Ahad, 10 Januari 2010

akhirnya realiti terjalin juga

100110 : Setelah sekian lama menunggu, pertemuan aggota PDKM berjaya direalisasikan pada petang 10 Jan 2010 pada pukul 3 petang di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa Kuala Lumpur. Pertemuan ini tertangguh hampir 4 bulan kerana perancangan pertemuan ini coba dilaksanakan pada Ogos 2009, namun terpaksa ditangguhkan kerana tuan tanah PDKM jatuh sakit. Alhamdulillah pertemuan kali ini dapat dijayakan dengan lancarnya.

Antara yang hadir ialah Ayahanda Nginep Serengenge, kak sidah, datin nija, datin sofi, sonata anak kancil, rosli, saifudin.com, umi humairah dan suami, shami2, Musafir Islam , wan, che yem, kak zainon dan lain-lain lagi. Majlis ini mungkin gagal dilaksanakan tanpa tulang belakang CL yang bertungkus lumus seperti Hanis, CP, CM, Tikah, Syima@sinomosa , dan beberapa orang lagi. Pendek kata mereka yang turun daripada Kedah hingga ke Johor - drpd utara tanah air hingga ke selatan tanah air. Terima kasih anda semua memang hebat. Beruntung CL mendapat pembantu seperti anda, kerana anda majlis ini berjalan begitu lancar dan santai.

Majlis dimulakan oleh juruacara bidan terjun si CP dengan bacaan doa oleh ustaz dan seterusnya bacaan kasidah oleh ustaz dan  4 orang anggotanya. Sungguh bermakna majlis gathering PDM ini apabila tuan punya blog, CL menyampaikan sepatah dua kata sebagai tanda terima kasih kedatangan peminat anggota PDKM.

Kezutan yang dinantikan tidak muncul-muncul kecuali Kek mini raksaksa untuk CL dan peminatnya serta banner daripada ayahanda NS.



Masjid Muadz bin Jabal
menanti kedatangan peminat PDKM


Sebahagian peminat PDKM,
tak sabar, bila majlis nak mula ni

CP, si pengacara -memulakan majlis


Selepas doa, alunan kasidah di perdengarkan


Ucapan CL

Tekun mendengar ucapan

apa tu? - Kezutan!!!

tu dia kek untuk CL dan peminat

Banner drpd ayahanda NS

potong, jangan tak potong

Tulang belakang sedang bergambar kenangan

eh eh dapat award

makan time

yum yum



cokelat ?  ikhlas drpd kak sidah

aku tidak dapat menunggu sesi bergambar kerana masa amat mencemburuinya. Terpaksa balik. ermm jem giler di MRR2 di tambah lagi dengan hujan lebat daripada KL sehingga ke Bangi, alhamdulillah aku sempai juga di Pontian dengan selamat. Terima kasih PDKM, kerana kau aku bertemu dengan insan-insan baru yang menambahkan lagi kenalan aku.

Semoga kita berjumpa kembali

42 ulasan:

mama ju berkata...

Salam Ayah Zain.Sayang saya tak sempat nak kenalkan diri...CP bagitau ada ole2 kerepek dr AZ,terimakasih byk2.Cepat juga sampai..org rumah ikut ke tadi?

Mama pn dah masukkan gambar2 dlm blog mama.Bye..

Ayah Zain berkata...

Salam mama ju,

alaikum salam, yup, orang rumah ikut sama. Smpai kul berapa tadi? saya kena balik awal.

مسافر اسلام berkata...

Salam ayah zain..rugi la az tak ada tadi waktu bergambar...insyallah...lain kali boleh kot.
Trima kasih juga sbb sudi bersembang dgn anakda ye...
Maaf rasia cerita bab kerja, tp semuanya dah terjawabkan.
Syukran..

Ayah Zain berkata...

Salam musafir islam,

tak mengapa. kul brp samapi gemas tadi?

Unknown berkata...

salam AZ ,

Alhamdulillah AZ n akak dah selamat sampai.terimakasih ole2 yg diberi.

ummi pun baru wat N3 pertemuan warga PDKM petang tadi.

aznaz berkata...

salam ayah zain...

jutaan terimaksih kerana sudi mai tadi...dan entry ini...
baru balik dari rumah mamaju..gelap..takda orang kot masa sya hantar kerepek tiuh..mungkin esok akan sya sampaikan..insyalah

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam umi,

ole2 tak seberapa tuh.

lain kali jumpa lagi yer

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie,

yerker, mama ju kata dia sampai tadi. heheh

terima kasih jua kepada CL n pembantu2 setia tuh. Tanpa mereka apalah majlis tadi kan? Seronok dapat berjumpa mereka.

ada yang kata " oooo ni dia ayahzain, kita selalu masuk tapi tak tinggalkan jejak"
heheheh

Che' Pit berkata...

bidan terjun lak ngeh ngeh ngeh..
tapi yg CP tahu, bidan ni perempuan jer, x tau lak da bidan lelaki..
Tapi, "ada aku kisah" ngeh ngeh ngeh..

Imran Paris berkata...

AZ...la awat tak tunggu sesi amik gambar...rugilah, takkan AZ pun dah jd mcm Pak Itam dan Mak Itam yg tak nak enter frame tu.

AZ...mesti seronokkan, saya tgk hidangan bukan main mewah lagi. Err...tak de sapa2 nak poskan ke Paris ke...huhuhu

Ayah Zain berkata...

Salam CP,

hahhahaa, az tau ler, CP memang hebat jadi emcee bidan terjun, siap pantun2, madah-madah sume.

apa pun memnag hepening lah.

psst, CL tanya afeez tak jemput ke? az jawab, afeez tak tahu jalan datang sini. dia tahu dari rumah ke UM jer. Lagi pun tempat ni jauh dr rumah dia. ngeh ngeh ngeh

Ayah Zain berkata...

Salam Imran,

no komen (jawapan CL tuh)

ermmm rasa2nya boleh di pos ke Paris tu,cokelat kak sidah tu jer. Nanti az bisik2 kak sidah kalau ada lagi yer.

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Wah cepatnya dah masukkan N3, malam tadi tak sempat nak ziarah kat sini, penat terus cepat tido,tk dgn ole2 tu, walaupun kecik tapi ingatan tu penting, bila dah banyak jadi besar kan. Geng kan ramai.

AZ apa kata lepas ni kita ramai2turun ke pontian pulak, bolehkan..
Coklat akak tu nak anta ke paris nanti lambat sampai tak elok lagi, tunggu je EN. Im tu balik KL, esok masih ada..

afeezz berkata...

salam ayahanda zain : aler AZ ni, asik2 nak pekenakan kite jer. takpe2.. sy nampak AZ kat Gombak nnt, sy langgar AZ ngan cik siti.. hahaha.. den sogan lor sebonarnyo..

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Thanks ayahanda dgn ole2 dr JOhor tue..
Really appreciated it, tak kisah pun sbb tak seberapa bak kata AZ, tp ingatan tulus ikhlas itu yang sy kenangkan.
AZ, maaf kalo gambar yg sy ambil tue kurang memuaskan..mungkin agak gegar sedikit.
Apa2pun, gembira dapat jumpa AZ & Mr AZ..smg dpt bertemu lagi.
Terima kasih dan salam hormat dari sy.

safiudin.com berkata...

salam Ayah Zain,

Berjumpaan yang benar-benar menginsafkan diri...

ini bukan cobaan, tapi kenyataan.

terima kasih.

sedikit catatan dari pertemuan..
http://safiudin.com/ini-bukan-cobaan-tapi-kenyataan-dari-alam-maya-ke-alam-realiti/

Wan Rusyaini Wan Mohd berkata...

Ayah zain, semalam pun wan tak sempat nak kenalkan diri. Tapi dah tengok AZ kt atas pentas ambik hadiah. Rasanya wan lagi tinggi drp AZ. Alamak!.... AMPUN BESAR! AMPUN!

Ayah Zain berkata...

Salam kak sidah,

wow kak sidah teruja yer dengan pertemuan ini.

Tak apa, no problem kalau sudi turun Pontian. Kita minta ajk sedia ada uruskan. Tempat dah ada, no problem

apa kata GPK kita bagi gempak kat Pontian pulak.

Ayah Zain berkata...

Salam afeez,

amboi, sampai ke hati anakanda afeez nak langgar ayahanda,. Kalau langgar terus mati alhamdulillah, mati syahid la, tapi kalau patah riok jer, siapa ler nak bagi adik2 afeez tu makan.

Ayah Zain berkata...

salam Shima,

orait tuh. hehehh

Bila syima nak turun Pontian? ajak le si afeez tu sama, boleh syima try acu cik siti nur tuh.

Ayah Zain berkata...

Salam Saifudin,

ermm, alhamdulillah. Hanya Allah yang mmberkati perjumpaan itu semalam.

memnag hepening

rezeki berkata...

salam az

alhamdulillah, majlis berjalan dengan meriah penuh ikatan persaudaraan dan ukhwah

boleh dijadikan acara tahunan

tahniah dapat hadiah raja pecut he he he

Ayah Zain berkata...

Salam Wan,

ermmm, hang mengata az yer. Tak apa, ada ubi ada batas.

saya terpersaan wan di saat akhir semalam.

kalau datang awal merasa ole-oleh semalam tu. Tak apa nanti turun pontian sama GPK yer

Ayah Zain berkata...

Slaam CR,

tu ler, u x ada,aklau ada lagi meriah bila jumpa dengan GPK tuh, depa tu memnag elegan la.

sinomosa berkata...

Salam AZ,

Tumpang lalu..
Afeezz, tak baik nak langgar AZ huhu..too much tue hehe cian AZ.

rezeki berkata...

salam az

depa semua dan warga pdkm memang great , insyallah ada rezeki boleh buat lagi

Ayah Zain berkata...

Salam Rezeki,

insya Allah.

Ayah Zain berkata...

Salam Syima,

itu la dia si afeez, tp az pun salah juga sebab tu afeez kata nak kenakan dia jer.

tp kan selagi x dapat naik siti nur tu, memang selagi tu le nak usik si afeez tu.

t feez bukan kiah pun kan. Dia nak peduli apa.

pssst, tengah migrain la, tiba2 je poning kepalo ni, agaknya x smpai hajat nak jumpa siti nur balik KL semalam.

Zie berkata...

Salam AZ,
Semoga dalam kerahmatan Allah... Siannya AZ migrain la pula tak tejumpa siti nur afeez...

AZ, saya tak berkesempatan datang, dah pi cari tempat tu pada 31/12/09 agar tak sesat disaat akhir, tapi apakan daya.... Insya Allah lain kali boleh jumpa.

Atikah berkata...

Salam AZ,

Akhirnya semalm dpt ketemu AZ. Sblm nie tgk gmbr yang dikaburkan muka.. hehehe... Tapi tak dpt nak nyembang lama...

TQVM buat AZ atas buah tangan yang diberi...

shami2 berkata...

Salam Az...

Alhamdulillah dapat akhirnya kita bersua....

Husband saya terkejut AZ datang bersalaman dengan dia...hehhe jauh datang tu....heheh

Mrs Zain...pun ada...hehhe tak sempat berbual panjang yer...tgok dari jauh..aper di kisah saya carik juga untuk sapa..heheh AZ...
cepat balik naper tuh...

Ayah Zain berkata...

Salam Zie,

Zie tak datang rupanya. Tidak mengapa, kak sidah kata, esok masih ada.

Ayah Zain berkata...

salam Atikah.

hehe, itulah saya seadanya. Tidak mengapa , masing2 bz ngan urusan masing2kan,. orang akta apa, tak terkelimbas nak melayan heheh

Ayah Zain berkata...

Salam Shami2,

awat pulak hubby shami terkejut saya bersalaman. Saya salam semua orang sebab nak minta diri dulu.

balik cepat? ada urusan yang perlu diselesaikan. Asalnya memnag tak boleh nak pergi, tetapi digagahkan juga ler.

saya balik KL semalam sebenarnya ada 4 dalam 1. (jangan mare)

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Az pesan ngan zie tu jgn malu2 lagi, menyesal tak jumpa dgn geng pdkm yang ramah2, walaupun baru sekali jumpa dah macam satu keluarga.
Kata Cl nak buat round sebelum balik, boleh la kita ikut beramai2.

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

Betul tu zie, jangan malu2, grup PDKM memang peramah.

yer ke CL nak round? ikut mesti best tu bukan?

Kak Sidah berkata...

Salam Az,

Kalau ia lah az meh kita ikut ramai2 kemana saja dia pergi, Kita raikan CL tu kemana saja dia pergi kan, lagi best. Mungkin CL yang tak nak nanti, rimas dia,tak free plak. Akak kalau boleh nak jumpa dia lagi sebelom dia balik ke mekah. Az pujuk lah dia ok tak...

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

mak oiii, sayang giler kak sidah ngan CL yer. Nantilah saya pujuk yer.

Kak Sidah berkata...

salam az,

Memang lah, semua pun akak sayang, macam saudara akak, bukan senang nak dapat kawan macam geng pdkm ni az, rasa bertuah masuk dalam blog ni dulu, mula2 akak malu tapi lama2 teruja dengan komen2, semalam dapat plak hadiah, tak sangka, lambat2 pun dapat jugak

Ayah Zain berkata...

Salam kak sidah,

betul la, itulah namanya tuah menantu. dapat karpet mekah tu. Bertuah sungguh KS yer

Kak Sidah berkata...

Salam AZ,

Karpet tu, sayang plak nak pakai, gantung boleh tak, pas tu tengok je kat dinding tu.

AZ,popia tu sedap tak, akak beli kat batu pahat tu, suruh anak akak beli

Ayah Zain berkata...

Salam Kak Sidah,

gantung pun ok jadi hiasan kan?

sedap lah popia tu, padanlah saya terambil semalam, rupanya drpd kak sidah yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...