Rabu, 20 Januari 2010

Penebus Rasa Bersalah

200110 : Hari ini dalamkotak emel, aku begitu tertarik dengan emel yang dipaparkan di bawah berkaitan dengan sikap kita terhadap orang tua kita dan sangat baik menjadi sempadan kepada kita. Sayangilah ibu bapa kita ketika mereka masih hidup. Berbaktilah kepada mereka seadanya. Begitu banyak peringatan yang kita dapati daripada internet yang menjadi panduan kehidupan kita ini.

Abah berwasiat supaya kubur abah dan mak jangan dijadikan mangsa
"penebus rasa bersalah" anak-anak.

Maksudnya begini:
Semasa ibu dan bapa masih hidup, anak-anak mengabaikan tanggungjawab mereka atas pelbagai alasan (sila rujuk kitab-kitab muktabar tentangtanggungjawab anak terhadap ibubapa) - alasan sibuk dengan urusan dunia yang tak akan habis sampai bila-bila, sibuk dengan urusan anak, isteri/suami masing-masing, sibuk dengan itu dan ini, hingga lah "tiba-tiba" salah seorang atau kedua-dua ibubapa mereka diperintah Allah untuk kembali kepadaNya... ..

(sebenarnya tak ade kematian yang mengejut atau tiba-tiba - setiap kematian itu telah dirancang Allah lama sebelum manusia itu dijadikanNya. ... "tiba-tiba" itu hanya "tuduhan" manusia kerana bukankah kita rasa seronok hidup! Malahan pujangga dengan angkuhnya mendeklamasikan "aku mahu hidup 1,000 tahun lagi!)...

Dalam kesedihan kerana kematian mereka,
timbul lah rasa bersalah si anak kerana telah mengabaikan mereka semasa hayat,
maka dilakukanlahperkara-perkara seperti berikut:

1. upah orang bacakan Al Quran 40 hari,
40 malam (anak tidak pula kmembacanya kerana maklum lah sibuk belaka....)
2. upah orang bina kubur yang tercantik dan
 terhebat ("mak/abah memang patut diberi penghargaan ini kerana jasa mereka kepada aku"...)

3. tabur berbagai-bagai bunga atas kubur ("aku sayangkan mak/abah"...
walhal semasa hidup mereka, sekuntum bunga pun tidak pernah dihadiahkan! )

4. cetak kitab Yaasin (siap tulis kat kulit depan "sempena kematian
ibu/bapaku tersayang... .") dan edarkan kepada masjid - macamlah surau dan
masjid tak cukup-cukup kitab Yaasin

5. buat kenduri panggil "orang masjid" bacakan doa tahlil (maklum lah,
anak tak sempat mendoakan ibubapanya. lagi pun "doa orang masjid ni lebih
berkat"....)

6. buat pelbagai kenduri "hari peringatan ke-3, ke-7, tahun ke-47....."kematian ibubapa

7. sedekah pisang kat masjid......

8. buat upah umrah setiap tahun (walhal dulu semasa hayat mereka,
langsung "takde bajet nak hantar mak/abah gi umrah"; lagi pun keperluan
umrah itu hanya sekali sepanjang hayat sahaja!)

Selepas itu boleh lah si anak tidur lena dan sempat pula membidas adik
beradik lain dengan berkata, "aku dah tunaikan tanggungjawab aku pada
bapak/mak. Kau tak buat ke?"

Abah panggil semua ini sebagai "sindrom penebus rasa bersalah"- kerana "
dulu aku tak buat semua itu, maka sekarang aku dah buat semua ini, jadi
aku tak bersalah lagi!".....

Kalau inilah yang bakal terjadi kepada abah dan mak, maka abah berwasiat
di sini, TAK PAYAH LAH anak-anak abah bersusah payah membuat pelbagai
justifikasi dengan sindrom penebus rasa bersalah.... . memadai lah
diselitkan satu ayat yang tak sampai satu nafas nak menyebutnya - "Ya
Allah, ampunkan lah ibu bapa ku". Takde belanja wang ringgit, tak payah
cari orang, tak payah susahkan diri.

Sempurnakan solat (wajib untuk penebus diri sendiri masing-masing) dan doa
lah meminta apa-apa dari Allah (untuk mendapat penebus diri sendiri
masing-masing) dan selitkan lah ayat di atas(sebagai penebus diri sendiri
dan untuk keselamatan ibubapa di alam barzah dan alam akhirat).

Abah doakan apa-apa amal jariah yang abah dan mak lakukan dan apa-apa ilmu
bermanfaat yang abah dan mak ajarkan kepada sesiapa pun dan diamalkannya -
agar semua ini diterima Allah sebagi pelaburan kami di akhirat. Semoga
semua anak-anak yang lahir dari sulbi kami menyempurnakan janji-janji
mereka kepada Allah untuk menjadi hamba-hambaNya yang beramal soleh. Itu
lah 3 harta yang akan mengiringi kami ke kubur dan tinggal kekal menemani
kami sehingga kiamat...... ..


Ambil iktibar dari lampiran di bawah.
Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir
radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa
sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk,
dan juga didirikan bangunan diatasnya.."(Hadith Riwayat Imam Muslim)


Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam
kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kunoh dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata' ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu 'anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi,
"Tidakkah kamu mahu aku utuskan kamu untuk melakukan perkara yang aku
diutuskan oleh Rasulullah untuk melakukan? Kamu hendaklah meruntuhkan
semua berhala dan meratakan semua kubur yang ditinggikan orang."(Hadith Riwayat Imam Muslim)

15 ulasan:

Kak Sidah berkata...

Salam az,

Berbuat baik lah kepada dua ibu bapa ketika mereka masih hidup, tiada alasan seperti yang dicatitkan itu, layan lah mereka sebaik2nya , semoga mereka bahagia dan dapat mendoakan kesejahteraan hidup kita. Semoga nanti dapat dijadikan tauladan kat anak2 kita.

Akak sekarang tengah menyara ibu bapa az, sejuk bila tengok air muka mereka bila kita datng kat mereka, terbayang keseronokan di wajah mereka, mereka dah tua az.

My Life berkata...

salam
ayah zain

tak dapat nak bayangkan azie,,, kalau kehilangan mak dan ayah,,,
azie takut kehilangan mereka...

My Life berkata...

salam ayah zain

belum bersedia lagi nak hadapi smeua tu..
subhanallah

shami2 berkata...

Salam Az...

Satu peringatan dan perkongsian yang baik...

Berbuatlah kebaikan kepada ibubapa..
Doa mereka makbul ..
Baik doa yang baik maupun tidak baik...
Kalau doa yang tidak baik untuk anak yang soleh...anak itu akan dipelihara Allah jua akhirnya...

Anak yang derhaka pula akan mendapat balasan didunia lagi ...

Hari ni bermacam gelagat anak2 kita tgok..betui apa yang AZ tulis tu terjadi di dalam masyarakat kita...

Duit tidak dapat membahagiakan mak...kasih sayang anak2...doa dan juga bimbingan pelengkap amal ibadahnya harus kita ushakan sekiranya masih hidup..kalau dah tiada kita doakan dia serta buat amal jariah niatkan untuk dia....

Ada dikalangan ibu bapa, hari ini tidak kenal akan anak yg soleh...ada yang nampak anak tu baik dari sudut kebendaan sahaja, anak yang tidak berharta diabaikan perasaan dan layanan...dibeza-bezakan...apa makna semua itu..namun semua ini akan dipertanggungjawabkan oleh Allah kemudian hari...

Pesanan saya untuk diri sendiri dan kawan2...rohani kita perlukan pengisian..tidak kira muda atau tua..
harta kalau banyak..kita yang kena jaga...resah gelisah hidup kita jadinya tapi ilmu andai banyak ia akan menjaga kita sampai dah tiada...

Ayah Zain berkata...

Salam kak sidah,

itulah yang sepatutnya di lakukan oleh anak-anak,

bab anak ni,beruntunglah dapat anakperempuan. anak perempuan menjaga ibu bapanya dengan penuh kasih sayang tetapi anak lelaki hanya datang menjengok sekejap2, lepas tu balik.

Ayah Zain berkata...

Salam azie,

kalau aize masih ada orang tua, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang.

ermmm, kalau ibu sudah tua, azie kena bersedialah supaya tidaktekejut sekiranya berlaku.

ajal dan maut di tangan tuhan, setiap yang hidup pasti akan mati. Jadi hanya berserah kepada Allah.

Ayah Zain berkata...

salam shami2,

benar apa yang dikata.kadang2 kita pandai brcakap je kan, nak apply susah, macam az lama dah tak jengok mak ni. hai minggu sebok dengan duniawi. kali terakhir jumpa pada chrismas yang lepas. Oh ibu, maafkan anakanda. hujung minggu ni nak kenapergi jumpa emak kat kampong lah.

HH berkata...

terima kasih ayah zin :)

Ayah Zain berkata...

salam harishah,

sama-sama

sonata anak kancil berkata...

sentiasa la berbakti kepada ibubapa....saya berbakti dengan berdoa aje! ( sudah lama ke 2 ibubapa dipanggil Illahi )

Ayah Zain berkata...

Salam Sonata,

Semoga roh kedua ibu bapa SAK dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan mereka yang beramal soleh. al-Fatihah

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

salam AZ,

entri ini sungguh syahdu buat KN. sudah tiada kedua ibu bapa...

Ayah Zain berkata...

salam kak nab,

Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah. Mari kita hadiah al-fatihah untuk kedua orang tua kak nab.

ainhany berkata...

salam AZ

info ini satu peringatan buat KITA yg hidup..kini hanya kpda emak sja peluang ain buat pahala dan kebajikan. Kepulangan ayah 7 bulan lalu....satu kehilangan yg mengamit rindu..tiap kali balik kg mesti g ziarah pusara ayah...Doakan semuga doa dan kunjungan rindu ini berkekalan kerana ain syg ayah..syg kpda mak..

Trimkasih ALLAH mengurniakan emak dan ayah terbaik buat ain ..dan kasihanilah mereka, maafilah mereka dan jgnlah dihukumi mereka atas kesilapan ain....

trimkasih ayah zain..doakan kami semuga istiqamah dalam beramal

sinomosa berkata...

Salam Ayahanda,

Saya pun spt My Life yang rasanya belum bersedia untuk kehilangan emak & ayah. Sedih pulak rasanya bila difikirkan namun ketentuan Allah tidak dapat kita halangi.

Terima kasih AZ atas perkongsian ini.
Insya-Allah, memang azam sy untuk berbakti pada emak dan ayah jika diberi kesempatan dan menggembirakan mereka selagi mereka masih hidup.
Semoga kita semua tergolong dalam anak2 yg taat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...