130110 : Penat sungguh hari ini. Rasa macam tak larat bangun. Penat dengan perasaan, penat dengan bebanan, penat dengan tekanan dan sebagainya. Dari semalam tak habis-habis dengan mesyuarat. Hari ini mesyurat daripada pagi hingga ke petang bermesyuarat. Besok pagi ada satu lagi mesyuarat, petang besok juga ada emsyuart. Hari jumaat juga ada mesyuarat. Begitulah awal-awal tahun penuh dengan mesyuarat perancangan untuk setahun lagi. Kadang kala terfikir juga untuk bersara awal. Boleh pergi holiday, jalan-jalan cari mem makan. Namun, mana sahaja kita berada mesti ada tekanan. Normal lah kata ahli psikologi, tekanan itu perlu untuk kita bertindak. Seperti air sungai yang tenang, tidak mencabar langsung. Cuba lihat sungai yang berjeram, amat menakjubkan dan disuaki oleh penggemar sukan berkayak.
Tak apalah kalau penat kia pergi ke laman-laman member PDKM. Disitu aku boleh melepaskan seketika tekanan yang ada. Bergurau senda dengan kak sidah yang peramah, umi umairah yang penyayang, cikgu mas yyang suka mengusik, datin nija ala-ala ahli psikologi (lama tak masuk blog az yer) dan lain-lain lagi. Lagi seronok kalau masuk ke PDKM, malah kalau dapat jadi raja pecut (whops, hanya orang yang pernah mengalami sahaja dapat merasai kemanisannya). Juga usikan laser si anakanda Afeez. Si afeez ni kalau tak masuk rumah az terasa macam makan nasi tak lauk lah. Namun apa yang hendak aku konsi kali ini ialah picfobia.
Mengikut kamus Eizek cetakan ke 9, muka surat 119, Picfobia bermaksud orang yang takut interframe dalam laman-laman blog. Dia akan gelisah tidak lalu makan malah tidor pun boleh menggigau, mengacau macam-macam kalau gambarnya tersiar dalam mana-mana laman blog. Dia akan gila meroyan minta gambarnya ditukar atau dikeluarkan daripada laman blog tersebut. Cuba lihat cerita di bawah ini.
.
Salam. az ooi tukarlah gambar lain, jangalah bubuh gambar ****. Nanti boss nampak. Tak suka glamer. Naik lemas tengok gambar saya merata-rata.
Begitulah satu pesanan ringkas (SMS) ke telefonku. Aku terkedu. Mengapa pula hendak ditukar gambar yang sudah tersiar. Bukan senang nak tukar-tukar gambar, ambil masa juga.
Aduh, tukarlah gambar yang tak ada ****. Pleasee. az baik kan?
Aku mula cair. aku jenis yang suka tergoda dengan pujuk rayu. Kesian pulak tengok rayuan hamba allah ini. Aku buat dek jer. Dah merata gambar dia kat blog selepas pertemuan ramah mesra warga PDKM di Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa yang lalu, mengapa pula bila gambarnya tersiar dalam n3 CHHM dia minta tukar gambar yang ada wajahnya. Masalah problem betul.
Yer le. Tapi depa letak gambar yang lain banyak tak ketara sangat. n3 az ada gambarku. Alah az tukar arr. Banyak gambar CL dengan ayahanda sorang jer.
Merayu lagi dia. Kesian pulak aku. Aku pun tak suka interframe. Aku lemas juga kalau gambar aku tersiar di dalam blog. Macam Pak Itam juga tak mahu interframe. Pak Itam ni kalau interframe mesti dihitamkan wajahnya dan seluruh ahli keluarganya juga dibuatnya begitu. Sebab itu dia di panggil pak itam. Pinatbate juga tak mahu interframe. Adakah pinatbate datang semasa majlis ramah mesra dulu yer. rasanya pinatbater tak ada, takut terbongkar rahsia alam maya sipinatbate itu.
Justeru dengan berat hati aku pun delete terus gambarnya di dalam semua n3 yang terdahulu. Memenuhi permintaan orang atau menyenangkan hati orang lain adalah digalakan. Tali silaturrahim sangat penting. Tak apalah. AZ dah delete gambar-gambarnya yang telag disiarkan dahulu.
mekacihh
Satu mesg. rengkas masuk lagi. Hatiku senang bila mendapat tahu tuan punya badan telah mengucapkan terima kasih.
walah walah, problem masalah. Petang ini satu komen masuk ke dalam n3. Sila masuk ke ............blogspot.com. Disitu banyak gambar-gambar ramah mesra.
Aku pun mengelik ke url tersebut. Aku termenung panjang, banyaknya gambar-gambarku di blog itu. Tak mengapalah. Aku pasrah, asalkan tak mention nama, aku boleh terima lagi. Tetapi macam mana dengan ****?
Mesti dia terkujat-kujat macam cicak berak kapur kot. Gambar-gambar **** lebih banyak, lebih jelas.
CL kata (agaknya), amik kau, tak mahu interframe ha. Tu dia bertimbun gambar-gambar **** diblog itu. Minta ampun minta mahaap, az tak masuk campur ha., **** settle sendiri lah kat tuan punya blog itu.
Salam Ceria
31 ulasan:
salam..
hehehehe...orang tu bukan setakat cicak berak kapur,biawak berak kapur barus..sapa orang tu az?????
noti arrrrr....
Salam CM,
Yer ker. kesian betul kat biawak tu berak kapur barus yer.
orangnya tak boleh bagi tahu. Nak buat pertandingan pulak. Macam si Imran buat pertandingan dulu. Hadiahnya lumayan juga.
Salam CM,
lupa nak bagi tahniah jadi ratu trek kat N3 az ni.
AZ....oH, fahamlah akak!!
salam Kak Nab,
faham apa tu
tu lah...depa tak nak gambar2 kat blog tuu....apa salahnya ...bukan hari2 kannn!!
Dah orang tak nak..nak buat macam mana....kat mama punya blog...org2 tu tak de komplen jadi mama on je.. setahun tak sekali...
Kira dia tu kena ficfobia ke?
Boleh mama tgk gambar CR yg dlm simpanan CL.. masa kat KLCC tu...?Nanti jumpa CL nak kecek tengok...!
Salam mama ju
itu le pasal. x apa, dia takkomplen,tak apa.
gamabr CR? hehhe, cuba le kecek tengok
Salam Kak Nab,
nanti masa CL datang umah kak Nab, kata kat dia, cetak la album majlis ramah mesra, mesti ramai yang nak beli tuh.
album PDKM yang dia dok bawa kembara tu memnag kelas. I like it.
kok tak pun, CM boleh uruskan pengedarannya
salama ayah zain...
cam ku kenal jer inti sms tuh..pernah jugak terima msg camtuh..hehehe
waslam
Salam Manzlie,
yer ker. abih tu dia meroyan tak. atau termimpi2 ke. hehheh
tapi CL tak leh masuk bertanding sebab tak valid lagi tuh.
Salam AZ, kalau nak jadi raja pecut memang susah, sebab CP kita tidur depan pc....he he
Salam az,
Dah tertinggal ni, lambat la plak ari masuk mah az, cantik gondola kat taman tu.
Sapa lah agak nya yang sms kat az tu, mcm tau je..
salam ayahanda zain : hanya orang yang hensem dan jelita ala2 model pakaian dalam jer yg tak picphobia... hahaha... cthnya, saya lah (perasannye)
Salam Kamato,
yer ker. Tak der ler tido depan pc. semuanya rezeki, secara kebetulan online, CL relase n3 baru.
kalau CP tidor depan PC, mungkin kot.ngen ngeh
Salam En Rosli,
ma kacih lawat umah az dan tinggalkan jejak.Insya Allah,nanti kita jumpa live ha. masa melawat anak kat sepang, boleh le kita arrange perjumpaan itu.
Salam kak sidah,
yer ker. kalau anak masik kat sek teknik, boleh singgah umah az kan? boleh makan jemput2 jering feveret kak sidah tu
Salam afeez,
hehhehe, baru terserlah seama ni, afeez memang perasan hensem giler yer.
tp sekalipandang macam dato nazri la pulak. masa dato nazri masuh muda ler
Salam kak sidah,
siapa agaknya yang sms ayahzain tu? kak sidah teka la.
tapi tak akan cakap ia tau tidak, az akan emel kepada siapa yang meneka dengan tepat sahaja.
yanag2 lain tu, biar lah rahsia, sebab ia terikat dengan akta 121 kanun penderaan
Salam az,
saya saja nak teka boleh ke
Salam AZ,
Tak beranilah nak teka az, takut silap nanti kena marah, takutttttttt. biarlah rahsia, tak nak teka2.
Salam AZ,
Akak tak nak teka lah az, takut salah nanti kena marah , biar lah ia jadi rahsia antara az dgn pemanggil tu.
Az anak akak dah tak sekolah kat situ lagi , sekarang dah masuk UITM Sri Iskandar.
salam ayahanda zain : dato nazri masa muda?? tak sama2... sy hensem sikit kot...
Salam Az...
Lorrr gitu pulak...aper pun dia punya kisah ler..ngeh..ngeh..ngeh
AZ..saya tak boleh masuk praduan teka2 cemassssssssss....hehehhe
Sabar jerlah...AZ, apa yang kita nak takut...selagi kita yakin dengan Allah tiada siapa yang boleh buat apa2 dengan kita...hanya Allah saja yang mampu menjaga kita sebaiknya....
Saalam Shami2.
Betul tu. Sabau jer. Semuanya ketentuan Allah.
Kalau kita yakin dengah Allah yang kita sembah dan kepadanya kita meminta pertolongan, apa perlu kita takut kan? Namun, masing2 ada sebab yang tersendiri.
Salam AZ,
Nti kalau saya p rmh kakak dRambah, insyaAllah saya btau ya.
Salam kak zai,
Insya Allah, dipermudahkan Allah, kita akan bersua kembali. Datang jangan tak datang yer.
Salam AZ
"Pinatbate juga tak mahu interframe. Adakah pinatbate datang semasa majlis ramah mesra dulu yer. rasanya pinatbater tak ada, takut terbongkar rahsia alam maya sipinatbate itu."
Ala AZ ni..
Saya bukan tak nak jumpa ahli kelab PDKM masa gathering tu tapi memang tak ada kesempatan lah..lagi pun saya tak ada apa-apa yg nak di rahsiakan..
Skrg ni rasa malu jer nak beramah mesra dgn CL dan ahli PDKM yg lain..rasa tersisih pulak..
salam Pinatbate,
mengapa kamu berjauh hati
kepada aku kamu tak sudi
Jangan begitu wahai cik suri
mari kita senang, senangkan hati
Catat Ulasan