Sabtu, 2 Januari 2010

Pertama kali dalam seumur hidupku


010110 : Hari pertama dalam tahun 2010. Tahun baru, azam baru, tugas baru bermula semula dengan segala perancangan yang perlu dilaksanakan mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Hari ini tahun baru dmulakan dengan mesyauarat jawatankuasa tertinggi. Mesyuarat bermula seawal 8.45 pagi berlarutan sehingga pukul 11.30 pagi.Lama tuh. Heheheh.

Setelah tamat mesuarat satu kejutan dlakukan oleh staf sokongan untuk boss kami. Rupanya boss kami menyambut hari kelahirannya pada 1 Januari setiap tahun.Sayangnya tak ada cuti untuk boss kerana Johor tidak bercuti seperti di negeri-negeri lain di Malaysia.

Tak apalah, kerja di awal tahun tahun baru pun ok juga bertugas. Lagi seronok kerana kita boleh mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada kawan-kawan yang bertugas. Boss aku pun suka kerana inilah pertama kali dia menyambut hari kelahiran dengan diraikan oleh anak-anak buahnya. "Seumur hidup ku, aku tidak pernah harilahir kerana 1 hb Jan CUTI UMUM. Bagus lah Johor kerana tidak cuti, kerana ada orang yang meraikan harilahirku di pejabat' kata boss aku dengan senyuman lebar. Afees kata, senyum sampai ke telinga.


Selamat hari lahir drpd kami semuanya boss


hepi besday 2 u (2X)
hepi besday 2 boss
hepi besday 2 u



wow, macam kat hotel.
Staf sokongan pakat-pakat buat jamuan pulak untuk boss
bagus la mereka tu semua, Feez


heheh, terima kasih le atas segalanya.
Inilah pertama kali dapat hadiah harilahir
Seronok aku kerja kat Negeri Johor ni

Selamat Tahun Baru dan Selamat Hari Lahir kepada Boss Kami. Semoga prestasi pusat kawalan boss terus meningkat maju di Tahun 2010. Amin

15 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM DI PAGI YG CERIA...
best nya jadi boss yg disayangi oleh anak buah .. disaat gini baru ler boleh perasan bagaimana hubungan boss dgn staf .
fezz , apakata ko buat gitu kat boss ko yg sorg tu ..terkejut beruk dia. agaknya terus dia sain berenti awal dr yg sepatutnya.

rezeki berkata...

salam az,

saling menghargai dan menghormati di antara rakan sekerja sgt penting dlm mewujudkan suasana keje yang baik dan kondusif ,insyallah

CM berkata...

salam

cm meeting depa buat kat UKM bangi,dr kul 9 sampai pukul 1 lagi lama maaaa,cm dah bosan tahap gaban..pas tu boss bagi makan sedap..

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Salam AZ,

Mood baik hari ni. Tahun baru azam baru. Terharu ye kalau ada orang meraikan kita.

sinomosa berkata...

salam AZ

salam thn baru 2010

aznaz berkata...

salam ayah zain..

SELAMAT TAHUN BARU 2010...


WSLAM

Raymond berkata...

Salam,

Papa Z pandai jaga boss.
Hmm..saya sangat kenal dgn boss Papa sbb pernah bkerja dgn beliau.

Beliau seorang yg kreatif, open minded dan informatif. Rajin melayan orang2 muda. Rasa cam adik abang pulak kalau jumpa. Latarbelakang fizik juga memungkin tindakan yg tepat dan rasional.

Sama la dgn Papa Z. Masih tak puas rasanya dgn belian Papa Z kpd kami. Papa Z suka mengusik kami anak2 masa remaja dulu sampai la skrg bila bjumpa. Itulah yg menjadi ingatan dan model utk saya membesar anak-anak. Anak2 perlu perhatian kadangkala mcm seusia agar keyakinan diri dpt dibina.

Moga Papa Z diberkati Allah sihat sejahtera

Pesanan saya kpd Papa Z : Papa buatlah apa yg Papa percaya yg Papa mampu lakukan, bukan buat sesuatu yg Papa tidak percaya semata2 utk mendapat Kepercayaan orang..

Ayah Zain berkata...

Salam Ummi,

hehehhe, jangan ler usik lagi si afeez tu. Dia tak kisah pun. Tul tak afeez

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

Insya Allah. Amin

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

Insya Allah. Amin

Ayah Zain berkata...

Salam Wan,

alhamdulillah.Semoga di berkati Allah

Ayah Zain berkata...

Salam Sinomosa

Selamat tahun baru untuk kamu juga

Ayah Zain berkata...

Salam CL

Selamat Tahun Baru kembali. Moga daripada seorang akan menjadi dua orang dan tahun depan seterusnya menjadi 3 orang

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

wow,meeting kat UKM, hebat tuh.
kalau dahkat luar, mestilah lama sikit

Ayah Zain berkata...

Salam Raymond,

ada sajala engkau ni. Ok, semuanya sukses hendaknya. moga di permudahkan Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...