Khamis, 4 Februari 2010

SPM ke STPM (Part 2)

040210 : Terbangun pukul 6 pagi. Alhamdulillah, masih bernyawa lagi aku. Semalam aku tidor pukul 3.00 pagi. Namun sedikit kekesalan kerana gagal untuk bersolat subuh secara berjemaah. Berjemaah amat dituntut, namun kerana

Daripada Abu Hurairah RA mengatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang munafik daripada solat Subuh dan ‘Isya. Dan kalaulah mereka tahu keutamaan kedua solat itu (dilaksanakan berjamaah), nescaya mereka akan datang (ke masjid), sekalipun dengan merangkak.” Sesungguhnya saya ingin menyuruh seseorang azan dan qamat, kemudian menyuruh yang lain menjadi imam solat berjamaah, kemudian aku sendiri pergi mengambil suluh (obor), lalu ku bakar orang-orang yang tidak datang solat (berjamaah)

Pukul 6.45 pagi telefon berdering, apa khabar haji, haji sihat ker, tak nampak tadi kat surau. Errrrrrrr, apa aku nak kata? Aku kata tak sempat lah hj. Lambat bangun tadi. Insya Allah nanti saya usahakan.

8.15 pagi setelah urusan pejabat aku selesaikan aku ke Klinik Kesihatan Ayer Baloi untuk pemeriksaan rutin diabetis. Nasib baik isteri aku sudah mengambil nombor dan aku tidak beratur untuk pemeriksaan awal yang melibatkan pengambilan sampel darah, tekanan darah dan ukur timbang. Alhamdulillah, bacaan gula 7.1 mml/l, tekanan darah 140: 90. Berat 56kg. Misi mengatakan darah normal antara 3.5 - 6.9mm/l, bacaan 7.1 kira ok lah, tekanan darah d tahap border. 

Kemudian aku perlu menunggu pemeriksaan dokter pula. Menunggu lagi. Tapi kini aku boleh mengambils sarapan. Sementara menunggu giliran, aku dan isteri pergi bersarapan. Hari ini mrszain membawa roti gardenia dan air mineral. Cukuplah untuk mengalas perut.

Semasa berjumpa doktor, doktor mengatakan perlu mengambil darah untuk full blood. Apa tuh, hehhe sampel darah untuk mengesan semua tahap kesihatan. Daripada darah itu kita akan tahu adakah tahap kesihatan baik atau sebaliknya. Pemeriksaan ini dilakukan setahun sekali. Dokter menetapkan  17 Mac untuk pemeriksaan full blood tersebut. Lain-lain masalah tiada, doktor menasihatkan kawal pemakanan sepert biasa.

Kemudian doktor menulis perpreksi ubatan. Tiada ubat baru, teruskan dadah halal seperti biasa. Teringat kata-kata pak cik, ikutlah az, pak cik hanya tunggu SPM.Kalau idak STPM.

Tahniah kak sidah, tekaan kak sidah tepat 100%. SPM = Sijil Panggilan Maut atau STPM = Sijil Tunggu Panggilan Maut.


10 ulasan:

Catatan Peribadi Rusyaini berkata...

Salam Ayah Zain,

Pening kepala Wan dengar segala bagai ubat tu. Kalau Wan sebiji panadol, airnye 1 botol. kalau banyak ubat mcm AZ ni, rasa-rasa kembung perut Wan dibuatnya.

Tapi suami Wan relaks je makan ubat, 2 biji ubat diletak siap-siap atas lidah, dan dengan selambanye dia jalan ke dapur, cari cawan, tuang air, pandang Wan dengan slow motionnya, pastu baru minum. Itupun beberapa titik air. Aduh! kalu macam tu gayanye, sampai kiamat pun Wan tak boleh buAT. Mintak AMPUNNNN!

AZ cam tu jugak ke?

pB berkata...

salam

shami2 berkata...

Salam Az...

Alhamdulillah ...jga kesihatan baik2...SPM atau STPM yer..heheh yang sihat pun AZ..kadang2 hari ni ada esok dah tak da....

Ayah Zain berkata...

Salam Wan,

az makan ubat sekali ngap dengan seteguk air sahaja. Bukannya susah. Nanga mulut masukkan ubat dalam mulut then telann dengan air

Ayah Zain berkata...

Salam kembali PB,

Ayah Zain berkata...

Salam shami2.

betul tu, hari ini ada, besok udah tak ada.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Jaga kesihatan ye az, jgn abaikan

Ayah Zain berkata...

Salam kak sidah,

Insya Allah. Memang kesihatan di utamakan. Terima kasih banyak

sonata anak kancil berkata...

tahun ni belum buat pemeriksaan lagi...setakat tahun lepas line clear! nanti la tunggu cuti sekolah

makin nak SPM ni....he3x makanan kena jaga !!!

Ayah Zain berkata...

Salam SAK,

Moga anda sentiasa dalam kesihatan yang baik dan sihat sejahtera

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...