik kali ni bz sket, uruskan netbook saya dengan abihanan (hubby umi)


ok, next time arr, saya akan ajak si afeez g sama.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Ok, ajak ramai lagi pun tak , kita jamu selera ramai2.

Akak dari PD tadi pas tu g jemputan kawin 3 rumah..ni dah sampai rumah dah, sampai2 je terus menziarah..nasib baik cek abg tu ok.tak kisah sangat.

Ayah Zain berkata...

Salam kak sidah,

ok. nanti kita set buat mini ghatering umah kak sidah macam depa buat umah Hanis semalam.

Semalam az dengar berita jer, depa ajak massadepa tengah syok bergahthering hehehh

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Tak tau pulak, tak pe az depa dgn geng2 depa la tu..geng2 apa namanya America ke apa , akak tak ingat lah..tanya hanis ke , shima ke..dia org tau nama geng tu.

Kak Sidah berkata...

Salam az,

Lupa nak tanya, mak mertua mcm tu jugak ke, tak de perubahan lagi..kena saba banyak kan az jaga org tua sakit ni kan, banyak ganjaran Allah beri..insyaallah..jumpa lagi..nak solat maghrib dulu..

Ayah Zain berkata...

Salam kak Sidah,

ooo depa ada nama geng yer. Geng-geng orang bujang, geng teruna dan dara. Kita doakan mereka bahagian sahaja.

Emak mertua macam tu juga. Sekrang ni makan pakai tiub, masuk kat hidung - minum susu sahaja. Semoga Allah memberkatinya.

YB berkata...

Salam AZ

raya betul nampaknya...lepas ke sik...salute lah..

Ayah Zain berkata...

Salam YB,

alhamdulillah. Udah terlanjur ke utara, ambil kesempatan ke rumah ayahanda. Seronok la ke sana.

sonata anak kancil berkata...

best nya gi rumah Ayahanda...ade Ayahanda beritahu kat Sonata...siap kak Shidah beri sayuran dari Cameron Highland....

pokok ajaib tu lah yang hubby saya alihkan pasunya...kan ade saya tepek pokoknya kat N3 semalam! kan betul kata bonda tu....! apa lagi AZ...tanam lah!

atuk berkata...

Assalamualaikum AZ

terselah keriangan dan kegembiraan dlm pertemuan keluarga AZ dan keluaga Kak Sidah dengan Ayahanda

seolah2 sudah lama berkenalan

Wassalam

atuk berkata...

Salam AZ

Bonda dgn ramah bercerita tetang buah ajaib

boleh minta benih nyeee

Wassalam

Ayah Zain berkata...

Salama Sonata,

ada yer, tak perasan sungguh pokok tu semalam. Nantilah,az akan teliti semula

Ayah Zain berkata...

Salam Rozali,

memang kenalan PDKM ni memang begitu. Dari alam maya penuh bergaya di alam realiti.

Benih tu? kena cari semula tu. Nanti bila jumpa,az contack Rozali yer.

aznaz berkata...

salam ayah zain...

alhamdulilah..hajt tuan punya blogPDKm tercapai sudah ..mengeratkan tali persaudaraan antara sesama insan..

masakan bonda sungguh istimewa..mee rebus dan kari memg sedap kenapa? sebab bonda masak denga penuh keikhlasan yang dtg dari hati mereka..tu sal sedap tau...

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam CL,

Alhamdulillah. Semoga tali ini akan terus berkekalan.

Betul tuh, apa-apa kerja yang dibuat dengan ikhlas akan menghasilkan yang terbaik

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : wah3... nampaknya ade gak sekeping gmbr AZ di situ...

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

hehehh. jangan la tegur,

Afeez sihat ke, dengar ada mini gathering,tak lawe pun

rezeki berkata...

salam az

saya dpt merasakan keseronokannya
bertemu ayahanda dan bonda, seorg yg punya banyak ilmu di dunia dan akhirat

semoga perhubungan silaturahim berpanjangan

insyallah

Unknown berkata...

salam,

tumpang lalu ajer

S berkata...

salam,

AZ, memang seronok kalu p umah ayah. rasa mcm jumpa mak n ayah sendiri.

sayangnya AZ tak mai umah kak S. lain kali mai naa. kata nak tengok tempat tumpah darah.
dekatlah ngn umah kak S kem tu.

depa semalam buat gezering kumpulan ALBAM. hehehe sambut sebeday Noor n Hafeez.

Unknown berkata...

salam AZ...

semalam balik dr Gombak kul brp ?

kami terus jer ke Pandan Perdana .

SEMOGA KELUARGA AZ SENTIASA MENDAPAT GANJARAN NIKMAT KESABARAN DEMI MENJAGA BONDA YG KEUZURAN .AMEEN

afeezz berkata...

wsalam ayahanda zain : sy pon dilawe dek orang.... nak wat lagu mana...

Ayah Zain berkata...

Salam Rezdki,

betultu. memnag seronok sangat.tak puas hanya sekejap sahaja berbualmesra

Ayah Zain berkata...

Salam Zie,

ma kasih. anda di alu-alukan

Ayah Zain berkata...

Salam Kak S,

yer kr? Tak tahu bebenor. Kalau tahu sambut besday Noor n afeez, az usahakan pergi ke sana. ermmm. anis tak habaq pun ada besday party. betul la si Bi ni

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

tak lama lepas umi berangkat, kami pun berangkat balik. Mrszain ada hal nak di uruskan dirumah

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

yer ker di lawe. kata sambut besday afeez.

oklah hepi besday 2 afeez

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...