shami2 berkata...Salam AZ...
Buah keranji atas peti
Kami semua tunggu new entry
AZ aper tunggu lagi
Carilah topik panas lagi..
Begitulah permintaan shami2 kepada saya. Sebenarnya tiada cerita panas yang ingin aku paparkan disini. Tidak pandai membuat kontroversi jauh sekali menjadi paparazi.
Kak Sidah berkata...Salam AZ,
Mak dara kopek kelapa,
lepas dikopek pegi menjaja
Sebenarnya depa tak de apa-apa,
Cuma gurauan warga PDKM je.
Betul kak sidah, mereka cuma bergurau. Namun dalam gurauan mungkin ada benarnya. Tidak mengapa, cuma apa yang bermain di kepala ialah ingatan hampir 30 tahun dahulu segar kembali. Justeru gurauan ini menjadi trauma kepadaku. Sekiranya gurauan itu menjadi kenyataan, alhamdulillah, syukur kepada Allah tapi kalau sebaliknya, bagaimana? Adakah luka lama berdarah kembali? Adakah akan menjadi trauma sekali lagi? Biarlah aku bongkarkannya.
Sebelum itu aku ingin memohon maaf, andainya apa yang ingin aku paparkan di sini akan menyentuh hati seseorang, saya dengan rendah diri memohon maaf, niatku cuma ingin memberi penjelasan sahaja mengapa aku begitu. Terlalu menjadi emosi, hatiku terguris luka mengingatkan kenangan lama. Semoga kenangan itu tidak akan berlaku lagi setelah hampir30 tahun ia berlalu.
Ketika itu aku baru bertugas di sebuah pekan di negeri Johor. Tempat aku bekerja itu juga baru beroperasi, sudah semestinya ramai tenaga muda yang menjadi tulang belakangnya. Antaranya termasuklah kawan-kawanku. Memandangkan kami ketika itu muda belia, usia ketika rata-rata seusia Musafir Islam. Memang seronok ketika itu. Kami selalu ceria, selalu bergurau senda dalam menjalankan tugas masing. Namun di antara kami ada satu pasangan yang selalu menjadi bahan usikan. Mulanya si gadis tidak menunjukkan reaksi begitu juga dengan si teruna. Memang jelas si teruna tidak menunjukkan apa-apa reaksi begitu juga dengan si gadis. Namun masa telah menjadikan si gadis terpesona dengan si jejaka. Cinta mulai menguntum kepada si gadis. Semuanya indah ketika itu. Lantas pasangan ini menjadi seperti balangkas.
Adakah mereka bercinta? Entahlah, si jejaka kerana tidak mahu selalu di usik, dikata, ia hanya menuruti arus. Dia kata, ada aku kisah? aku lelaki. Buat apa-apa kecoh-kecoh dah orang kata aku ada affair, ikutkan sahajalah. Si gadis yang pada mulanya juga tiada apa-apa sudah mula menaruh perasaan kepada sijejaka. Umur pula sudah masuk ke angka 25. Umur sebegitu tentunya sudah mempunyai pasangan untuk melayari bahtera bahagia. Tetapi si jejaka merasa masih muda, tidak perlu tergesa-gesa untuk mendirikan rumah tangga.
Kawan-kawan sekeliling asyik mengacu, mengadu domba (betul ke) supaya mereka itu disatukan kerana ada chemistry antara mereka (kata mereka). Si gadis mengharap dan terus mengharap namun si jejaka masih bermain tarik-tarikh tali. Si gadis berfikir, umur makin hari makin meningkat, malah ada yang cuba masuk merisik, tetapi di tolak kerana mengharapkan si jejaka idamannya masuk meminang. Tetapi seperti menunggu buah tak jatuh, si gadis terus menghitung hari.
Tiba-tiba pecah berita mengatakan si jejaka sudah melamar sekuntum bunga yang diuruskan keluarga si jejaka. Apa sudah jadi? jeng jeng jeng. langit tidak selalu cerah kata pak itam.
Itulah traumanya. Si gadis menjadi separuh sasau, bak kata pepatah, walaupun tak mati tetapi badan merasai. Si jejaka hanya menuruti pilihan orang tuanya. Sigadis merasa begitu hampa, di sangka panas hingga ke petang tetapi hujan petir sabang menyabung di tengah hari. Menanggung sengsara tidak keruan. Semuanya menjadi gelap, segelap gua yang tiada bercahaya. Apa lagi yang mahu diharapkannya? Nasi sudah menjadi bubur. Impiannya selama itu hancur berkecai. Bukan sahaja hancur tetapi hancusssssss. Tiada lagi harapan di matanya. Semuanya kelam, air di minum terasa duri, nasi di kunyah di rasai pasir. Adusss, hidupnya kini berendam si air mata
Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib
Sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
.....................................Selepas itu, si gadis berhenti kerja. Dan aku tidak tahu apa yang berlaku kepadanya selepas itu. sampai ke hari ini, ia menjadi lipatan sejarah. Memang sungguh kasihan kepadanya. Pada mulanya dia tiada apa-apa perasan kepada si jejaka tetapi kerana usikan atau gurauan menyebabkan ia menaruh harapan tetapi tidak kesampaian.
Itulah shami2, kak sidah, ayahzain tidak berasa selesa dengan gurauan di PDKM ini. Kali pertama di bulan puasa, namun hilang, tiba-tiba berlaku lagi dengan lebih hebat lagi. Apa yang perlu aku lakukan? ........... aku hanya berserah kepada yang esa semoga peristiwa hampir 30 tahun dulu tidak berulang kembali. Biarlah ia menjadi sejarah. Sejarah yang tidak akan berulang.
kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Jangan bergurau berlebihan kata
terutamanya dalam bab perkahwinan
29 ulasan:
AZ...mmg kkdg terjadi begitu. Apapun Allah mengetahui segala yg terbaik utk kita. Percayalah.
Saya nak gak berpantun lepas baca n3 Mari Belajar Pantun...sila jawap ye AZ
Nasik lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hajat di hati bersatu nyawa
Sayang jodoh di tangan tuhan
Silakan Abang Zain...jawap jgn tak jawap :D
Salam Imran,
main guli melantun lantun
guli di ambil di dalam peti
wow, pandai sekali orang paris berpantun,
tak terjawab rasa di hati
jangan tenung suka menenung
kena penampar terus bersepai
niat di hati nak pelok gunung
apakan daya tangan tak sampai
salam ayahanda : si jejaka ti AZ ker?
salam afeez,
ramai lelaki takut bini
bini garang suka menjawab
sudah ku agak soalan ini
malas aku nak jawab
not me really
sama cantik sama padan
makan nasi dgn ikan
sudah ku tanya empunya badan
keduanya sama merelakan..
CM suka makan roti
CL mendaki gunung tahan
bukan niat melukakan hati
kerana jodoh ketentuan tuhan
Pergi kelantan beli kain
hati pompuan ni lain-lain..
Noor suka makan ikan
hidup ceria penuh usikan..
Pak itam menjala ikan merah
CM bimbang AZ marah..
Salam CM
pergi kedai pakai kain merah
berhenti sekejap di kedai papan
itu hanya secebis kisah
menjadi sempadan kehidupan
perut lapar rasa nak makan
mengidam pulak si udang galah
kalau empunya badan sudah relakan
habis cerita, sendiri mahu ingatlah
Puncak tertinggi si gunung Tahan
penat mendaki seharian
kalau begitu kehendak Tuhan
hanya kesabaran menjadi pegangan
Gelang suasa si gelang emas
sama cantik sama padan
az tak marah kepada cikgu mas
cuma kesihan kepada empunya badan
eheheh, senang pulak buat pantun ni kan cik mas.
jadi jek, best arrr
Salam AZ,
Terjawab sudah teka teki
Baru puas rasa dihati, patutlah az tak habis2 menepis sebab dik peristiwa lama menjerok hati, kesian sigadis tu ye az, semoga dia mendapat jodoh yang lebih baik, jodoh maut takdir ilahi, tiada siapa yang boleh menentukan nya, tapi kesian dengan nasib sigadis kan az, umpama putus cinta, berat penangungannya, tapi kenapalah siteruna bersikap begitu ye az, dia tak suka ke gadis tu atau dia malu dijadikan bahan gurauan, lelaki oh lelaki susah nak difahamkan hati mereka, kejammmm...tak jumpa lagi ke gadis tu az, nak juga tau kat mana dia sekarang, mana tau lepas ni jumpa pulak, haaa baru best sambung cerita.
Ok lah az semoga peristiwa tu tak berulang kembali, jadikan ia sabagai tauladan, jangan lah jadi kat kawan2 PDKM ni.
Salam kak sidah
anak-anak sekolah perlu dijaga
agar mudah semua perkara
nak salahkan lelaki tak boleh juga
orang keliling jadi angkara
Membeli ikan di Sungai Sudah
Sungai Sudah terletak di Muara
betul sangat la itu kak sidah
semoga menjadi ingatan kepada semua
mengapa hati gundah gulana
hadapi rintangan jangan mengalah
tak di ketahui si gadis di mana
semoga berada dalam rahmatan Allah
salam az,
sampai begitu sekali dia menghilangkan diri, kecewa sungguh ye az. Az tak tau ke kg dia dimana, sibuk pulak lah akak ni nak tau mana dia kan, bukan apa akak kesian kat dia , tapi tu perkara lama, entah dia ingat ke tidak lagi. Nanti later2 kalau az dapat tau dia kat mana cakap kat akak ye, saja nak tau, manalah tau kot2 dia terbaca blog az ni, sapa taukan ketentuan Allah.
Salam kak sdah
sebenarnya saya pun dah tak ingat
masa kerja dulu tak tahu pulak dia orang mana, ye la masa tu tak kisah pun, yang tahu dia orang johor jer. Daerah mana tak tahu. dia hilang gitu jer
main bola melantun2
melantun bola berulang2
main bola dengan pelampong
hebat sungguh orang berpantun
Sonata ni baru sampai dari Kluang
hantar makpak balik kampong!
he he he kita buat pantun 6 kerat pulak....
Salam sonata
jangan asyik bermain kata
nanti padah tersalah urat
wah lagi hebat cikgu sonata
buat pantun 6 kerat
Ramai2 ke kota makkah
Di depan kaabah diri menyerah
Pilihan ramai dah lama menikah
Umpama langit tak selalu cerah
Papa Z,
Saya masih awal remaja masa tu..lokasi yg sama..hati pilu bila dinjak2 ngan kisah cinta terluka..bukan aper..kitaorang pn ada
cinta ala-ala monyet gak kat pekan tu..apa la jadi ngan dia yer..hmm
salam AZ
lama2 jadi buruan
nak di kejar tak kesampaian
apalah ada pada pompuan
bagai pungguk rindukan bulan
salam ukhuwah salam kenalan
jabat bersambut, mata bertentang
tamu AZ kini dah tambah sorang
tak kan tak ajak masuk gelanggang
P/s: heee....boleh diterima ke pantun semasa nie...temekasih AZ
AZ..mari saya cite kisah saya sikit, dulu pernah gak berlaku keadaan begitu pada saya...org cuba jodoh2kan dgn kawan2 1 universiti. Malu gak nak cite ni, tp cite gaklah sbg sempadan adik2 kita yg muda remaja tu.
Usik punya usik...kacau punya kacau, akhirnya 2 gadis mula menaruh harapan. Tapi bg saya mudah, saya tidak berkata tidak dan tidak berkata iya dan tidak langsung memberi layanan istimewa kpd kedua2nya, saya layan sama rata. Prinsip saya "Best women win" dan "time and tide waits for no men, but true love waits forever".
Alhamdulillah, bila keluar univ, sy elak2kan diri dr bertemu kedua2 girl tadi...akhirnya mereka kawin dgn org lain. Tp pelik gak, bila yg sorang tu kawin, saya mcm tergolek dog2 gak lah, tp bukan sbb cemburu cuma terkilan sbb dia langsung tak invite saya....saya tertanya2...mengapa ye, adakah dia benar2 sayangkan saya. Tp saya pasti Allah lebih mengetahui. Alhamdulillah kami semua bahagia, dan skrg berhubung spt kawan2 biasa :D
AZ...bila baca kisah ni TERBUKTI kata2 "apa aku kesah" tak betul, AZ ni seorang yg cukup prihatin.
AZ memandangkan semua berpantun saya akhiri dgn serangkap pantun gak.
Istana hinggap menyaksi cinta
Cinta ternoktah ditinta airmata
Usah disingkap tragedi luka lama
Jodoh di dpn mata tentu lebih hebat lagi sempurna
Rasa hati hendaklah dizahir
Walaupun jasad tidak bermaya
Cinta makhluk akan berakhir
Cinta Ilahi kekal selamanya
Salam Raymond
En Rosli datang drpd Bangi
Datang dengan wajah brseri
anakanda raymond yang ayah sayangi
Benar sunggulah apa yang diperi
Salam ainhany
apalah ada pada pompuan
bagai pungguk rindukan bulan
memang begitu sudah suratan
justeu berhati dala pergaulan
tamu AZ kini dah tambah sorang
tak kan tak ajak masuk gelanggang
persilan tuan masuk gelanggang
az sedia menunggu hatinya girang
Salam Imran,
itulah yang saya takuti sekiranya perkara ini tidak menjadi. Sekiranya menjadi alhamdulillah. Sebab itu saya suka kalau perkara ini berlaku dalam "kesenyapan" sahaja, tiba-tiba kita dapat undangan. Itu baru melatop.\
Namun, tidak mengapa, kedua-dua empunya badan sudah merealkannya (kata *****lah), oleh itu az rasa nak turut serta ikut rendak tarian gendang menari bersama-sama (chewah)
Orang sakit mental di Hospital Bahagia
Dunia mereka sudah menjadi biasa
semoga mereka berbahagia
kita doakan sahaja kepada yang Esa
Salam raymond
17 Julai ayahanda dilahir
tahunnya pula Malaysia Merdeka
Rasa hati hendaklah dizahir
tetapi kadangkala orang berprasangka
Buat Diploma di Universiti malaya
Universiti tertua banyak berjasa
Walaupun jasad tidak bermaya
Digagahi juga dengan izin yang Maha Esa
kak Sidah memasak sangatlah mahir
terutama sekali kalau memasak pengat
Cinta makhluk akan berakhir
itu sendiri sendiri mahu ingat
Bergurai senda terasa kehebatannya
Tersalah cakap tanggung sendiri
Cinta Ilahi kekal selamanya
kita hambanya mestilah sedar diri
Salam AZ,
Akak sambung,
rumah az di pontian kota
lamannya cantik berseri2
kalau betul bagai dikata
mari bersama kita menanti
Salam Kak sidah
Hendakkan sik keli di pasar selayang
Dapat pula si ikan haruan
apa yang di nanti kak sidah sayang
bukankah itu hanya gurauan?
Salam az,
ye tak ye juga kan keliru......
AZ gi mah CL ada ratu2 hehehe..
dah lepas ni nak bawak pengantin jalan2 mah saudara..sampai jumpa lagi dilain siaran.
salam ayahanda zain : acara berbalas pantun ke ni?
salam kak sidah.
kita ikut sahaja rentak tari dia orang. ayahzain bole aje. lepas ni, sendiri mahu ingat lah. ......ada aku kisah
Salam anakanda afee
hahahah, sekarng ni masing2 kena sindrom pantun pulak
Salam AZ, ini dah jadi cerita kedai kopi ini.
salam AZ : nasib baek sy tak kene..
Catat Ulasan