Ahad, 31 Januari 2010

Bakul Sia

310110 : Minggu lepas ketika aku masuk ke bilik Pegawai Tadbir (K) aku terperasan benda alah ini. Aku tanya, u panggil apa benda ini? Dia menjawab 'entah'. Dah lama dia ada kat situ. Aku membelek......... "Cenderahati sempena ......... bla bla... "

'U tahu tak, emak aku memanggilnya bakul sia'. Nak menyebut sia itu kena betul2 idgham nya. Jangan nak menambah dengan huruf L pulak. Maka akan jadi bakul sial. Jadi sebut  Bakul Si'a?  Mungkin kak syidah, mamaju tahu kewujudan bakul ini. Tetapi afeez, pijal mungkin tahu atau tidak. Kalau anakanda MI? heheh.

Bakul ini sangat popular semasa aku kecil-kecil dahulu. Namun kini bakul ini sudah menjadi sejarah. Sejarah budaya lama.

inilah rupa bakul sia

Bakul Sia


Bakul ini digunakan oleh ibu-ibu yang menghadiri jemputan kenduri kahwin. Pada tahun-tahun 1960an atau awal 70'an, bakul ini adalah suatu perkara yang biasa. Deretan ibu-ibu ke majlis perkahwinan membembet bakul ini.

Di Dalam bakul itu akan diletakan sedikit beras. Aku biasa melihat ibuku meletakkan satu pot beras ke dalam bakul itu ketika menghadiri majlis perkahwinan. Bakul ini akan diberikan kepada tuan rumah. Tuan rumah akan mengambil bakul tersebut dan  beras dalam bakul  itu di masukkan ke dalam tong beras yang telah disediakan.

Apabila selesai makan, para tamu yang hendak bersurai  akan mengambil bakul itu semula daipada tuan rumah. Beras di dalam bakul akan digantikan dengan sebungkus pulut kuning. Aku biasanya akan menyambut ibu balik daripada majlis perkahwinan itu dan membuka bakul tersebut. Aku tersenyum lebar kerana di dalamnya ada bungkusan pulut kuning, dan kadang kala terdapat rendang daging atau telor rebus. Sebab itulah mengapa sampai sekarang aku pantang melihat pukut kuning mesti aku tibai makan walau pun pulut tidak bagus kepada pesakit diabetis melitus. Untul lebih sedap, ibu akan memanaskan semula pulut itu di dalam kuali. Kami memanggil proses pemanasan pulut itu sebagai arun. Fuhyoo. pulut yang diarun memang menyelerakan di makan panas. Kalau berkerak lagi sedap.

Namun kini kebiasaan itu sudah tidak di amalkan lagi. Sekarang ini jemputan tidak membawa bakul sia tetapi membawa wang. Maka berlakulah pula  'salam keruk'. Apa itu, sambil bersalam dengan tuan rumah, bukan sekadar bersalaman tetapi ada benda di dalam tangan  sebagai tanda mata. Sekarang lebih sopan sedap di pandang mata di mana wang dimasukkan dalam angpow. Kalau di kampong-kampong biasalah dalam angpow berisi seringgit dua. Malah kadang kala angpow kosong pun ada. Macam-macam ada.

Berbalik semula kepada bakul sia tadi. Semasa kematian, ibu aku juga membawa bakul ini yang berisi beras ke rumah si mati.Tetapi tiada pulut kuning atau apa-apa. Hanya bakul kosong (Aku  menanti seperti biasa  tetapi hari itu aku dapati bakul sia itu kosong tiada isinya). Ibu ku mengatakan, kalau kematian, tiada pulut kuning,............ apabila sudah dewasa baru aku mengerti mengapa bakul sia itu kosong.........

Kalau nak lebih lanjut bolehlah merujuk ke
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bakul_Sia
2. http://www.bakulsia.com/

Jumaat, 29 Januari 2010

Apabila tersalah letak huruf

290110 : "Salam az. Tengok balik komen az dekat blog CR. salah ejaan. Cepat ubah" . Begitulah satu pesanan ringkas (SMS) yang baru aku terima. Termanggu seketika. Apa yang aku tulis? Cepat-cepat aku membuka blog 'satu catatan perjalanan' dan membaca komen yang di tulis.

Ya Allah, ya Tuhan. Engkau ampunilah dosa-dosa ku. Aku tidak tersengaja. Aku ingin menulis "bermain-main" bukannya "bermain-ma%#". Jauh betul maksudnya itu. hanya tersalah letak huruf memberikan impak yang begitu dahsyat sekali. Terima kasih kepada UH yang mengingatkan aku. Aku terpikir mengapa tuan punya blog tidak mengingatkan aku perkara itu? Mungkin tuan punya blog tiada di kawasannya. Hanya ada satu komen daripada Ina yang cobak mengingatkan aku. Itulah yang dinamakan qada dan qadar. Hikmahnya pula aku dapat membuat satu n3.

Mungkin tuan puan, ibu-ibuk, bapak-bapak pernah mengalaminya?  Adakah anda pernah tersalah taip perkataan seperti yang berlaku kepadaku? kalau ada  kita boleh bertukar-tukar cerita.
Tapi cerita buruk tidaklah bagus hendak diketengahkan kecuali dengan niat untuk memperbaikinya.

Moral cerita:

1. Jangan menaip menggunakan dua jari - belajar/berlatih  touch typing
2. Jangan menaip tergesa-gesa
3. Apabila siap menaip, baca , semak semula
4. sudah puas hati barulah terbitkan catatan.

Golongan munafik

290110 : Salam Jumaat, salam ceria. Semoga kita sentiasa berada dalam kerahmatan dan perlindungan Allah swt. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang munafik. Marilah kita hayati firman Allah dalam surat Al-Baqarah ayat 8 hingga 20.

[8]Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[9]Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
 10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
 11]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan".
[12]Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

 [13]Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).
[14]Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)".
[15]Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).
 [16]Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.
[17]Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun).
[18]Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran).
 [19]Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
[20]Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Khamis, 28 Januari 2010

Persefahaman

280110 : Hari ini aku begitu tertarik dengan satu emel yang menerjah ke dalam kotak emel. Bahan ini bagus sekali buat renungan kepada para suami, isteri dan orang-orang bujang seperti afeez, CP, Sinomosa, Atikah  sesiapa sahaja yang membaca n3 ku ini. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk dijadikan sempadan dalam kehidupan suami isteri.

Wahai SUAMI renungkanlah
pernikahan atau perkahwinan
menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.


Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
tidaklah setaqwa Ibrahim
tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru

Suamimu hanyalah lelaki akhir zamanyang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Ketika suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.



Justeru  wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

Renung-renungkan lah.

Rabu, 27 Januari 2010

Anda mudah baran?

270110 : Salam Ceria di petang Rabu. Semoga petang ini anda dapat merehatkan minda dengan membaca bingkisan di bawah. Mungkin kita pernah mengalaminya. Bingkisan ini aku dapat daripada emel dalam peti emelku beberapa minggu yang lepas dan aku suka berkongsi dengan pembaca sekalian.

kalau tak berapa nak nampak. sila klik kat gambar, anda akan dapat membaca dengan jelas

































Selasa, 26 Januari 2010

kueh kering





270110 - Hari ini saya ingin berkongsi sejenis kueh yang sudah jarang di ketemui. Dulu kueh ini menjadi satu yang wajib kepada sesebuah rumah semasa musim perayaan terutamanya Hari Raya Aidilfitri.



inilah rupanya kueh kering.
Tak tahulah ditempat kalian di panggil apa

Aku begitu teruja dengan kueh ini. Dul semasa kecil, kueh inilah yang akan menjadi santapan utama di pagi raya. Kalau berhariraya, kueh ini juga menjadi hidangan pertama.Kueh lain tak pandang lagi.

Namun kini, aku hampir terlupa kepadanya kerana tidak lagi menjadi menu utama di rumah-rumah. Sudah bertahun tidak berjumpa dengan kueh ini. Di pasaran sememang tidak ada kecuali kueh bangkit atau kueh ros.

Kak Sidah dan yang sewaktu dengannya mesti tahu kueh ini bukan? Tetapi anakanda Musafir Islam tak tahu kot. Confirm, si Musafir Islam tak tahu kueh ini. Afeez pun entah tahu atau idak. Nasib tak baik dia kata agar2 kering. Baru betul dia tak tahu langsung pasal kueh kering ni


kueh ini disira dengan gula
adus, sedapnya
sira =  gula panas yang dicairkan dalam kuali kemudian kueh ini digaulkan dengan gula tersebut


Tiba-tiba, baru-baru ini semasa lawatan, aku mendapat cenderamata yang satu antara isinya ialah kueh feveretku dulu. Ermmm apa lagi, aku pun macam lupa daratan yang aku ini pengidap diabetis mellitus, terus membaham kueh itu. yum yum yum

Burung Apa?

260110 : Burung ini menjelma semula ketika aku sedang berjalan pulang daripada pejabat petang tadi. Aku tidak tahu nama burung ini. Adakah burung but-but? Spesis ini jarang diketemui. Amat cantik sekali. Pernah aku menceritakan burung ini di n3 beberapa bulan dahulu, kemudian dia menghilang. Dia seperti biasa bersendirian. Jom kita dekatinya.

Malangnya aku hanya  ada kamera henfon sahaja. Kalau ada kamera canggih macam shima atau anak umi umairah, mesti best.


Buat apa tu

tak ada, ronda-ronda saja

awat lari jauh drpd ayahzain ni

tak mahulah. Ada aku kisah?

ooooo pocot. melampek pulak wak ang
apa kono eh kau ni jang oiiiiiiii


janganlah malu-malu


tak mahu. Aku peduli hape ngan ko

Akhirnya burung itu terbang apabila aku terus mendekatinya. Tak sempat snap, terlalu laju dia terbang tinggi di angkasa. Putih mata aku melopong. Burung itu terus melarikan diri. ia tak boleh terbang tinggi rupanya. Hanya terbang rendah dan menghilang celah belukar di pinggir pagar  kuartes aku itu.


Isnin, 25 Januari 2010

akhirnya (part 4)

250110
Akhirnya kini pasti,
Ku merasai 
Bahagia pabila ku bersama
Sungguh indahnya
Hadir Siti Nur suatu kurnia


 

Lamanya aku meninggalkan kampus ini. Tak sangka pulak malam itu dapat meronda dengan Cik Siti Nur


hahhaha, inilah si dia yang di maksudkan
Cik Siti Nur

Kak Sidah, mintak maaf banyak-banyak sebab bertekak tekik. Hhheheh, dah lama mengidam kat  Cik Siti Nur tuh. Baru hari itu dapat merasainya. Terima kasih  Siti Nur. U make feel good .

Lama juga berkias-kias dengan Cik Siti nur itu. Macam-amacam alasan diberi, kata tak tahu jalan, tak tahu kat mana Medan Idaman. Pendek kata macam-macam lah alasannya.



Dewan Tunku Canselor  di waktu malam
Tahun 1981 aku berdebar/gemuruh menjawab soalan peperiksaan akhir dalam dewan itu


2008 : menghadiri Persidangan ANGKASA.

Kari Kepala Ikan



250110 : Sudah makan tengah hari? Apa menu makanan tengah hari tadi? ermmm sedapnya.Semasa balik daripada Kuala Lumpur singgah sebentar di Restoran Kari Kepala Ikan di Ayer Keroh, Melaka. Lama tak pekena kari kepala ikan nih. Selalunya kami singgah makan di Restoren Kari Kepala ikan Senin kat Semabok, tetapi hari itu, terasa nak cobak di Ayer Keroh pulak. ermmmm, memang tidak lawan kari kepala ikan Senin. Di sana ada pelbagai pilihan menu seperti seafood, rojak dan sebagainya.


Kari Kepala Ikan.

Siput Sedut. Not bad.

Tak cukup dengan kari kepala ikan, di tambah pula dengan siput sedut. Aku memnag pantang nampak siput sedut nih. Teringat siput sedut Taman Seri Sulong, Bt Pahat dulu-dulu semasa bulan puasa. Di sana mereka campur sayur keladi. Mak datok, mertua kat belakang memang tak perasan.

Ahad, 24 Januari 2010

akhirnya (part 3)

240110 : Hari telah larut malam, aku kena balik. Aku mencadangkan kepadanya untuk beredar sahaja. Namun semasa perjalanan balik, kami melalui  kawasan perumahan di mana pejabatnya berada. Dia melencong ke arah pejabatnya. Aku hanya menuruti sahaja. Tidak mengapa balik lambat sikit, mrszain pun tak ada kat rumah. Syhhhhhhhhhhhh. Don't tell her nooooooo


Di sinilah terletak pejabat si dia ituh
wow, kemasnya meja
meja az bertuahler kalau begini
ada bantal mucuk yer, pink karrer ha
Hanis yang bagi tuh

ada teddy bear pulak
ni present daripada sinomosa
banyaknya koleksi

ermmm, macam pernah ni dengar nih
kiri sekali mamarazi , tengah dok skodeng tuh
yang hijau tuh tuan speaker
yang kuning tuh..... selebriti pdkm kot?
no komennnnnnnn
lagi koleksi hebat
, banyaknya koleksi

tak cukup ruang arr,
kat kabinet besi pun jadik
ini ruang apa pulak
macam bilik kuliah la pulak.

akhirnya (part 2)

240110: Setelah tahu hujung pangkal di mana tempat pertemuan, aku meminta si dia menunggu di satu tempat yang telah ditetapkan. Memandangkan hari telah larut malam, aku  mencadangkan kepadanya menunggu di tempat yang mudah untuk menunggu. Rupanya si dia sampai dulu. Aku  hanya sampai lebih kurang 5 minit selepas itu.

Bincang punya pikir, pikir punya bincang kami keluar untuk makan-makan dan bertanya kabar. Agak lama juga di dalam kereta sambil menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur di waktu malam. Akhirnya kami sampai di sebuah restoran dan memesan makanan. Perut masih kenyang pukulan berger kemewahan petang tadi dan ..........


mee bandung untuk si dia
sedap juga nampaknya

JusTembikai
aku memesan jus epal tanpa gula

Sup ekor untuk aku,
lain macam aje rasanya
agaknya dia letak kicap
dagingnya sedikit keras
rasa macam plastik.
budak2 sekarang kata rasa macam hampeh. ngeh ngeh ngeh

Kak sidah nampak tak kat piring di belakang tuh? Rupanya si dia ni tak makan sayuran perencah mee bandung tuh. Di pilihnya satu persatu. Di ketepikannya sawi, kobis dll. Tapi bawang besar di makannya abis. Macam-macam kan mama ju feel orang makan.

Sambil makan kami bersembang pasal majlis ramah mesra di masjid muaz baru-baru ni. Dan juga hubungan selebriti PDKM. Hhheheh, aku hanya senyum sahaja.no komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...