Selasa, 2 Februari 2010

Laku musnah

020210 :  Laku musnah? apa ke benda alah ini pulak. Ada-ada sajalah az. Laku musnah ini dalam lain perkataan ialah perbuatan merosakan, memusnahkan harta benda awam, mencacatkan pandangan atau apa sahaja yang menyebabkan kita geram, emosi terganggu. Membuatkan hati kita tidak selesa dan kadangkala menyumpah kepada sipelaku musnah itu.

Kali ini aku ingin bercerita satu perkara yang di anggap sebagai laku musnah. Musnah ke? yer ler. Coba kita lihat ini.

satu aktiviti laku musnah

Kalau sekali pandang tiada apa cacat celanya. Namun selepas diperhalusi aku mengandaikan ianya satu perbuatan laku musnah. Imej di atas ialah satu bahagian dinding yang telah diperlaku musnah oleh remaja. Mula-mula aku tidak terfikir yang ia satu aktiviti laku musnah. Lama juga aku nak bertanya mengapa dinding itu menjadi begitu? Mengapa pihak berkenaan tidak mengambil tindakan membersihkannya. Semuanya itu tinggal dalam minda aku.

Hari ini aku menerima jawapannya


kertas tisu tandas

Perbuatan laku musnah yang ingin perkatakan berpunca daripada kertas tisu tandas. Kertas tisu yang digunakan untuk mengelap mengeringkan tangan selepas membasuh tangan di dalam tandas. Whooops bukan tandas tetapi restroom.

Sekumpulan remaja saja-saja atau atau suatu luahan tidak puashati mereka. Itu tidak menjadi soal tetapi kenapa kertas tisu dan dinding itu menjadi mangsa.

Remaja berkenaan menarik keluar kertas tisu tandas, memnbasahi kertas tisu tandas dengan air kemudian dikepal-kepal seperti bola kemudian dilemparkan ke dinding tersebut. Konon kreatif tetapi ia mncacatkan pandangan dan membazirkan satu kemudahan awam di dalam tandas awam. Semoga Allah mengampuni dosa sipelakunya.

Pendek kata laku musnah sewaktu dengan vandalisme

"Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi. (QS: 26:183)

16 ulasan:

Che' Pit berkata...

erk AZ, pasti ke laku musnah?
hmm bukan mmg diorg sengaja buat mcm tu ker?

diorg kata apalah kontraktor ni, x berseni.. so diorg touch up le dgn seni mereka ngeh ngeh ngeh

mama ju berkata...

Salam AZ
Cantik juga guna perkataan laku musnah dari vandalisme...

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

tu tak ada civic-minded punyer remaja!

Ayah Zain berkata...

salam CP,

begitulah kira-kiranya. Depa tu kreatif. Daripada x ada kerja, buat-buatlah kerja apa yang patut.

Ayah Zain berkata...

Salam Mama Ju,

heheh, sengaja buat lain dari yang lain. Nak guna vandalisme dah biasa.

CP ler cikgunya. ngeh ngeh ngeh

Ayah Zain berkata...

salam Kak Nab,

Betul tu, depa ni sekarang bak kata ceritaP. ramli "itu kepala besar punya batu duduk sana" hehehh (lupa dialog n cerita apa ke tajuknya ituh). Rasanya cerita bujang lapok

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : erk... macam sy penah buat jer bende ni... hahahha...

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda afeez,

engkau diluar jangkaan betul le.

Masa bila kau buat benda tuh. citer la, atau buat satu n3

مسافر اسلام berkata...

Allhamdullah, ana tak dapat merasa buat kerja mcm tu masa di sek dulu. Kalau ada cacat cela skit, habis la semua kena balun...Biasa kami unifom.

Salam

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

alahmdulillah, syukur. Allah melindungi anakanda daripada kerja2 sebegitu

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : nak cite ker? sy cite kat sini je lah. masa boring2 dalam tandas tu sedang ehem3... sy buat le keje ni.. baling kat pintu, pastu cube target tmpt yg sama gak. konon2 nak jadi sharpshooter lah. bile dah selesai urusan, belambak tisu basah tu kat pintu toilet.. hahah

aler... sekadar mengisi masa yang terluang.

Ayah Zain berkata...

Salam Afeez,

Belum tidur lagi ke. Besok cuti yer

rezeki berkata...

salam az

sekarang bebudak terlalu kreatif , tulah jadinya

takde kerja, cari kerja

Catatan Peribadi Rusyaini berkata...

Salam AZ,

Susah nak cuci tu! Kena tonyoh kuat-kuat baru keluar. Tapi siapa yg panjat nak sentak benda tu. Tergeliat tengkuk dibuatnye!

shami2 berkata...

Salam AZ...

Paparan isu yg baik...
Barulah tau yer kisah bebudak nih
Betui du Az..saya yg duk jga kontrak cleaning kat UiTM dolu2
Selalu kehabisan tisu gulung tu diluar dugaan..heheh lari budget maa..
Selalu kena bisin...ngan unit maintenance..
Sekali kita sembunyi tisu..hanya untuk office hour saja waktu lain..sorry aar...kalau tidak, mau 20 gulung tisu tak cukup....depar senang2 jer baling ...depar tak tau tisu yg dibaling ti duit kerajaan..duit rakyat..maaa
Sorry aar AZ teremosi...pak itam mesti fahamkan perasaan
para peniaga nih...ngeh..ngeh..ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam shami2,

itulah dikatakan kehidupan. Kita ingat orang macam kita tetapi orang tetap macam dia orang. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...