Selasa, 5 Januari 2010

Indahnya Solat Duha



050110 - Kawan aku ini seorang guru yang mempunyai seorang isteri yang tidak bekerja. Suri rumah tangga lah. Mempunyai 5 orang anak - 4 lelaki dan seorang perempuan. Walaupun isterinya tidak bekerja, beliau mampu mempunyai sebuah rumah banglow tersergam indah di Muar Johor.

Dua tahun lepas beliau di pindahkan daripada Muar ke Alor Gajah. Beliau tinggal di kuarters kerajaan yang disediakan di tempat kerja barunya. Tahun lepas aku pernah melawatnya sekali di Alor Gajah Melaka. Ketika itu ia teelah berpindah ke rumah sendiri. Rupanya beliau telah membeli sebuah rumah berbandung satu tingkat di sebuah taman perumahan di Pekan ALor Gajah. Dengar khabar beliau membeli rumah itu secara tunai, malah beliau juga dapat membeli sebidang tanah yang mempunyai kebuh-buahan seperti rambutan, duku, durian dan sebagainya. Murah sungguh rezeki kawan ku itu.

Aku tidak malu bertanya kepadanya, bagaimana ia dapat membeli rumah dan kebun buah-buahan itu. Beliau hanya tersenyum dengan berkata itulah rezeki daripada Allah. Aku bekerja, isteri aku juga bekerja tetapi aku membeli rumah melalui kemudahan pinjaman perumahan kerajaan, sedangkan ia membeli secara tunai.

Sebelum aku beredar daripada rumahnya, ia sempat berbisik kepadaku: "Cuba ayahzain amalkan 5 perkara ini, Insya Allah"

1. solat duha,
2.  membaca surah al Waqiah,
3.  membaca surah ar-Rahman,
4. memaafkan kesalahaan orang kepada kita dan
5. beristighfar selalu. .

Pada sabtu lepas ( 2 Jan ), aku berkesempatan menziarahi beliau sekali lagi. Dan apakah yang aku saksikan?



pasir?


loteng rumah

rumah kawan aku sedang di ubah suai
nampakkan tingkat atas tu, itulah loteng yang sedang dalam pembinaan.

Rupanya kawan aku sedang mengubah suai rumahnya daripada seunit rumah berbandung satu tingkat akan menjadi sebuah rumah berbandung  satu setengah tingkat. Murah sungguh rezekinya kernana keberkatan rezeki yang diterima daripada Allah swt.

Selepas Solat Duha, marilah kita berdoa

Ya Allah ya Tuhanku,
waktu duha itu adalah waktumu
keagungan itu adalah keagunganMu
kekuasaan itu adalah kekuasaanMu
kekuatan itu adalah kekuatanmu
perlindungan itu adalah perlindungan

Ya Allah ya Tuhanku
sekiranya rezkiku berada di langit, Engkau turunkanlah
Sekiranya berada di bumi, Engkau keluarkanlah
Sekiranya haram, Engkau Sucikanlah
Sekiranya jauh, Engkau dekatkanlah
Sekiranya susah, Engkau mudahkanlah

Ya ALlah ya Tuhanku
dengan berkat waktu duhaMu,KeagunganMu, kekuatanMu, kekuasaanMu dan perlindunganMU,
Engkau anugerahlah kepadaku  sepertimana Engkau anugerahkan kepada mereka yang beramal soleh.


23 ulasan:

shami2 berkata...

Salam AZ

Alhamdulillah...terima kasih berkongsi ilmu...itulah juga pesan ustaz saya....lagik satu jgan berkira dengan ibubapa, mertua isteri...dan orang susah..

jom kita istiqamah dalam beribadah kepada Allah....
selesaikan semua pekara2 kusut dalam kehidupan..hutang...misalannya

afeezz berkata...

salam ayahanda : kene amalkan ni, insyaAllah.. dpt rezki macam kawan AZ tuh...

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

Insya Allah, marilah kita mengamalkannnya. Kita akan terima rezki yang berkat dan tidak disangka-sangka

Ayah Zain berkata...

Salam anakanda afeez,

amalkan afeez, insya ALlah. Allah akan mempermudahkannya.

GruruHujung Dunia berkata...

Salam Papa Z

Menarik ! Dulu saya selalu doa utk murahkan rezeki. Akhirnya saya memiliki sebuah rumah murah (kos rendah). InsyaAllah doa yg Papa nyatakan saya amalkan. Thanx

Imran Paris berkata...

AZ...tulah pasal...ramai yg tau hikmah solat dhuha, surah Waqiah dan Rahman...sayang nak amal punya susah....saya respek dgn kawan AZ. Moga kita semua dipermudahkanNya mengamalkan segala yg dititipkan. Cuma 1 ingatan, jgnlah sampai kita amalkan segalanya hanya utk kemanfaatan dunia semata2...takut nanti harta dunia akan makan diri kita di waktu tua. Biar kita ikhlas dlm mencari keredhaan Allah.

Ayah Zain berkata...

Salam GHD,

alhamdulillah, sesungguhnya Allah mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat apabila hambanya meminta bersungguh2 kepadaNya.

Ayah Zain berkata...

Salam Imran,

Benar, sungguhlah kata mu itu. Oleh itu apa sahaja yang kita lakukan hanyalah kerna Allah semata-mata bukan kerna yang lain. Allah telah berjanji seperti firman-firmannya di dalam al Quran.

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah, jadikan ia amalan harian , insyallah

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Memamg benar, amalkan lah secara berterusan, akak dah rasa nikmatnya, insyaallah...ops bukan nak bangga diri tapi untuk pengetahuan semua dan menguatkan lagi kata2 az tu.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Datang ke tidak pada 10hb ni.

safiudin.com berkata...

Salam AZ,

terima kasih, satu perkongsian yang benar-benar menginsaf dan menyedarkan...



safiudin.com

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Indahnya Solat Dhuha..
Salah satu kejayaan HPA Industried ialah mengamalkan solat dhuha bg staff nya dan membaca Al-Mathurat..

Asnija berkata...

Salam AZ,
Kebetulan pulak tajuk N3 kita tersama, alhamdulillah...
Terima kasih sharing cerita ni, selain semoga dimurahkan rezeki, solat Dhuha juga untuk menyelesaikan masalah yang sedang menimpa...amalkan dengan redha, insya-Allah tahun baru ni, sematkan sama-sama di hati kita untuk menambah satu lagi amalan sunat untuk tahun ni, iaitu tidak meninggalkan solat Dhuha, orang lelaki lagi senang, tahan wudhu' dari rumah lepas subuh tu, sampai je ofis, cari je mana-mana tempat untuk solat (Che Pit, dalam bilik Che Pit tu sungguh sesuai tu...) then terus je solat dua rakaat, dah settle baru turun breakfast....tapi tensionnye si isteri tak dapat le salam cium tangan suami nak gi kerja sebab dia takut batal....tapi untuk apeez dan che pit, belum le bermasalah lagi....

ps: waktu dhuha pun panjang, 45 minit lepas syuruk, samp[ai la sebelum zohor masuk...so tak de alasan lah kan...kan...thanks AZ...

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

Insya Allah, mari kita amalkannya kerna Allah. Sesungguhnya Allah menjadi jin dan manusia untuk beribadah kepadaNya

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

betul tu. Allah telah memberitahu kepada kita melalui firman2nya dalam al_Quran.

Kalau tidak ada aral melintang,insya Allah, tapi tak boleh lama sebab nak Pontian tu jauh la drpd KL.

Ayah Zain berkata...

Salam Saifuddin,

perkongsian ilmu. Insya Allah kita manfaatkannya.

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa,

benarlah kata-kata mu itu.

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh.

CP dan afeez kena dengan nasihat datin tuh, sebab u all tak ada sebab nak membatalkan air sembahyang kecuali kentut, ngen ngeh ngeh

shami2 berkata...

salam AZ...

Psssst CP ngan Afezz bole jer terbatal air sembahyang tuh....buat jer amal ibadat ut dekkk kut2 tengah tahun ni dapat kita orang makan nasik minyak...ngeh..ngeh..ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

hehheh, jangan di usik si afeez tu shami2,dia peduli apa. Kalau Pijal mugkin kot tengah tahun ni.

Unknown berkata...

salam AZ...
hai susah nk pegang pc ni lama2 , si abahnya install game plak ,abis ler ummi nya .asyik berebut dgn anak2 jer .

betul n benar sekali apa yg AZ cerita tu,ummi sokong sesangat.
ditambah barakah lg dgn persefahaman antara suami / isteri .

Ayah Zain berkata...

salam Ummi,

heheheh, tak apa, asalkan dapat juga kan.

Betul tu ummi, persefahaman suami isteri memang faktor utama. Sememangnya kawan az itu suami isteri memnag sentiasa sokong menyokong, hidup aman bahagia sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...