Kecil tapak tangan
nyiru ditadahakan,
walaupun malam
tidak mengapa
Akan ku layan juga
Apalah ada kepada masa
kita yang menentukannya.
Tetamu datang
mesti layan seadanya juga
Pukul 10.30 malam telefon berbunyi mengatakan ia telah melepasi tol Simpang Renggam. Aku memberikan arahan kepadanya bagaimana ia boleh sampai ke teratakku yang disediakan oleh kerajaan ini. Isteriku telah lama merebahkan dirinya kerana kepenatan seharian disekolah yang tidak berkesudahan. Apalagi hendak ku harapkan, justeru ke warung mamak juga jadi pilihan.
Aku berjalan kaki ke post pengawal dengan menjangkakan ia akan sampai tepat pada masanya. Cuma 30 minit sahaja. Sempatlah aku melayan pemantun-pemantun lagi.
Alhamdulillah, dari kejauhan malam aku nampak sebuah kenderaan (lampunya) mula memperlahankan kenderaan. Aku pasti, itulah tetamu yang ku nanti.
Telefon berbunyi: az, ada pengawal ni, boleh masuk ke dah malam-malam begini, katanya lembut pembuka bicara. "Tidak mengapa tunggu saja AZ di sana sekejap lagi az akan sampai" aku membalas. Eh eh eh, az nampak? Kenapa pula tidak nampak? lanjutku lagi.
Aku menaiki kernderaannya. Keretanya spesis kereta CM atau CP, namun warnanya persis tak tumpah seperi kepunyaan mrszain.
Aku membawanya ke salah sebuah restoran berhampiran dengan teratak ku. Dia memesan kopi o dan kuew tiau goreng. Aku? Aku hanya memesan segelas air kosong. heheheh maklumlah jaga badan. Kami bercerita tentang pengalaman di majlis ramah mesra PDKM di Masjid Muadz tempoh hari. Apabila sampai bab gambar, aku teringat dia salah seoang penangkap gambar yang aktif ketika majlis itu. Dia mengatakan ada banyak gambar-gambar majlis ramah mesra yang disimpan dalam notebook di keretanya
Aku mempelawanya ke rumah untuk menikmati gambar-gambar tersebut.. Alhamdulillah dia menurut sahaja tanpa banyak soal. Budak ini memang seorang yang baik, tidak banyak kerenah. Dia orang bujang tiada siapa yang menghalang kemana saja yang disukainya. Dia tiada ayam hutan yang hendak dijaga, malah tapir pun tiada dalam peliharaannya.
Woow, banyaknya gambar-gambar dan paling mata aku terjojol keluar ialah gambar si pictophobia. Jelas, besar dan fokus kepada mukanya sahaja.Tidak cukup dengan gambar, gambar video juga ada. Apa lagi, layan saja.
Tidak sedar jam sudah pukul 1.00 pagi. Padanlah mata aku mengantuk sakan. Terus sahaja aku mempelawanya bermalam di rumah ku. Alah, orang bujang susah apanya nak tidor, ruang tamu biasalah menjadi tempat lelapan. Dia tidak kisah dan aku? ada aku kisah? heheh. Sebelum tidor, dia mengambil air sembahyang dan bersolat sunat. Bagus budak ini, kerana aku tidak mengamalkannya.
Aku tersedar pukul 5.20 pagi dan aku dapati dia sudah berada di atas sejadah. ermm solat tahajud rupanya dia. Aku bangun dan membersihkan diri. Apabila azan berkumandang aku mengajaknya solat jemaah di Surau Perkampongan Orang Bugis di Pt. keroma Laut.
Apabila balik daripada surau, mrszain telah siap dengan sarapan. Kuew tiau goreng lagi heheh. nasib kamu lah wahai tetamu. namun minumannya ialah teh o nipis.
Kami tidak dapat berbual panjang pagi itu kerana mrs zain ada tugasan di sekolahnya. Ada acara merentas desa di awal-awal pagi. aku pun turut sama terlibat namun sebagai pemerhati sahaja, cuma memastikan acara itu berjalan lancar kerana boss outstation.
cenderahati kenangan daripada anak muda itu
sepeket ibu gamat. Nanti az buat sop yer.
Sejuk ibu mengandungkan anak ini
sangat bersopan santun
taat kepada perentah Allah
kenal kan?
pakai songkok tinggi di Majlis Ramah Mesra PDKM
35 ulasan:
Salam AZ,
Rumah yg sering dikunjungi tetamu, murah rezeki tuan rumahnya. Dr mula mmg dah dpt agak, mesti MI, tepat sekali yaa...
salam ayahanda zain : saper dia tuh, tak kenal pon...
Salam Kak Non,
kak non memnag pandai meneka. Alhmdulillah, semoga Allah memberkatinya.
Salam anakanada afeez,
dia anak az macam afeez juga. Afeez bila nak bawa citi nur datang umah az,
Salam AZ,
Ku kenal sangat dgn songkok tinggi mu itu! Songkok satu dlm seribu!
Salam AZ,
AZ dah baca ke sajak merapu wan ke? Wan rasa AZ gi rumah biz wan. Rumah personal tak pernah gi lagi. Address blog personal wan ada kat n3 part 9 PDKM.
salam
Az ada gambar si pictphobia?????..camner tu,hehehe...
salam AZ...
betul kata kak zainon . rumah yg selalu dikunjungi tetamu yg baik2 tu , murah rezekinya..
rumah AZ dikunjungi , tapi ummi pula mengunjungi rakan blogger hari ni . kalu AZ jenguk blog rakan kat atas tu tau ler orgnya
salam az,letih seharian hari ini. Banyak urusan yg perlu dilaksanakan. Pendaftaran semester baru berjln lancar. Allhamdullah, ada juga yg kenak ana, thnks kak wan,ummi and all of u. Seronok di teratap az, walau seketika tapi ia banyak memberikan impak kenangan yg abadi. Tak ada kata yg dpt di ucapkan dibibir ana, hanya syukur dan allhamdullah utk az sekekuarga. Doakan ana ya....
Salam,
Umi lama tak dengar berita, umi melawat sapa.
AZ, MI belaja kat mana, belajar ke keje, mendaftar plak, rajin datang mah az, alhamdulillah tersambung silaturrahim antara warga PDKM.
Dengar2, CL nak buat gathering lagi sebelum balik, az datang ye.
salam az
semoga ceria di pagi minggu.
alhamdulillah, semoga kehidupan kita semua dipenuhi dengan bunga2 keimanan , insyallah
salam AZ,
Alhamdulillah!!
Az dapat kunjungan tamu yang hebat
tentu sedap koay teow MZ.
salam AZ..
tumpang lalu ek
kak sidah ... hari tu ummi sakit kepala , berdenyut2 jd kurang kan sikit aktiviti di depan pc ni . banyak berehat je .
semalam pergi desa water park , pastu singgah jap kedai Wan Rusyaini , beli kuih2 dia , tp sebelum tu dah oder dulu kat dia.
Salam Az...
Wah satu persatu tetamu berkunjung kerumah Az tuhh..kalau tuan rumahnya berbudi luhur...tetamu yang hadir juga berbudi luhur jugakan....
Pssssst Az...saper ke name nye tetamu AZ tu...si songkok tinggi saper tu..
salam
dear ayah zain..
alhamdulillah..
"tetamu datang ke rumah membawa rezeki"..
semoga sipermudahkan semuanya.. insyaallah
nanti jemput ker rumah saya pulak..
Salam AZ..
apa khabar.. lama tak tinggal jejak..
Alhamdullilah.. kunjungan tetamu yang amat molek budi pekerti.. sejuk perut ibu yang mengandung.. pertama kali kak ngah lihat muka beliau.. kak ngah tau.. budak baik2 dia nie.. aminnnn
psstt.. sedap arr krepek yg az bagi.. tinggal sikit je lagi.. sayang nak bagi perabis.. heh heh
Salam Az,
Alhamdullilah, murah rezeki AZ, tetamu tak putus berkunjung ke rumah...
Salam semua,kak Zainon terima kasih,kak sidah ana belajar dlm kerja.dah janji dgn cl nak dtg 16hb,tp dia datg awl.terpaksa ana tunaikan janji utk ziarah az.syukran S,kata2 kamu semuanya doa.utk saudara shami2,biarlah az jawb ye.insyallah saudari my life,kalau tiada arah melintang,sampi la ana.utk kak ngah(noor) ana insan biasa shj kak,jgn la puji lebih2..dah mula segan ni..
Trima kasih AZ yang sudi terima MI ziarah teratap AZ, walaupun dah lewat mlm.
Salam semua,
salam rindu. Ni baru dapat masuk rumah semula. Syreamyx buah la.
nanti senang2 az jawab satui persatu yer
Salam Wan,
yer ker kenAL, Baguslah. budaknya pun bagus juga.
nanti az tengok blog wan itu
Salam CM
minat ke nak tengok si Pictohobia tu. Rasanya tak payahlah, nanti karang di mengigau lagi. huhuhu
Salam Umi,
semoga umi cepat sembuh yer.
alhamdulillah, az memnag suka sangat tetamu datang rumah ni. Kembang bebenau rasa di hati kalau ada tamu yang datang ziarah
Salam Umi,
semoga umi cepat sembuh yer.
alhamdulillah, az memnag suka sangat tetamu datang rumah ni. Kembang bebenau rasa di hati kalau ada tamu yang datang ziarah
Salam Kak sidah,
alahai, pemintaan itu tak boleh az penuhi. Bertanya sendiri la pada empunya diri tu. AZ nak tanya di a pun, dia kata, hehehheheh. itu jer jawpannya
Salam Rezek,
benar sungguh bagai dikata. Marilahkita mengamalkannya
Salam S,
alahmdulillah.
Koey teow itu memnag sedap sesangat. Siapa lagi nak puji kan,mestilah suaminya. hehehh
Salam umi,
mogaumi cepat sembuh.
nanti umi msg no telwan yer, bilabalikklnak singgah beli la cokelat,kek ke. hehhe
Salam Shami2
alhamdulllah,
Tetamu itu hanya di kenali dengan Am sahaja. Dia kata ala ayahzain panggil saya Am jer. heheheh.
Salam Shami2
alhamdulllah,
Tetamu itu hanya di kenali dengan Am sahaja. Dia kata ala ayahzain panggil saya Am jer. heheheh.
Salam mylife,
Insya Allah, ada reziki, ayahzain akan sampai sana yer.
Salam Noor,
alhamdulillah. Hanya Allah yang layak menerima pujian itu.
Sedap yer. Bagi alamat, nanti az poskan untuk noor lagi.
Salam MI,
ooo, MI dah jawab semua soalan tu. Abih tu awat tak bagi nama sekali, kan kak sidah n noor tanya nama tuh.
Salam atikah,
alhamdulillah. Jemputlah atikah mai ke pontian
w.salam az, insyallah ada masa MI jawab soalan akak2 semua. Mungkin ada masa yang sesuai.
syukran.
Catat Ulasan