Ahad, 31 Januari 2010

Bakul Sia

310110 : Minggu lepas ketika aku masuk ke bilik Pegawai Tadbir (K) aku terperasan benda alah ini. Aku tanya, u panggil apa benda ini? Dia menjawab 'entah'. Dah lama dia ada kat situ. Aku membelek......... "Cenderahati sempena ......... bla bla... "

'U tahu tak, emak aku memanggilnya bakul sia'. Nak menyebut sia itu kena betul2 idgham nya. Jangan nak menambah dengan huruf L pulak. Maka akan jadi bakul sial. Jadi sebut  Bakul Si'a?  Mungkin kak syidah, mamaju tahu kewujudan bakul ini. Tetapi afeez, pijal mungkin tahu atau tidak. Kalau anakanda MI? heheh.

Bakul ini sangat popular semasa aku kecil-kecil dahulu. Namun kini bakul ini sudah menjadi sejarah. Sejarah budaya lama.

inilah rupa bakul sia

Bakul Sia


Bakul ini digunakan oleh ibu-ibu yang menghadiri jemputan kenduri kahwin. Pada tahun-tahun 1960an atau awal 70'an, bakul ini adalah suatu perkara yang biasa. Deretan ibu-ibu ke majlis perkahwinan membembet bakul ini.

Di Dalam bakul itu akan diletakan sedikit beras. Aku biasa melihat ibuku meletakkan satu pot beras ke dalam bakul itu ketika menghadiri majlis perkahwinan. Bakul ini akan diberikan kepada tuan rumah. Tuan rumah akan mengambil bakul tersebut dan  beras dalam bakul  itu di masukkan ke dalam tong beras yang telah disediakan.

Apabila selesai makan, para tamu yang hendak bersurai  akan mengambil bakul itu semula daipada tuan rumah. Beras di dalam bakul akan digantikan dengan sebungkus pulut kuning. Aku biasanya akan menyambut ibu balik daripada majlis perkahwinan itu dan membuka bakul tersebut. Aku tersenyum lebar kerana di dalamnya ada bungkusan pulut kuning, dan kadang kala terdapat rendang daging atau telor rebus. Sebab itulah mengapa sampai sekarang aku pantang melihat pukut kuning mesti aku tibai makan walau pun pulut tidak bagus kepada pesakit diabetis melitus. Untul lebih sedap, ibu akan memanaskan semula pulut itu di dalam kuali. Kami memanggil proses pemanasan pulut itu sebagai arun. Fuhyoo. pulut yang diarun memang menyelerakan di makan panas. Kalau berkerak lagi sedap.

Namun kini kebiasaan itu sudah tidak di amalkan lagi. Sekarang ini jemputan tidak membawa bakul sia tetapi membawa wang. Maka berlakulah pula  'salam keruk'. Apa itu, sambil bersalam dengan tuan rumah, bukan sekadar bersalaman tetapi ada benda di dalam tangan  sebagai tanda mata. Sekarang lebih sopan sedap di pandang mata di mana wang dimasukkan dalam angpow. Kalau di kampong-kampong biasalah dalam angpow berisi seringgit dua. Malah kadang kala angpow kosong pun ada. Macam-macam ada.

Berbalik semula kepada bakul sia tadi. Semasa kematian, ibu aku juga membawa bakul ini yang berisi beras ke rumah si mati.Tetapi tiada pulut kuning atau apa-apa. Hanya bakul kosong (Aku  menanti seperti biasa  tetapi hari itu aku dapati bakul sia itu kosong tiada isinya). Ibu ku mengatakan, kalau kematian, tiada pulut kuning,............ apabila sudah dewasa baru aku mengerti mengapa bakul sia itu kosong.........

Kalau nak lebih lanjut bolehlah merujuk ke
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bakul_Sia
2. http://www.bakulsia.com/

35 ulasan:

Che' Pit berkata...

CP tahu lah bakul tu AZ.. pernah tgk, cuma tak tahu nama nyer..

kini dah tahu, cuma nak praktik sebut jer, takut tersilap ngeh ngeh ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

tu sebab kata mungkin u tahu atau idak. Jap nak p cari kat google adatak nama bakul itu yang sebenarnya

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Salam Ayah Zain,

Bercakap mengenai salam keruk ni, teringat wan kisah masa kt um dulu. Budak-budak akademi islam (sesetengahnya) kalau bersalam, suka sangat keruk tangan kita. Apa lagi mengeliat kegelianlah kita. Terjerit jugak lah wan masa tu. Bila tanya kenapa buat macam tu, pa maksud? Tukang buat, dok senyum-senyum kambing, kerbau sume ada. Geram betul. Sampai sekarang tak tahu kenapa depa wat cam tu.

AZ jangan keruk tangan org dah la!

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Kg. akak masih menggunakan bakul tu lagi, terutama masa kenduri atau menyalang (bertandang mengenal saudara), masa menyalang letak dodol dalam nya sebagai cenderahati dari pengantin,dan sebagai balasan mak2 saudara letak lah sedikit saguhati, tak kira lah berapa amauntnya, tapi sekarang jarang org bawa bakul tu lagi az,anak akak baru2 ni pun tak pakai dah bakul tu...tapi kalau kita mulakan semula ok juga kan..insyaallah

Dah balik pontian ke..

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Salam keruk ni depa buat dengan cara mengeruk tapak tangan kita. Kalau nak tahu rasa dia, cuba keruk tangan sendiri. Kalau org buat lagi dahsyat rasa dia! Kejam! kejam!

CM berkata...

salam AZ yg selalu dingati


CM org melaka,biasa benau tengok mende tu,sebut salam keruk kt melaka dulu kalau mak saya pi org kawin,ada balang duit,ada kerani tukang catat nama dan jumlah duit yg diberi,,,ingat balik kelakar pulakkk

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Salam Kak Sidah,

Akak ada rupanye! Wan rindu kat akak. Sebenarnya masa gath PDKM dulu, wan nak borak panjang ngan akak, tapi anak-anak dok panggil-panggil, taknak makan sendiri. Sampai sekarang wan teringat-ingat kat Kak Sidah. Rindu wajah keibuan akak!

Kak Sidah berkata...

Salam,

Wan akak ada ni, tak sangka plak wan rindu kat akak, kita kejap je bercakap kan, nanti kita jumpa ye wan..ada juga org rindu kat akak ye ...sayu pulak hati ni..

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Emm... terkilan sgt tak dpt berborak pjg ngan akak. Jgn sayu kak, wan lagi sayu! uhuks! uhuks!

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Bila senang-senang, akak ziarah la wan kt catatanperibadirusyaini.blogspot.com. ni blog personal wan, blog satu lg utk biz.

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : sy tau le mangkuk sia tu aper, klu az tak letak gambar pon sy tau. kadang2 mangkuk tingkat tu pon diaorg panggil mangkuk sia..

Ayah Zain berkata...

Salam Wan,

Salam keruk ni memnag biasa la mereka nak menyakat tu. AZ pun biasa dikeruk oleh kawan2 biasa. Agaknya depa nak minta kita bekanja makan kot hehehhe.

Teringat pulak masa az bersalaman dengan sorang pengantin pompuan kat muar dulu. Dia salam kejap sangat. AZ tanya kat member, dia kata kau tak letak duit kat tangan. ermmmm baru tahu. masa tu baru2 kerja, manalah tahu. heheh

Ayah Zain berkata...

Salam kak sidah,

betulla tuh.az pun ingat masa menyalang. Merekaletak dodol then tuan rumah akan letak duit, masa tu RM5.00.

Sekarang dah moden, menyalang pun mereka dah tak buat lagi.

sonata anak kancil berkata...

macam sama pulak N3 AZ dengan cadangan saya...petang tadi saya mengelap2 satu bakul sia yang dah berabok2....eheheh...kang tersedu2 hidung dok sedut habok....bakul sia tu orang bagi sebagai cenderahati...kita pun letaklah atas kabinet...cantik & sayang...hu3x mahal kalau nak beli....

semalam pulak buat pulut kuning...selalu gak buat...tapi semalam anak yang kat KMS tu nak jamu kawan2 dia kerana lulus exam dengan cemerlang....buatlah 2 kg + ayam sambal ala2 rendang kering gitu....licin!bila dia cal beritahu...tau2 la budak2 kat asrama ni...

Ayah Zain berkata...

Salam CM yang sangat di ingati,

Memang la bakul sia tu drpd melaka. Baba melaka yang mulakan bakul tu kan.

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda afeez,

kenal yer.kira orait lah tuh. Tapi kalau mangkok tingkat panggil bakulsia juga, tak dapek den nak nolong tu.

Ayah Zain berkata...

Salam SAK

yerker. Memang la, bakul sia dalam n3 tu adalah cenderahati drpd sebuah sekolah di Melaka.

KMS? Kolej MARA Seremaban ke.

sonata anak kancil berkata...

Betullah tu.....KMS depan Allson Klana

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

oooo pandai anak SAK tu. Nanti lepas ni terbang ke oversea la tuh.

sonata anak kancil berkata...

tatau lagi la AZ....susah jugak kalau tak perform satu hal...MARA pun ade sengal jugak..buat hangin tak jadi hantar...nak wat macamana? AZ boleh tolong tak?

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

hheh, tak tahu la, sebab x ada kena mengenakan. Tambah pulak bila dah masuk KKLW nih. Berdoa ajer la.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Tumpang lalu jap nak ckp ngan Wan, boleh kan..

insyaallah wan nanti akak betandang kat mah wan tu yer

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Kak Sidah,

Terima kasih sudi ziarah wan. Cayang akak!

Ayah Zain berkata...

Salam Kak sidah dan Wan,

lalu ler. No hal. mafi muskillah. x ada masalah

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

kak nab ada bakul sia nih...pemberian pengetua semasa birthday. dia beli kat melaka. saya buat perhiasan jer.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Nab,

alhamdulillah. Ada juga bakul sia dalam simpanan kak nab yer. Bertuah la tuh dapat bakul sia

Kak Sidah berkata...

Salam,

Cayang wan jugak..

buat tak tau je yer az..hehehe...

Ayah Zain berkata...

Salam kak sidah,

hehheheh. orait la tuh

mama ju berkata...

Salam AZ

Mama ni nama je tua tapi tak tau sejarah bakul sia tu..ada tengok tapi kat kg mama tak amalkan budaya tu..terimakasih kerana maklumat...

Baru2 ni suami saya mendapat cenderamata berupa bakulsia kecil yang diletak dlm kotak kaca..menarik sekali, boleh jadi hiasan..

Ayah Zain berkata...

Salam mama ju,

iyer ker begitu. Rasanya bakul sia itu banyak di gunakan di area mekaka dan negeri bersempadan dengan Melaka.

Sekarang ni bakul sia memnag dah jadi cenderamata hehheh

مسافر اسلام berkata...

Salam az.
Nasib la MI pernah lihat bakul sia ini. Kat kg embah ada juga.
Cuba adatnya yang kurang jelas sahaja. Selalu org kat kg guna utk kunjung megunjung. Kalau ada kematian MI tak tau pula ada sesetengh yang membawanya.
Trima kasih atas perkonsiang ilmu AZ.

Syukran

Ayah Zain berkata...

Salam MI,

hheheh, tak adat pun. Cuma dijadikan tempat letak buah tangan dalam bakul itu. Macam sekarang orang guna beg kertas.

مسافر اسلام berkata...

eemmm..baik..sekrg baru la faham..ramai yang tersilap anggap kan.

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda MI,

Salah anggap tu biasa la. Bila di betulkan, alhamdulillah.

مسافر اسلام berkata...

w.salam az.
terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...