Ahad, 7 Februari 2010

Sekadar perkongsian

070210 : Sesungguhnya Allah maha berkuasa, Allah menciptakan manusia dan jin  semata-mata untuk beribadah kepadaNya. Namun apakah manusia (terutamanya aku) mengambil iktibar daripada ayat-ayat yang telah diturunkan 1400 tahun yang lalu. Lihat ayat 47  -49 surah al-Kahfi ini di mana pada hari yang ditetapkan kita akan diadili dengan setelusnya.

47.Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.

[48]Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)".

[49]Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.


17 ulasan:

mohad berkata...

entri yang baik...

Ayah Zain berkata...

Salam Ijad,

sengaja ingat mengingati dan pesan berpesanan

sonata anak kancil berkata...

takut! seolah2 mau mati esok hari...
tapi teruskan keje juga...macam hidup seribu tahun lagik!

Ayah Zain berkata...

Salam SAK

Jangan takut, mari sama-sama kita meningkatkan amalan kita.

mama ju berkata...

Terimakasih berkongsi maklumat..
Moga kita sentiasa ingat setiap yg kita buat direkodkan...

Kejap lagi ada kot N3 dari Hanis kisah di KLIA tadi...

mama ju berkata...

AZ nak pindah mana?

Ayah Zain berkata...

Salam Mama Ju,

Sama-sama kasih mamaJu

Ayah Zain berkata...

Nak tanya mamaju,

Pindah? siapa nak pindah tu

Catatan Peribadi Rusyaini berkata...

Salam Ayah Zain,

Apabila kita perhalusi ayat-ayat Allah kadangkala terasa gerun, kadangkala juga terasa gembira betapa kita punya Allah yg Amat Menyayangi, kadangkala rasa diri didampingi bila kita dalam kesedihan, kadangkala rasa teruja dengan janji Allah pada hambaNya yg taat, tak sabar untuk ke syurga nan indah, kadangkala punya rasa takut yg amat bila terbayangkan panasnya api neraka. segala hidup kita ini mudah kerana Allah telah nukilkan satu per satu dan teliti serta terperinci cara untuk menjalani hidup di sini, hanya kita yg kadangkala terlupa, hanyut dan leka.

Wan doakan AZ sekeluarga, diri Wan sekeluarga, seluruh umat islam seantero dunia ditempatkan di Jannah yg amat indah dan abadi. Tujuan kita hidup adalah untuk menuju kematian yg pasti. Bekalan di sini penentu susah senang kita di sana. Mudahkanlah urusan kami di sini, Ya Habibi... Ya Rahim...

S berkata...

salam AZ,

smoga Allah terus mmberu hidayah dan taufiq kpd kita. Alhamdulillah.


aku kau dan DIA

aku disini
sekedar memerhati
kau jua
sedarkah kita
sedang diperhati
oleh yang MAHA MEMERHATI
DIA.
RABB

rezeki berkata...

salam az

Allah tidak pernah menzalimi manusia, tetapi sebaliknya manusia yang menzalimi diri mereka sendiri

shami2 berkata...

Salam Az...

Janji Allah itu benar...
Kalau kita yg benar duduk dalam golongan tidak benar...
Susah, kusutnya..keadaan
Bimbang catitan yg kiri bertambah
Bimbang api neraka yang bakal ..ditempah..
Hanya sabar, mendekatkan diri dengan Al quran dan majlis ilmu mampu membuat jiwa kita makin tabah....tidak mudah goyah..
Kehidupan ini harus di redah
Bersedialah memilih jalan yg benar
Pasti kita bersama Allah
Sakit diuji ..biasalah
Kasih Allah pengubat gundah..
Marilah kita sama2 dekatkan diri dengan Allah...
p/s blog Az..salah satu blog yg suka saya masuk sbb ada terjemahan ayat al quran..suatu peringatan yg baik....

Ayah Zain berkata...

salam Wan,

Betul, saya sokong 100%, ayat-ayat Allah adalah panduan kepada kita. Selagi kita berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, kita akan selamat di dunia dan akhirat. Itu adalah janji Allah

Ayah Zain berkata...

salam Kak As,

Benar sungguh bagai di kata itu. Semoga Allah memberkati Kak As sekeluarga, saya dan pembaca ceriakn hari-harimu.

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki:

Allah memberi apa sahaja kepada kita. Kita buat yang baik, Allah bagi pahala. kita buat yang buruk, Allah bagi Dosa.

Banyak pahala, Allah bagi syurha
Banyak Dosa Allah bagi neraka

Ayah Zain berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ayah Zain berkata...

salam Shami2.

Terima kasih atas sokongan.

saya masukkan terjemahan al_Quran adalah ditujukan kepada diri saya terutamanya.Seperti membaling bola ke dinding, bola itu akan melantun semula kepada pembalingnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...