Khamis, 4 Februari 2010

SPM ke STPM (Part 1)

040210 : Memang masa cepat betul berlalu. Sudah masuk bulan kedua 2010, tinggal lagi 10 bulan untuk ke 2011. Rutin kerja seperti biasa sepanjang kerja. Pihak atasan inginkan yang terbaik. Yang di bawah pulun untuk mencapai matlamat. Kadangkala tak larat hendak memenuhi permitaan orang-orang atasan ini.

Semalam satu hari yang sangat memenatkan. Semalam outstation menghadiri  mesyuarat pelarasan #$% di Batu Pahat. Sampai di rumah aku dah macam tak larat. Penat betul. Kemudian wife mengajak ke pasar malam. Dalam kepenatan, menuruti sahaja. Ikutkan hati hendak merebahluruskan pinggang sahaja. Apakan daya sudah suratan. Kehenadak mak andeh kena turuti.

Selepas solat maghrib, aku tidak sedarkan diri. Aku tersedar pukul 12.00 tengah malam., Ya Allah, apa yang berlaku tadi? Masa bila masa pulak aku di atas katil? Aku pun tidak mengetahuinya. Aku termanggu dan ..........bersolat Isya. Mataku segar nak ke pajabat ke.......................sewel ke hape pulak hendak ke pejabat tengah2 malam bute.

Aku turun ke bawah melayan apa yang ada di astro prima. Wadohhh cerita duyung. Cerita Filipina. Aku memang suka melayan cerita fantasi seperti itu. Seronok melihat libasan ekor duyong. Mata terus segar, nak suboh lambat lagi.

Tiba-tiba badan rasa menggigil. Mesti gula darahku tidak seimbang. Nak makan? Masya Allah, besok 4/2/2010 ada temujanji dengan doktor di Klinik Kesihatan Ayer Baloi. Kalau aku makan mesti guladarahku akan meningkat. Doktor akan $#@&^^, 'encik tak kawal makan? bla bla bla atau pun seperti kata pinatbate '' tak da baca ke?.

Badan pula sudah berpeloh, baju mulai basah dengan peloh . Bila badan berpeloh ia  mengeluarkan bau badan yang ................,  Ketiak mula mengeluarkan bau  ^&%$#. Tidak selesa sekali. Hendak mandi? Tidak bagus katanya, nanti tulang reput. %^$#*&(?

Tiba-tiba teringat kepada telefon. Kalau idak dicas bateri akan masalah di esok hari. Ada SMS masuk .......

Salam. Ar minuman kalsium (coralite water) dah ada dan akan dilancarka  sesuai untuk kencing manis, gout dan lain-lain. Bawah pengawasan PPIM. 1 botol RM8.50. Satu kotak ada 12 botol RM 100 sahaja. Pengedar diperlukan. Maklumkan kepada kawan.........

Sekarang ini macam-macam produk kesihatan di pasaran. Semuanya mendakwa berkhasiat dan boleh mengatasi permasalahan kesihatan.......... Kita pengguna? AKu sudah mengguna pelbagai jenama produk kesihatan. Ada aku kisah ke produk2 itu semua. Semua aku cobak, duit gaji banyak abis membeli prodok kesihatan itu....... tapi ada hasil? Akhirnya aku ambildadah . Jangan bimang, dah ini halal, polis tidak akan tangkap kamu....... kerana ia mengikut arahan  doktor. Aku makan gliclazide 80mg sebiji pagi dan sebiji petang sebelum makan, di tambah lagi dengan metformin HCL 500gm sebiji selepas sarapan pagi dan makan malam, kolestrol makan lovastatin 20mg. Dadah2 ini kalau di ambil tidak akan dimandatori hehheh. Tapi aku selalu lupa makan Ubat kolestrol. Udah berlambak kat rumah, besok akan terima bekalan lagi. Begitulah aku dengan dadah untuk menyambung nyawa.

Teringat aku kepada seorang pakcik  yang sekarang udah ke alam barzah. Ikutlah az, pak cik hanya menunggu nak amil SPM aja sekarang ni. Kalau idak pun  ambik STPM.

SPM?, STPM?  Biar betul pak cik n.
 ermmmm umur pakcik tu dulu udah 70an. Semangat lagi pakcik nak ambik SPM?

SPM, STPM?  malas lah nak fikir. ........
kita sambung besok sahaja. Udah pukul 2.30 pagi ni.
Besok nak cari kayu, nak cari kayu.

14 ulasan:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE berkata...

Salam ayah zain,

Hiba terasa bila membaca n3 ni.
Ayahnda doakan pohon Allah berikan terbaik untuk AZ.

Wassalam.

Unknown berkata...

salam AZ ..

semoga AZ cepat sembuh dr penyakit tu ,

mama ju berkata...

Salam AZ

Moga dlm kebahgian dan diberi kesihatan yg terbaik oleh yang maha esa. Amin!

afeezz berkata...

salam pagi ayahanda zain : AZ suka tgk duyung melibas2kan ekornya ke atau AZ suke tgk Maya Karin tuh?? ehem3... owh... cerita filipina ker?? silap cerita plak

Ayah Zain berkata...

Salam ayahanda,

Terima kasih atas titipan doa. Itu cerita malam tadi mencari ilham nak tulis apa. Saya menulis mengikut rentak hati, orang kata apa? Monolog hehehh

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

Terima kasih juga. Penyakit kencing manis mengikut kata doktor tidak akan semboh, ubatan hanya melambatkan kompilkasinya sahaja

Ayah Zain berkata...

Salam mama ju,

terima kasih atas ingatan.Moga mama ju dalam kesihatan yang baik.

Ayah Zain berkata...

Salam anakandaku afeez,

engkau ni ada-ada saja yer. Itu yang ayahanda suka dengan kamu. Kamu punya alasn membuatkan ayahanda terhibur.

Duyung ini bukannya maya karen tetapi pelakon filipina. Kalau petang pukul 2.00 petang, ulang siaran 12.30 malam di astro prima. tengok ler.

Kak Sidah berkata...

Salam Az,

Setiap orang ada penyakit..Allah beri kita kesedaran tu az..kalau sihat sangat susah juga kan..kalau sakit kita sentiasa ingatkan dia..sentiasa berdoa..

Semoga az sabar melayan penyakit tu...sabar tu separuh dari iman az..

SPM dan STPM tu akak biasa dengar tapi lupa apa maksudnya, nanti az sambung yer..

Sijil panggilan maut or sijil tunggu panggilan maut..heee

rezeki berkata...

salam az

sabor je lah, yg penting makan ubat ikut masa dan aturan

lelain hal, serahkan pada Allah
Dia Maha Mengetahui

afeezz berkata...

wsalam ayahanda zain : duyung tu duyung jantan ke duyung betina? ade tak cun macam maya karin? klu nak tgk jam 2.00 petang tu susah ler, kat opis, opis plak takde astro. kol 12.30 malam selalunya dah tidoq... melepas le nak tgk duyung

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda afeez,

semua duyong ada. Sebab cerita kerajaan duyong. Manalah tahu kot terbangun kul 12.30mlam,boleh le tengok hehehhe.

PINATBATE berkata...

AZ....
sekarang saya ada banyyyakkk baca..:D

Ayah Zain berkata...

Salam Pinabate

hahahah, az tiru title n3 chegu pinat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...